Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Wednesday, November 07, 2007

Roti jala dan Kari ayam……

Semalam, seperti juga malam-malam yang sebelumnya, mata aku payah untuk diajak beradu.. puas aku memujuk jenuh aku merayu namun sepasang mata ni tetap dengan kedegilan. Akhirnya aku akur…. Dari sebuah novel, ke sebuah novel ku belek…. tidak ku baca, lantaran segalanya sudah acapkali ku ulang siaran pembacaannya. Jam 04.00 pagi aku terdengar sayup-sayup alunan gemersik suara along… apa lagi yang dilakukan oleh abang ku itu…. Dari pembaringan aku bangun…. Membersihkan diri lantas mengadap padaNYA… kuserah kan sekeping hati yang rawan ni untuk diubati biarpun rasa malu menebal menyelimuti kalbu… Ah! Betapa dhaifnya aku… mengapa tiapkali hati ini luka, kepadaNYA kuserahkan untuk dirawat dan tiapkali itu jugalah kristal jernih ini akan berderai di pipiku…. Lama aku bertafakur di sejadah.. membiarkan sekeping hati berbicara dan bermunajad padanya… mengadu segala yang sudah lama terpendam dan ku pendam di dasar lubuk sekeping hati yang entah bagaimana patennya kini….

Jam 05.00 pagi, aku melangkah ke dapur… entah mengapa tiba-tiba fikiranku berkisar pada roti jala… aku tahu segala yang ku perlukan ada begitu juga dengan bahan untuk kuahnya…. Aku tak perlukan waktu yang lama…. Dalam tempoh satu jam, segalanya siap….. sebekas roti jala bersama kari ayam ku letakkan di atas meja makan. Along yang berselisih denganku sekadar melemparkan pandangan kehairanan…. ‘Mimpi ke mengigau adik aku sorang ni’ mungkin itulah yang berlegar di ruang mindanya sedang aku tetap mempamirkan wajah selamba baboon yang pastinya baboon pun tak akan buat muka macam yang aku buat…. Aku kembali ke bilik solat subuh dan bersiap untuk ke pejabat. 06.30 pagi, aku turun semula… ‘Wah Mak Chu! Semalam mimpi apa… mimpi pi jala ikan kat laut ke?’ Ceh! Mulut comel becok bak pop-corn masih sempat memuntahkan bicara walaupun aku tahu dia makin teruja melihat apa yang ada.’Yana…. depan rezeki jangan nak banyak komen. Syukur sebab mak chu dah prepared breakfast without any help from us. Yana sepatutnya ucap terima kasih sebab berkat kerajinan mak chu, pagi ni kita bersarapan dengan roti jala. Walid pun dah lama teringin nak makan sebenarnya’ Tegur along pada puteri becoknya…. dan seperti biasa hanya sengehan menyambut teguran si ayah. Itulah Puteri Arrisya Dayana… mana penah mulutnya terkatub… ada saja yang hendak diperkatakan.

Aku ke dapur… mengambil bekas yang sudah terisi dengan apa yang ku sediakan tadi. Semua mata kembali kepadaku seakan meminta penjelasan. ‘One for my department....’ ‘ the other one?’ belum sempat aku menghabiskan kata, Yana penyampuk dengan pertanyaan sambil tersengeh. Aku sekadar mengunci bicara. Malas menjawab atau mengiyakan apa yang ada dimindanya dan tak sukar untuk aku mengerti senyuman yang mengacah di bibirnya.

07.50 pagi aku dah sampai di office, ku letakkan apa yang aku bawa sambil itu bilik ke dua boss ku ketuk perlahan. Sekadar mengkhabarkan breakfast was there. Terkejut gak depa tengok… iyerlah… Hari Isnin aku tak masuk office gara-gara demam, semalam aku kembali dengan wajah yang memang langsung tak ada seri malah hilang ceria….. hari ini aku hadir bersama setupperware roti jala… mahunya depa tak heran… tapi as usual aku sekadar menjawab dengan senyuman bila melihat mereka mula menjamah. ‘It's nice…you really can cook well my dear and I still admire your walnut carrot cake.’ Komen boss ku… ‘Anyway thanks boss… not as good as my mom and my sister in law, but okey lah… just for myself.’ Jawabku jujur.. bukan menidakkan pujian, tapi rasanya aku masih belum cukup bagus dalam banyak sudut….. Tupperware yang satu lagi masih ku renung…. Sambil itu telefon yang bisu turut menjadi sasaran mata… menanti pada sesuatu yang aku tak pasti….. hingga jam 09.00, telefon ku tetap bisu…. Aku tak tahu kemana gerangan ‘DIA’ dan akhirnya tupperware berisi roti jala dan kari ayam bertukar tangan, tapi bukan pada ‘DIA’ sebaliknya pada Sue yang kebetulan turun untuk bertanyakan perihal dinner next week Friday. Ah! Memang dah bukan rezeki ‘DIA’ barangkali…. Erm tak apalah….

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home