Kenapa Hari Ini... :-(
Tiba-tiba minda aku merewang… jauh dan jauh….. lepas Selat Melaka…. Lepas lautan Hindi… malah rasanya Lepas juga Laut China Selatan kot… Sorry beb, bab Geografi ni aku memang lemah bin lembab… since sekolah lagi…. tak pernah lulus….. kalau lulus pun sekadar cukup makan je… Aku teringat pada DSana…. Erm apa khabarlah agaknya…. Bila teringatkan sekeping ROTI CANAI, minda ku kembali membuka kisah sekotak SANGOBION… Apakah kisah itu akan berulang andai DSana ada disini dan tahu perihal ROTI CANAI yang berjaya mengacau bilaukan konsentrasi aku….. Di celah kesibukan tuntutan tugasan yang tidak pernah ada batas buat dirinya, DSana masih lagi mencuri waktu ke farmasi semata-mata untuk mendapatkan sekotak SANGOBION untuk ku. Terharunya aku dengan apa yang dilakukannya tika sekotak Sangobion bertukar tangan. Begitu jua tika aku melaksanakan idea nakalku…. Ambil cuti untuk menonton wayang bagi meredakan stress yang sudah tidak mampu ku bendung. DSana jugalah yang menemani biarpun hari berikutnya aku mendapat perkhabaran selepas itu dia terpaksa kembali semula ke pejabatnya bagi menyelesaikan sebahagian tugasan yang masih belum beres.... Aduh! Kenapa hari ini mindaku bagai membuat flashback pada semua kenangan itu…. Dan yang lebih membuatkan aku rasa sayu… aku tiba-tiba jadi rindu pada dirinya….. Biarpun pada zahirnya, ketiadaan DSana bagai terganti dengan kehadiran ‘DIA’ tapi entah….. mengapa hari ini minda ku bagai terbang jauh untuk menghampiri destinasi DSana…..
2 Comments:
At November 28, 2007 at 3:22 PM ,
roy said...
Siapa tu Dsana?..tidakkah terfikir seolah2 ada cubaan untuk membuat 'perbandingan' antara Dsana dan DIA..jgn sampai DIA terasa....
At November 29, 2007 at 8:40 AM ,
pu3Chempakabiru said...
Erm.... minta maaf... terkadang rasa hati membuatkan minda tak mampu menghasilkan sesuatu yang rasional pada pandangan orang lain, jemari sekadar menurut apa yang diarahkan. DSana dan "DIA" punya keistimewaan dan kekurangan yang tersendiri, tiada perbandingan dan tak mungkin DSana boleh menggantikan "DIA" dan "DIA" tak mungkin boleh menjadi DSana.... Itu hakikat dan kenyataan yang tak pernah terhakis dan lari dari hati ini... Maaf sekali lagi andai keterasaan sudah mula mengacah diri.....
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home