Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Friday, November 30, 2007

Sempurna Sudah.......

Malam semalam telah selamat berlangsungnya kenduri tahlil dan doa selawat sebelum Tok Mak, Tok Wan, along dan angah bepergian untuk menunaikan rukun Islam ke lima next week Tuesday InsyaAllah….. aku yang tiba lewat dari waktu aturcara majlis sekadar mempamirkan wajah selamba dengan senyuman menyembunyikan kepenatan dan rasa yang mengacah di jiwa. Aku tahu semua terkezut tengok aku yang tiba-tiba muncul… dah tu bersama dengan seorang makhluk yang memang langsung tak depa kenali jauh sekali termasuk dalam senarai jemputan rasmi. Bulat mata Tok Mak memanah wajahku… ‘Awatlah cucu aku hak sorang ni suka sangat buat orang terkejut….’ Mungkin itulah yang bermain di mindanya. Aku masih kekal control ayu dengan senyuman. ‘Bila hang sampai?’ tegur Mak Long yang sedang menatang mangkuk berisi nasi ulamnya. Aroma dari juadah itu sudah mula menggoda rongga perutku. ‘Baru ja sampai.’ Ucapku sambil mengatur langkah. ‘Mai macam ribut. Hari tu dia juga yang tak sabaq-sabaq pulun balik. Ni mai pulak… awatlah dik ooiii hang buat lagu ni. Cuba tetap sikit pendirian tu. Hari tu kan Mak Long dah habaq, tak payah balik. Dok sampai Tok pi haji.’ Tegur Mak Long penuh kasih. Matanya sudah singgah pada seraut wajah yang masih berada di sebelahku. Isy mamat ni, yang ikut aku buat apa… pi la duduk sana. Mesti lepas ni akan tercetus soalan cepuberlian…. ‘Ha! Ni mamat mana pulak yang dok bawak? Ingat angah hang aja yang nak bertunang… hang pun sama?’ Meledak akhirnya tawaku bila terdengar soalan Mak Ndak. Sah! Dugaan ku benar belaka. ’Tak, Adik pun tak kenai. Tadi masa dalam ‘burung besi’ dia dok kata tak ada tempat nak tuju. Anak terbuang. Mak Pak jauh, dah tu dia habaq lapaq pulak. Kesian kat dia Mak Ndak. Adik pun ajaklah dia mai rumah kita makan kenduri. Buleh gak dia rasa nasi kerabu special Mak Long.’ Selamba aku mengatur ayat. Terlihat wajah orang sebelah dah berona kemerahan. Samada menahan rasa malu atau marah dengan statement ku, tak dapat pulak aku pastikan. ‘Adik…’ tiba-tiba terdengar satu suara yang lately ni memang aku rindu sangat. Pantas aku mendapatkan insan tersebut. Bersalaman lantas tubuh itu ku peluk. Airmataku tumpah di bajunya. ‘Adik rindu sangat kat along, sebab tu adik balik gak malam ni.’ Ucapku perlahan. Aku tahu Along kaget mendengarnya tapi satu kucupan singgah di dahiku membuatkan perasaan ku semakin dipalu rasa sayu. ‘Along pun rindu dan sayang sangat kat adik along yang ketegaq dan payah nak dengaq kata ni. Tapi along harap masa along tak ada nanti, adik kurangkan lah sikit ketegaq tu dan kalau hilang terus lagi baik. But not automatically lah.’ Aku tersengeh bersama airmata yang masih mencurah di pipi. ‘Dah la tu, mai makan. Ni buahati yang hang bawak ni dah lapaq tunggu hang. Faizul, mai makan sekali. Buka tadi pun hang jamah tamar ja.’ Aku pandang wajah along sebaik terdengar kata-kata Mak Long tapi along masih selamba, meninggalkan aku lantas duduk bersila di sebelah sahabatnya Dr Kamal. Juadah Mak Long memang best… Nasi Ulam, ikan pekasam, ikan patin masak lemak, kerabu umbut dan juga sembilang bakar bercicahkan air asam. Aku jeling je semua yang sudah terhidang. Along sudah menyenduk nasi ke pinggan Dr Kamal dan ku lihat Dr itu mula menyuap dengan penuh selera. ‘Sedap’ itulah komen pertamanya bila sesuap nasi berada di dalam mulut. Aku masih lagi dengan pinggan kosong. ‘Awak tak makan ke? Rugi tau kalau tak rasa masakan kampung macam ni. Bukan senang nak jumpa hidangan sebegini di bandar.’ Ceh! Ingat sikit, ni rumah sapa… kampung sapa dan yang menyediakan semua juadah ni sapa… aku mencebik. Lebih-lebih pulak mamat ni. ‘Dia mana makan semua tu Doktor… ni ha lauk dia… teluq dadar dengan kicap.’ Aduh! Mak Ndak sudah membuka rahsia permakananku…. Bulat Dr Kamal melihat apa yang ada di pinggan ku. ‘Tak pernah lihat orang makan nasi berlaukkan telur dadar dengan kicap ke?’ sinis pertanyaan yang terhambur dari mulutku. Boleh ke dia berhenti menyuap dan lihat aku makan. Hampeh punya orang. Along sekadar tersenyum. ‘Dah la Kamal. Buang masa je engkau tunggu di jamah apa yang ada ni. Adik aku memang tak akan sentuh sebab dia tak makan semua ni lebih-lebih lagi Ikan Patin dan sembilang tu. Lauk dia macam yang engkau lihat. Kalau nak lagi laju speed penyuapan dia, sajikan daging masak kicap, sup tauhu atau sayur campur. Telur dadar dan kicap tu bagai satu kemestian dalam menu harian dia.’ Along mula memberikan penerangan yang langsung bagi ku tak perlu diketahui oleh orang lain. Kenapa dengan along malam ni. Tak penah-penah dia seramah itu bercerita perihal diriku pada orang. ‘Than if working day, how?’ Tanya Dr Kamal seolah inginkan penjelasan lanjut. Aduh! Gelanggang soaljawab sudah membuka hijab. ‘During working days, dia lebih suka makan biskut.’ Sampuk angah yang entah dari mana datangnya. Pinggan yang berada di tangan diserahkan padaku untuk diisi dengan nasi ulam. Aku menjeling geram. Kenapalah kedua abang aku ni…. Cam dah pakat je nak sakat aku…. Mata Dr Kamal sudah terbuka luas, bagai tidak percaya dengan apa yang didengarnya. ‘Baik Doktor habiskan nasi yang masih berbaki tu. Tadi bukan main lagi teruja dengan hidangan yang ada ni. Tak payah nak sambung perbualan@perbincangan yang dah semakin jauh tersasar dan bersimpang siur.’ Sekadar gelengan dan sengehan yang meniti di bibirnya bila mendengar tutur bicara ku yang sudah berubah intonasi. ‘Habiskan dulu nasi yang masih ada sikit tu. Tak baik. Sakit hati tak akan terubat dengan protes tolak rezeki. Ingat mungkin yang akhir tu baru rezeki adik.’ Tegur along lembut. Mungkin dapat menduga tindakanku bila melihat nasi yang masih berbaki sudah ku kuis-kuis.

Usai segalanya, aku tolong kemas apa yang patut. Than aku berbual panjang dengan along… hanya kami berdua. Banyak yang diperkatakan. Bercerita dan mencerita. Seakan luahan rasa yang sudah lama terpendam dan di pendam. Sempat juga aku titipkan salam yang dikirimkan oleh ‘DIA’ buat along dan kali ini mata aku tidak lah terlalu rabun untuk melihat sejalur senyuman penuh erti yang dah mula mengacah di bibirnya. Ha! Along jangan nak fikir yang bukan-bukan. Seronok berbual dengan along dan sesekali kami berkongsi tawa bila ada yang melucukan dan along tidak lokek mempamirkan kasih sayangnya kali ini. Ah! Bahagianya aku rasa malah mudah benar rasanya aku menerima apa yang along katakan tanpa sedar aku mengikat diriku sendiri pada sebuah perjanjian yang pasti dan seharus waimah semestinya aku tunaikan. Sedikit demi sedikit aku mula memahami abang ku yang sorang ni. Yang mungkin selama ini aku rasa susah untuk berkomunikasi dan berinteraksi berbanding dengan angah yang lebih menjurus pada ‘Happy Go Lucky Person’. Ya seperti aku, along juga terpaksa menggalas tanggungjawab yang bukan kepalang. Kalau aku terpaksa terus menggalas title sebagai puteri bongsu dan waris perempuan tunggal dalam keluarga arwah papa, along pulak harus menjadi sebaik pemimpin dan pelindung bukan setakad pada keluarganya tapi buat aku, angah malah pada Tok Mak dan Tok Wan juga. Aku mula tersedar akan khilafku memahami abangku yang sorang ini malah entah mengapa aku rasa kasih sayang ku terhadapnya mula mengembur dalam hati. Ah! Along memang tidak seperti angah yang sentiasa mampu menzahirkan kasihsayang terhadap diriku.

Dinihari itu, aku, Angah, Abang Isqal dan Dr Kamal kembali semula ke sini. Kebetulan pagi ini angah perlu menghadiri hearing case di mahkamah dan membawa Abang Is bersama agar dia maklum akan kedudukan kes yang mungkin akan dihandover kepadanya sementara ketiadaan angah. Tapi yang best kata angah, Kak TAZ telah dilantik oleh respondent untuk mengendalikan casenya. Bermakna mereka mungkin akan bertemu di mahkamah untuk kes ini. Aku lihat Abang Is dah tersengeh-sengeh…. Cam tahu je apa yang ada kat kepala aku sedang angah sekadar tersenyum seolah tak mengiyakan apa yang telah bersatu difikiran aku dan Abang Is tapi kitaorang peduli apa…. Manakala Dr Kamal lebih banyak menjadi pemerhati dan hanya sesekali sahaja menyampuk perbualan kami bertiga.

Hari ini aku kerja seperti biasa… dengan satu rasa yang payah dan sukar untuk ku zahirkan pada satu ucapan…… Aku jadi tak sabar untuk menanti petang untuk bertemu lagi dengan abang ku itu. Thanks along….. Thanks for everything. Luv U so much….

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home