Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Thursday, November 29, 2007

Merci….Syukran Jazillah….

Semalam adalah hari yang seronok sangat buat aku.. nak tahu kenapa… Eh! Jap bukan sebab member aku puji baju yang aku pakai dan bukan juga sebab kengkawan aku jadikan workstation aku sebagai gelanggang luahan rasa, tapi ada sebab lain…. Eh! Bukan juga pasal pepagi hari dah kena kutib Buah Langsat… tapi sebab…. Erm keinginanku di penuhi…. YA PETANG SEMALAM SELERAKU BERJAYA DISAJIKAN DENGAN SEKEPING ROTI CANAI…. Hahahhahaha Apalah aku ni… dapat makan Roti Canai pun hingaq… macamlah dapat makan kat Restoran Berputar Sri Angkasa kat KL Tower atau dapat duduk semeja berdua dengan Angkasawan Negara Mr SMS tu…… hehehehehe tak kisahlah korang nak fikir apa. Memanglah Nampak cam tak ada benda je…. Ala setakad duduk makan roti canai… apa lah sangat, tapi sebenarnya di sebalik makan tu ada yang tersembunyi yang buat aku rasa terharu dan amat menghargai….. Semuanya gara-gara ‘DIA’ yang bersetuju meluangkan waktu bukan setakad teman tapi juga bawa aku hanya kerana nak penuhi keteringinan aku…. Itu yang lebih buat aku rasa TERHARU dan MENGHARGAI sangat…. Merci De Amor… Syukran Jazillah…. Terima Kasih banyak-banyak… sesungguhnya tak pernah sekali pun aku lupa menghargai segala yang telah ‘DIA’ lakukan untuk diriku sepanjang kami kenal. Malah rasanya dah banyak yang ‘DIA’ buat… kalaulah semua itu perlukan bayaran… rasanya dah lama aku tergolong dalam orang-orang yang memegang status AL-MUFLISI. Memang tak terbayar… kalau setakad harga makanan, aku boleh gagah lagi buat personal loan kat mana-mana, tapi WAKTU, KESANGGUPAN DAN PENGORBANAN yang telah ‘DIA’ peruntukan selama ini itu yang membuatkan tak berdaya nak bayar….. dan tak mungkin aku boleh bayar biarpun aku punya kekayaan untuk berbuat demikian…. Tak akan ada satu ‘Price Tag’ untuk semua yang telah ‘DIA’ lakukan…. Cuma satu je yang aku nak sangat ‘DIA’ tahu bahawa tak pernah sedetikpun aku lupa semua kebaikan yang selama ini sering hadir dalam hidupku tak kira walau dalam apa juga c2ac. ‘DIA’ sentiasa cuba yang terbaik untuk menzahirkan apa yang terdaya ‘DIA’ lakukan. Aku benar-benar bersyukur, rasa beruntung dan bertuah sangat kerana diizinkanNYA untuk kenal ‘DIA’ dan aku tetap nak ‘DIA’ jadi dirinya sendiri. Aku tak perlukan apa yang pernah dilakukan oleh orang lain pada aku untuk ‘DIA’ lakukan atau menjadi kesinambungan pada semua yang mungkin dah layak untuk aku kuburkan dalam liang sebuah memory. Moga ‘DIA’ faham bahawa dalam dirinya tak kan wujud insan lain yang pernah aku kenal sebelum aku kenal ‘DIA’….. Maafkan aku……

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home