Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Tuesday, November 20, 2007

Sebuah bicara setulus rasa……

Ruang rindu ini
Bagaikan tiada dimensi
Tiada berpaksi
Mengheret sekeping hati
Untuk terus berdestinasi
Biarpun aku sendiri tidak pasti
Dimanakah nokhtah pengakhirnya nanti

Ruang rindu ini
Semakin hari semakin melebar
Semakin menyempitkan desis nafasku
Semakin menyukarkan untuk aku terus melangkah
Meski ruangannya lebar, tapi sempit untuk sebuah perjalanan
Di manakah dirimu tika ini
Apakah ada di ruang rindu tak berdimensi
Atau sekadar hadir dalam bayangan illusi......

Hak Cipta
Pu3Salju


Ehem! Dah lama aku tak tengok engkau tulis puisi…. Biasanya bila puisi engkau terhasil, itu tandanya engkau tak mampu meluahkan perasaan dengan kata-kata. Well! Are you okey?” pertanyaan tanpa sedar yang diajukan oleh temanku bagaikan menyentap seluruh urat nadiku. Erm betul ke… betul ke aku dah lama tak menulis puisi…. Hanya senyuman yang mampu ku hadiahkan. Senyuman yang seperti lazimnya punya definasi tersendiri.”Terkadang aku bagai tak kenal engkau sekarang ni. Kenapa mesti engkau pendamkan segala yang engkau rasa sendirian? Kenapa tak ada lagi perkongsian rasa yang sering kita amalkan sebelum ini? Apa engkau dah tak percaya pada aku?” Entah mengapa pertanyaan demi pertanyaan darinya datang menyerang. Mungkin sekadar menyuarakan apa yang dirasa dari apa yang dilihatnya terhadap diri ini. Aku masih lagi mengunci bicara dan tanpa sedar sebuah keluhan terlepas akhirnya. “Keluhan tak akan menyelesaikan segalanya… tidak juga menjadi ubat jauh sekali penawar pada sebuah rasa yang engkau pendam.” Mulut comel itu masih terus berhujah. Biarpun kami kini berjauhan, namun keperihatinan darinya tetap menziarahi aku. Ah! Betapa bertuahnya aku punya sahabat dan teman seperti dia.“Maafkan aku… bukan niat aku nak rahsiakan segalanya dari engkau, malah rasanya engkau tahu apa yang aku alami dan rasai. Cuma aku tak reti bagaimana nak elaboratedkan perasaan ini. Banyak yang ada dalam minda.” Luahku akhirnya. Dia sekadar tertawa namun kedengaran cukup sinis. “Sejak bila engkau jadi orang yang tak reti nak mengelaboratedkan perasaan? Sejak rindu dan resah engkau bersatu. Bimbang dan risau yang engkau rasa bagaikan tak bertemu titik penghujungnya?” Makin sinis rentak soalan yang dipentaskannya. Aku jadi kelu. Bagai terkaku dengan serangan hujah yang tidak ku sangka.”Entahlah. Aku kian buntu… Sebenarnya aku cuba lakukan sesuatu… “ “Sesuatu yang tak akan menyelesaikan apa yang engkau rasa sebaliknya makin menyiksakan perasaan dan hati engkau” Pintasnya pantas. Aku terdiam…. “Sebab itulah aku kata, aku bagaikan tak kenal lagi dengan sahabat dan teman yang satu ketika dulu cukup akrab dengan aku. Berkongsi suka dan airmata tanpa ada hijap yang menjadi tabir penghalang. Kenapa engkau perlu korbankan keceriaan yang kini engkau miliki? Apakah dengan menjarak dan menjauhkan diri engkau benar-benar yakin dia akan tenang dan gembira?” Ah! Hari ini bicara darinya semua bermula dengan MENGAPA….. dan aku tak dapat menghuraikan jauh sekali menjawab biarpun separuh dari perosalan itu. Aku bagai kehilangan kata…. Segala yang berlaku sepanjang bulan November ini bagaikan satu penjara yang kian mengurung hati dan perasaanku. Sebuah penjara rindu yang terpaksa ku huni meski dengan ketidakrelaan. “Aku nak engkau fikirkan dengan tenang, gunakan akal bukannya emosi. Selagi landasan diantara kalian berdua tidak jauh menyimpang, mengapa perlu engkau korbankan diri hanya kerana kebahagiaan orang lain. Bukan kah baik andai engkau bahagiakan dulu diri engkau baru fikirkan pasal orang lain. Aku rasa itu lebih baik dan berbaloi.” Aku masih betah berdiam. Entah mengapa lewat kebelakangan ini aku seakan terbiar hanyut dalam segala permasalahan yang datang. “Aku takut sebenarnya” Tanpa sedar itu yang aku luahkan…. “Cuba beritahu pada aku, apa yang engkau takutkan.” Pujukannya terdengar lembut menyentuh pendengaran membuatkan aku di hambat rasa sayu. Ah! Mengapa aku harus membebani insan-insan yang ada dsekelilingku. “Tak guna punya sahabat kan kalau kita tidak mampu menjadi pendengar biarpun bukan penyelesai pada masalah yang dihadapi oleh sahabat kita. Come on…. Tell me.” Pujukan itu masih milik ku walaupun aku tidak tahu hingga bila. “Aku takut dengan apa yang aku hadapi kini. Macam-macam yang dah jadi pada aku, bermula dengan kesihatan, than papa dan mama, kejadian yang hampir-hampir meragut segala yang aku miliki, luahan yang tak dapat aku terima, ‘DIA’ yang seakan mula jauh dan yang terbaru tengahari tadi, aku terima lagi panggilan dari orang tu. Aku takut kalau ‘DIA’ terheret sama dalam kancah permasalahan yang tidak sepatut melibatkan dirinya. Aku tak mahu ‘DIA’ susah atau disusahkan oleh orang yang seharusnya berurusan dengan aku. Dan aku juga takut kalau ‘DIA’ tinggalkan aku…..” tanpa mampu, kristal jernih ku pecah lantas berserak di pipi. Esak tangis yang ku tahan kedengaran jua. Hati ku jadi hiba mengenangkan keadaan diri. Aku sedar aku sekadar menumpang di sisi ‘DIA’ tapi untuk mengakui akan sebuah kehilangan dalam waktu terdekat, rasanya aku tak mampu dan tak punya kekuatan. Aku takut semua itu terjadi. “Engkau harus kuat…. ‘DIA’ tak akan tinggalkan engkau. Bukankah itu janji yang telah acapkali dilafazkannya pada engkau. Kenapa engkau ragu dan sangsi…. Kenapa sekarang ini engkau bagai tidak lagi mahu faham akan keadaannya… sedangkan dulu engkau pernah kata pada aku, engkau nak lihat ‘DIA’ capai apa yang ‘DIA’ inginkan. Engkau nak lihat ‘DIA’ gembira dan bahagia. Apa engkau dah lupa dengan apa yang pernah engkau katakan dulu? Percayalah…’DIA’ tak berubah malah aku yakin ‘DIA’ tetap sayangkan engkau biarpun aku tak mampu nak ukur sejauh mana kasih sayang ‘DIA’ pada engkau. Cuma aku berani jamin yang engkau tak pernah sekalipun jauh darinya. Jangan ikutkan sangat rasa takut yang makin menguasai diri engkau. Pasal luahan hati orang yang tak reti bahasa melayu tu, aku rasa engkau perlu tegas dan buat sesuatu. Aku yakin engkau mampu dan bila isu ‘DIA’ mula dipersoalkan, aku tahu engkau tak akan biarkan orang itu untuk terus mengganggu gugat ‘DIA’ kan walau dalam apa cara dan rasionalnya. Aku kenal sangat perangai engkau tu. Apapun engkau harus lebih berhati-hati. Aku cukup bimbang dengan diri engkau. Tak lama lagi aku akan tinggalkan engkau dalam tempoh yang agak panjang. Jadi sebelum aku pergi, aku nak lihat engkau betul-betul sejahtera. Barulah lega hati aku dan sorry, aku dah minta tolong ‘DIA’ tengok-tengokkan engkau sebab aku tahu rajuk dan jauhati engkau tu tak pernahnya lama pada ‘DIA.’ Okey, aku ada kerja nak siapkan. Aku harap engkau fikirkan apa yang aku cakapkan ni dan tolong jaga kesihatan engkau. Tak lama lagi along dan angah akan berangkat ke tanah suci. Tentu engkau tak mahu they all bimbangkan engkau selama mereka kat sana kan. So think about that. Aku tetap ada walaupun kadangkala aku tak dapat menampakkan diri di hadapan engkau, tapi engkau tahu bagaimana nak cari aku kan. Ingat, aku sayang sangat kat engkau dan aku tak mahu apa-apa terjadi pada engkau.” panjang hujah yang disumbatkan kependengaranku membuatkan kristal jernih ini semakin galak berderai. Aku benar-benar terharu punyai sahabat sepertinya. Perbualan kami tamat di situ, tapi seketika kemudian telefon ku menyanyi menandakan satu sms kini berada di dalam inbox ku.

‘Jika dikata embun itu suci, Suci lagi sebuah PENGORBANAN, Jika di lihat Pulau itu indah, indah lagi sebuah PERTEMUAN dan jika dirasa permata itu bernilai, Bernilai lagi sebuah PERSAHABATAN. Jangan Persia-siakan andai telah ditemui SAHABAT yang benar-benar tahu akan harga sebuah PERSAHABATAN kerana tak semua teman dan rakan boleh menjadi SAHABAT dalam erti kata sebenarnya.’


Buat ‘DIA’…. GOOD LUCK untuk test yang didudukinya petang ini. Doa ku tetap bersamanya. Moga allah mempermudahkan segalanya dan ‘DIA’ beroleh kejayaan untuk meneruskan langkah yang seterusnya. Maafkan aku andai hari ini aku tidak dapat mengembirakan ‘DIA’ setelah hampir 12 hari kami tidak bertemu…. Apa pun aku cukup gembira sewaktu melihat wajahnya tadi…. Thanks a lot and Miss U so Much……..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home