Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Monday, November 26, 2007

Moga segalanya suksess……

Hari ini aku lunch dengan ‘DIA’. Beriya ‘DIA’ kata nak bawak aku pi kedai yang dah sebulan dua cuba dipromotekan pada aku. Malangnya sepanjang Bulan Ramadhan, kedai tersebut di tutup. Menurut katanya kedai tu memang cam tu. Kalau bulan Ramadhan sure tutup sebulan. Tah bila ‘DIA’ mejawat jawatan Pegawai Promote untuk kedai tersebut tidak pulak aku tahu. Ingatkan Senior Executive di bahagian Tax tak lah buat reja lagu ni… Atau mungkin juga ‘DIA’ ni regular customerthat’s why lah serba tahu…. Erm aku just ikut sahaja lagi pun memang aku rasa cam dah lama je aku tak jumpa ‘DIA’. Lama ke… erm jap ekk aku cuba hitung…. Campur tolak darap bahagi rasanya ada lebih kurang seminggu kot…. . Isy pelik pulak aku rasa… hari tu masa dia MC berbelas hari, aku cam okey pulak… dah la tak jumpa, called pun jarang-jarang… betul ke aku okey… atau aku main tarik tali dengan perasaan aku sendiri.. What everlah…. Anyway aku rasa happy lihat wajah ‘DIA’ yang memang murah dengan senyuman dan ketawa. Payah nak lihat dia marah lebih-lebih lagi pada aku…. Walaupun adalah beberapa kali dia tertinggikan suara… itu pun sebab aku ni yang jadi pencabar….. padan dengan muka aku…..

Hari ni ‘DIA’ beritahu aku dua perkara yang aku tahu buat ‘DIAhappy sangat. First pasal test yang didudukinya last week. Alhamdullillah… so far so good dan petang esok ‘DIA’ akan melangkah ke tahap yang seterusnya. Bukan lah test lagi tapi interview untuk post yang dipohonnya dulu Walau diawalnya aku seakan terkedu… speechless sebab aku takut, tapi aku try relax… aku sedar, aku seharusnya memberikan semangat dan perangsang pada ‘DIA’ agar lebih berkeyakinan untuk menghadapi hari esok. Bukankah aku nak dia suksess dalam kerjayanya.. .’So.. keep away that stupied feeling Mir…. Don’t spoil his happiness'. ‘DIA’ sekadar nak berkongsi kegembiraan bukannya nak buat ko murung..’ Itulah kata hatiku… Apa pun aku tetap doakan yang terbaik untuk dirinya. Semoga allah permudahkan apa yang bakal dilaluinya esok dan salah satu dari jawatan yang dipohonnya itu akan menjadi miliknya…. Amin…. Gook Luck for tomorrow…..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home