Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Wednesday, November 21, 2007

Menghitung detik….

Hari ini aku jadi seorang penghitung…. Menghitung tiap derap detik yang mula berinsut perlahan…menanti sesuatu yang entah di mana paksi kepastiannya. Apa pun hari ini rasanya aku lebih ceria dari semalam…. Kenapa ekk… mungkin kerana untuk tika ini sebahagian dari masalah [erm boleh ke aku kategorikan sebagai MASALAH] dah selesai. Semalam aku dah jumpa dengan orang yang tak reti bahasa melayu tu [Pinjam sat statement member aku]. Berbicara dari hati ke hati.. cewah! Tak la sampai dari hati cuma penjelasan untuk satu penyelesaian yang terbaik untuk semua pihak mungkinnya. Aku dah terangkan apa yang perlu dia tahu dan selama ini menjadi teka teki dan puzzle yang diselesaikannya dengan tanggapan dan definasi tersendiri. Aku juga dah terangkan siapa ‘DIA’ yang kerap sangat disebut malah aku tahu orang tu nak sangat kenal dan lihat. Apa pun aku tetap katakan tak perlu. Tak perlu ‘DIA’ di kenali jauh sekali ditemui. Cukup lah dengan apa yang telah diketahui. Alhamdulillah pertemuan yang pada mulanya dalam perangkaan aku sekadar memakan masa 1 jam berlarutan hingga jam 10.30 malam. Namun aku rasa lega justeru semuanya selesai dengan baik dan harapan aku orang tu akan pegang segala janji yang telah diucapkan. Secara tak langsung that was a deal between us.

So hari ni waktu melangkah masuk ke office, dah ada yang tegur. ‘You look fresh today. Ada apa-apa ke?” Kebetulan hari ni aku pakai baju kebaya warna pink berhias bunga kecil berwarna biru… Aku padankan dengan tudung berwarna biru. Tak pernah aku berkebaya ke office… entah kenapa pagi ni tangan aku mencapai baju tersebut. Aku sekadar tersengeh sahaja bagi menjawab soalan yang diajukan padaku tanpa sebarang kata sebab memang pun aku tak punya jawapan jauh sekali penjelasan. Apa pun, aku tetap menghitung detik. Aku tahu hari ni ‘DIA’ kena buat follow up dengan doktor sebab sakit mata yang ditanggungnya almost 2 weeks. Esok tak pasti lagi samada ‘DIA’ akan masuk office atau continue MC hingga Jumaat. Tapi entah kenapa aku harap sangat ‘DIA’ ada esok… kenapa ekk…. Kerana esok adalah tarikhnya…. Tarikh yang tak mungkin akan luput dari mindaku….. tarikh yang cukup memberi makna untuk aku….. Lagi pun aku ada sumthing untuk ‘DIA’. Justeru itu lah aku harap sangat ‘DIA’ akan ada… walaupun MC entah kenapa aku seakan mengharapkan kehadirannya esok. Actually aku dah plan sumthing, tapi tak tahu samada akan direalisasi atau sekadar menjadi mainan illusi aku sendiri. Apa pun…. Just wait until tomorrow… tunggu hingga tiba tarikh itu….. dan hinga N3 ini aku pastekan, ‘DIA’ masih lagi tidak menghubungi aku…. Biarpun diusik sedikit rasa terkilan akan tingkahnya lewat kebelakangan ini namun aku cuba untuk tidak terlalu beremosi…. Semalam tiada panggilan petang sebagai pengakhir kata untuk penutup hari buat kami sebagaimana lazimnya…. Erm tak apalah…. Aku seharusnya mula menyediakan diri untuk sesuatu yang mungkin akan berlaku nanti…. Moga ketabahan dan kekuatan hati dan jiwa menjadi milikku untuk menghadapi segalanya……. Moga ‘DIA’ kembali sejahtera hendaknya….. itu lah doa dan pintaku pada yang maha esa…. AMIN……

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home