Bingkisan Takziah.....
Jam 10.31 pagi. Aku dikejutkan dengan satu sms kiriman dari ‘DIA’... ”Mak baru saja kembali kepdaNYA kat rumah tadi”Aku terkedu seketika, ‘Innalilla Wainnahilahirojium…. DariNYA kita datang dan PadaNYA juga kita kembali.’ walaupun memang… ya boleh dikatakan aku bagaikan dapat rasakan perkara itu sebab since semalam aku bagaikan diamuk rasa kurang enak. Perasaan ku mengalami satu keadaan yang sukar untuk ku ungkap jauh sekali terangkan. Aku katakan begitu sebab setelah aku mendapat perkhabaran via sms dari ‘DIA’, perasaan itu hilang. Ini bukan lah kali pertama tapi sudah acapkali malah perasaan ini juga yang aku alami sewaktu berhadapan dengan detik pemergian mama dan papa dulu. Justeru itulah aku percaya akan firasat perasaanku yang satu ini, cuma dinihari tadi sewaktu bersembang dengan ‘DIA’ di talian, aku tidak melafazkannya.
Pagi tadi masa aku on the way ke office, sempat gak aku berkomunikasi thru’ sms mendapatkan apa yang disuruh oleh along dari ‘DIA’ biarpun awalnya permintaan aku itu tersalah dari apa yang sepatutnya. Akibatnya terpaksa lah tadah telinga dengar bebelan tazkirah dari abang aku yang sorang tu. Dinihari tadi pun aku dan ‘DIA’ masih berutus sms sebabnya aku memang tak boleh nak lena justeru amukan perasaan yang mengacau bilaukan ketabahan hati. Sms meluahkan apa yang aku rasa dan ‘DIA’ seperti lazim tetap menyembunyikan apa yang hadir dalam hati supaya aku tak risau. Erm bukan aku buta atau tak sedia maklum… dah hampir ½ tahun aku kenal ‘DIA’… so rasanya sesetengah dari sikapnya tu memang aku dah boleh faham…..
Sekitar jam 09.00 pagi, ‘DIA’ masih mencuri ruang untuk menghubungi aku… mengkhabarkan yang Mak ‘DIA’ dah sedar jam 04.30 pagi tadi… dah kerap membuka mata, hanya respond secara zahir yang masih tidak mampu dilakukan. Aku tahu ‘DIA’ happy dengan keadaan Mak sebegitu biarpun harapan seterusnya agak tipis. Aku pun sempat gak beritahu ‘DIA’ apa yang along pesan walaupun sebenarnya abang aku tu nak cakap sendiri dengan ‘DIA’ tapi tah engage ngan urgent meeting pulak. Jadi aku just menjadi penyampai mohor pesanan sebab malas nak join sessi soaljawab dengan along. ‘Pesan kat DIA, jangan putus bisikkan kalimah syahadah pada mak…. Tapi jangan paksa untuk Mak ikut kalau tak berkemampuan. Memadai terus bisikkan kalimah ALLAH di telinga agar iblis tidak mencuri ruang dalam nazak umat Muhammad untuk kembali kepadaNYA’ Aku tahu along contact one of his friends yang work kat Jabatan Mufti Wilayah untuk sahkan perkara ni sebelum suruh aku sampaikan pada ‘DIA’ Thanks along on behalf of him. Kita sama-sama berdoa agar Allah permudahkan dan berikan yang terbaik buat Mak ‘DIA’. Kalau kembali padaNYA adalah yang terbaik, permudahkan lah… itu lah yang aku pinta dan akhirnya pagi ini, jam 10.31 pagi Allah jemput juga Mak ‘DIA’. Innalilla Wainnahilahirojium…. DariNYA kita datang dan PadaNYA juga kita kembali.
Al- Fateha buat Allahyarhamah Puan Zainab Rodiah… Semoga rohnya dicucuri rahmat dan keampunan dari Allah lantas ditempatkan dalam golongan hambaNYA yang diredhoi…. Diberikan nikmat kubur dan dilepaskan dari siksa dan azab sepertimana golongan yang allah limpahkan kasih sayangNYA…. Amin…
Buat ‘DIA’ dan keluarga… moga tabah dengan segala ujian dan dugaan ini. Aku tahu dan yakin ‘DIA’ memang seorang yang tabah dan jauh lebih sabar daripada aku sendiri lantaran sejak dikhabarkan perihal maknya tempohari, airmata ini sudah acapkali bah di pipi. Aku terkenang dan teringatkan arwah mama. Situasi yang sama berulang lagi. Aku tidak mampu lakukan lebih dari berdoa dan berzikir di dalam hati justeru aku…. Ah! Tak payah cakap lah….
Apa pun aku tetap nantikan ‘DIA’ kembali semula ke sini….. aku sudah menyediakan ruang untuk berkongsi segala apa yang ‘DIA’ rasa walaupun aku tahu ‘DIA’ tak mungkin akan mengizinkan aku lakukan sepertimana yang ‘DIA’ lakukan terhadap diriku sewaktu aku hadapi saat getir dan pilu dalam hidupku….. Namun ruang yang telah aku sediakan ini tetap akan terus jadi MILIK DIA samada ‘DIA’ mahu atau tidak….. Take Care dan cepat balik......
1 Comments:
At November 5, 2007 at 4:05 PM ,
Qaseh Bidadari said...
takziah pada DIA...SESUNGGUHNYA MATI ITU PASTI...
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home