Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Wednesday, November 28, 2007

Sembang Petang……

Nak salah sapa??????

“Aku hangin betul lah…. aku suspect laki aku cam main kayu tiga je.” Tercetus luahan rasa dari member yang tiba-tiba bertandang kat tempat aku.

“Ko ni kenapa… cuba biasakan bagi salah…. Ni tak… terkejut aku. Engkau nak aku mati cepat ke….” Tegurku perlahan. Aku memang terkejut dengan luahannya yang tiba-tiba tu.

“Sorrylah… tapi aku tengah marah. Geram…bencik lah cam ni.” Luahnya lagi. Aduh! Pening sat kepala aku dengan kerenah kawan-kawan ku hari ni. Tadi Cek Put belek baju aku… ni sessi luahan perasaan pulak. Hai! Tak tahulah.

“Laki ko kenapa… cuba story morry sikit. Senanglah orang nak tolong. Ni tak….datang-datang je terus kata kayu tiga… geram, benci…” Sahut sorang lagi member yang dah mula tarik kerusi. Aku pulak masih lagi membelek draf yang berconteng dengan tulisan yang sedang cuba ku fahami.

“Cam ni. Laki aku… dah berubah…. Tak seperti dulu…. Aku suspect dia ada pompuan lain.” Luah teman yang tadi.

“Ha!!!!! Biar betul. Ko pasti ke? Sessi tanya menanya bermula.

“Betullah. Naluri seorang isteri jarang silap….aku dapat rasakannya.” Aku tersenyum sendiri. Bukan mengejek, cuma rasa cam tercuit bila ungkapan NALURI SEORANG ISTERI menyapa pendengaranku.

“Aku masih tak faham lagilah. Macamana ko rasa dan tahu pulak?” Yang sorang ni macam ejen penyiasat tak bertauliah mencari maklumat pulak.

“Cam ni. Lately ni ada lah sorang pompuan tu asyik sangat tipon laki aku…. Pukul 06.00 pagi anta sms kat laki aku…. Tanya opis bukak kul berapalah.. ingat laki aku ni tukang bukak opis ke? Mula-mula tu aku buat tak kisah je lah, tapi makin kerap pulak sampai laki aku simpan nombor pompuan tu… siap ada nama lagi. Yang buat aku mula suspect dan hangin giler dulu semalam. Kul 11.30 malam dia kol laki aku ngadu yang opis equipment ilang. Laki aku yang dah nak tido buleh layan baik jer… soh cari betul-betul lah… jangan panik la…. Macam-macam lagi ayat pujuk yang kuar dari mulut dia. Ceh! Kalau aku yang ngadu… tak de nya nak kuar ayat pujuk-pujuk tu. Lagi soal adalah. Mana aku tak geram.” Adu member aku tu lagi.

“Wah! Nampaknya ni dah kes separuh berat. Ko kena siasat ni. Jangan bagi peluang pompuan tu rapat lebih-lebih dengan laki ko. Nanti ko juga yang makan hati.” Aku jeling je member yang bagi advise tu.

“Tu lah… aku rasa macam dah tak percaya je kat laki aku. Ni dia beritahu aku kena outstation dua hari kat Melaka. Tak balik. Macam lah jauh sangat Melaka dengan KL sampai tak boleh balik.”

“Jangan-jangan dia ‘Outstation’ lain tak…. Ha! Ko ingat dialog ni…’Pah! Butang baju aku mana dah?’ Ko jangan jadi macam Latifah dengan Jamil. Nanti tak pasal je.” Member yang melayan tadi sudah memberikan ingatan berbau amaran.

“Elok sangatlah bagi advise macam tu.” Aku akhirnya menyahut juga.

“Ko apa tahu…masalah rumahtangg ni Mir, kalau tak dibendung dari awal, nanti boleh jadi barah. Dia makan sikit-sikit. Bila kita sedar, dah sampai ke tahap kronik.” Memberku itu membela dirinya.

“Betul, walau apapun bentuk masalah, kita tak boleh biarkan. Tapi jangan cepat melatah. Bertindak ikut otak…. bukan ikut hati yang marah. Engkau dah ada bukti yang boleh kaitkan husband engkau tu main kayu tiga dengan perempuan lain?”Soal ku. Kenapalah depa ni jadikan workstation aku sebagai tempat berdiskusi petang. Pulak tu isu canggini … Mentang-mentang boss aku tak ada…. Aku mengeluh.

“Tak cukup ke bukti yang dia dah dapat. Ko tak dengar, tadi kan dia kata laki dia baik punya layan kol pompuan tu. Eh! Ko penah ke dengar suara pompuan yang kol laki ko tu?” Soalan berbalik pada member yang meluahkan rasa tadi.

“Penah. Suara dia manja gitu. Gelak-gelak… lembut je dengar. Ala cam gedik gitu.” Member aku mendescrip apa yang ditanya.

“Memanglah… pompuan yang bersuara lembut-lembut manja ni SEMUAnya GEDIK. Orang lelaki mudah betul cair bila dengar suara diorang. Wah! Kalau macam ni kita kena belajar cakap lembut-lembut… manja-manja…pelan-pelan. Barulah laki tak cari lain.”

“Ehem…. ehem…. “ Aku berdehem beberapa kali… sekadar menyedarkan mereka agar jangan lebih-lebih memberikan label yang belum melepasi tahap audit piawaian ISO.

“Yang ko ni kenapa….. Tercekik air liur ke?” Tak pasal aku kena sergah.

“Bukan tercekik air liur, tapi tercekik dengar statement engkau tu. Jangan sedap nak label orang tanpa rasional dan relevant. Ingat sikit akan ciptaan Allah pada tiap hambanya.” Tegurku.

“Tah ko ni.. sesuka ati je cakap camtu. Ko tak sedar ke.. member kita ni kan tergolong dalam orang yang bersuara lembut manja merdu… sure orang yang dengar terpegun.. silap haribulan boleh terpikat. Kalau tak tak kan laki aku pun tegur dia ala-ala nak ngorat.” Dah! Satu lagi statement keluar pasal aku.

“Sorry, korang ni sebenarnya discuss isu apa… rasanya agenda aku tak masuk senarai kan.? Key listen. This is my advise. Tak perlukan bayaran. Aku bagi FREE aje. Tak salah kalau engkau nak ada sedikit rasa curiga terhadap suami engkau, cuma biarlah kena pada asasnya….”

“Woi! Tak cukup asas ke apa yang dia cakap tadi… Ha! Ko tengok, siap dengan phone number pompuan tu lagi dia amik dari handphone laki dia. Tak cukup lagi ke untuk seorang isteri berasa syak curiga.” Member aku dengan selamba je memintas.

Aduh! Mulut dia ni… ada yang nak makan penampar… suka hati dia aje potong cakap aku.. dah tu tak bagi signal pulak.

“Boleh bagi aku habis cakap dulu tak?” Keduanya dah ketawa. Tah apa yang lucu, aku sendiri tak pasti.

“Sorrylah Mir…. Engkau ni lembut sangat… cakaplah cepat sikit.”

“Eh! Ko jangan cabar dia cakap cepat…. Dia ni memang fast talk person. Nanti ko yang tak dapat nak cage apa yang dia kata.”

“Tahu tak pe. Ha! Bagus engkau ingatkan dia. Okey lah.. aku sebenarnya ada kerja nak kena siapkan sebelum boss aku balik dari internal meeting. Kalau engkau nak tanya pandangan aku pasal isu ni, aku rasa cara terbaik engkau kena siasat dulu. Jangan sampai syak curiga engkau memakan diri dan menghakis kasih sayang husband engkau. Selain daripada tu, istiqamah dan sentiasa bermunajat pada allah. Minta ditetapkan kasihsayang dan cinta husband engkau akan terus jadi milik engkau selamanya. Pasal perempuan tu kol husband engkau untuk mengadu hal, erm maybe dia panik. So kebetulan nombor husband engkau yang dia ada, that’s why lah dia call. Mungkin hubungan they all tak sampai sepertimana yang engkau fikirkan… tapi ya.. tak salah kalau engkau buat QC sikit…. QC untuk control Qualiti suami supaya lebih baik bukannya engkau yang jadi Queen Control pergerakkan suami setiap masa. Atau kalau engkau berani, tanya husband engkau baik-baik dan dengar apa yang dia nak perjelaskan.”Ucapku.

“Ha! Dengarlah nasihat pakar tu.... tapi aku tetap kata ko perlu lebih berhati-hati mulai dari saat ni. Pantau segenap pergerakkan laki ko tu. Jangan sampai ko kena tipu hidup-hidup.” Member yang sorang lagi tetap dengan pandangan dan pendapatnya.

“Well! samada LELAKI dicipta untuk MENIPU PEREMPUAN atau PEREMPUAN tercipta untuk DITIPU LELAKI……Okey, aku kena sambung kerja. Hari ni aku kena balik sharp 05.30 coz aku ada DATE….”

“Ha! Pakwe mana pulak kali ni?”

“Ewah! Cantiknya soalan…ingat aku ni apa…..? Aku ada date ngan 'ROTI CANAI' lah…So korang boleh tak berangkat kembali ke tempat korang. Bukanlah aku menghalau, tapi tengok… phone aku dah berbunyi… Client aku on the line. Aku kena pick up that call…. Kalau tak aku yang susah kena jawab soalan manager aku nanti.”

“Iyerlah tu… kita orang ni kacau ko. Kalau camni cara ko kerja, cepatlah jadi executive.”
“Amin… berkat doa korang…. Harap-harap rezeki aku lah. Syukur ada kawan-kawan macam korang ni. Sudi mendoakan kejayaan kawan.” Mereka berlaku sambil mencebik setelah mendengar ayat ku. Sambil meneruskan tugasan yang terbengkalai, telefon yang berbunyi segera ku capai… sudah dapat menduga siapa yang sedang menanti di hujung sebelah sana…..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home