Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Wednesday, November 21, 2007

Antara 2 Insan [continue]

BAB ENAM

Tepat jam 12.30 tengahari, Rizal dan Ekmal Rahimi sudah tiba di Lake Club Restaurant. Mereka sengaja memilih untuk duduk di satu sudut yang agak terselindung dan agak privacy. Ekmal Rahimi agak keresahan. Acapkali dikerling jam yang berada dipergelangan tangannya. Sesekali dia melepaskan keluhan berat. Kegelisahannya bagai payah hendak surut.

“Engkau jangan bimbang, they all berdua on the way ke mari. Mungkin tersekat dengan traffic jem kot. Engkau tahu je lah jalan area KL ni, payah kita nak ramal.” Ucap Rizal tersenyum bila melihat keadaan temannya itu. Ekmal Rahimi sekadar mengunci bicara. Perlahan-lahan dia bangun dari duduk yang sedari tadi sudah hilang betah dan konsentrasi.

“Eh! Engkau nak ke mana?” Tanya Rizal bila melihat anak muda itu sudah mula melangkah.

“Aku nak keluar sekejap.” Jawab Ekmal Rahimi ringkas sebelum berlalu pergi. Rizal sekadar mampu mengiringi langkah temannya dengan gelenggan tanda tidak faham akan situasi yang sedang melanda anak muda itu. Dia meninjau-ninjau ke arah pintu utama mencari susuk tubuh orang yang dinanti. Akhirnya senyuman terukir di bibir bila melihat dua orang gadis melangkah masuk. Pantas dia melangkah mendapatkan mereka.

“Hai Izzah, Lisa… thanks coz sudi datang. Come, I dah book table kat sana. Harap both of you tak kisah.” Ucap Rizal bersama senyuman yang mekar di bibirnya.

“Sorrylah Rizal. Kami terlewat. Dah lama ke awak tunggu?” Tanya Izzah sambil mengikut langkah anak muda itu ke meja yang dimaksudkan.

“Asalkan you datang, tiga jam pun I sanggup tunggu.” Gurau Rizal sambil turut melangkah mengiringi langkah Izzah dan Lisa yang sudah mengukir senyuman.

“Amboi! Sejak bila pandai main ayat ni?” Bisik Lisa perlahan pada Rizal. Tawa yang hampir meledak sedaya mampu cuba ditahan. Rizal sekadar mempamirkan senyuman.

Izzah melabuhkan duduk di bangku yang kosong. Dikerling pada Lisa yang mengambil tempat di sebelah Rizal. Berkerut dahi gadis itu dengan aksi temannya. Hairan, namun tiada sepatah bicarapun terungkap di bibirnya. Dihulurkan enverlope mengandungi apa yang dipinta oleh anak muda itu seperti mana dalam emailnya.

“Thanks Izzah. Erm you all berdua nak makan apa. Don’t worry… lunch on me today.” Ucap Rizal tertawa kecil. Izzah dan Lisa membelek senarai makanan yang tertera didalam menu yang mereka pegang.

“Rizal, you biasa datang sini kan, so you recommend lah apa yang best kat sini.” Pinta Lisa manja sambil pura-pura berkongsi meneliti menu dengan anak muda itu. Sebenarnya dia sudah terlihat kelibat Ekmal Rahimi yang sedang mengatur langkah menuju ke arah mereka. Hatinya tiba-tiba diserbu gelisah menantikan reaksi gadis yang duduk di hadapannya.

“You nampak tak apa yang I nampak?” Bisik Lisa perlahan pada Rizal yang benar-benar hampir dengannya. Bimbang andai apa yang diperkatakan akan terdengar dipendengaran insan yang tidak sepatutnya.

“Lisa, biasanya kalau I datang sini, I makan fish N chips. Erm you nak try tak?” Rizal berdialong cuba memainkan peranannya sebaik mungkin dalam skrip pementasan drama sebabak yang mereka arahkan bersama. Dia turut merasa gelisah dan berdebar menanti apakah yang bakal berlangsung sebentar lagi.

“Okey, kalau macam tu, I terima cadangan you tu. Erm Izzah, engkau nak makan apa?” Tanya Lisa sambil merenung wajah teman yang masih betah membelek senarai makanan. Aduh minah ni! Tengok senarai makanan ke mengelamun.

Why don’t you try their nasi goreng special? It’s nice and you will love it plus this one.” Bergema suara Ekmal Rahimi melabuhkan duduk di kerusi yang masih kosong disebelah Izzah. Diletakkan sekotak air ribena di hadapan gadis itu. Bulat mata Izzah memanah Rizal dan Lisa seakan meminta penjelasan, namun keduanya tidak memberi sebarang respond.

Sebuah senyuman terukir di bibir anak muda itu melihat perubahan pada seraut wajah yang memang dirinduinya. Dia tahu Izzah terkejut. Samada minda gadis itu cekap membuat rumusan bahawa pertemuan tengahari itu adalah sesuatu yang sudah diatur, atau mungkin juga beranggapan ianya adalah satu kebetulan. Segalanya bergantung pada mutu lakonan kedua pelakun yang berada di hadapannya kini.

“Well Rizal, kenapa engkau tak beritahu aku yang engkau ada appointment with both of them pasal Draft Finance tu? Teruk aku kena bambu dengan Mr Tan tadi. Next time, please inform me with what ever you want to do Encik Rizal. Nasib aku tanya Feeda dan dapat cari engkau kat sini.” Ekmal Rahimi mula beraksi. Dia perlu terjun sama menjadi pelakun tambahan kalau tidak mahu gadis itu terus dikuasai suspicious dengan apa yang terhidang kini.

“Sorry Ekmal, tadi engkau tak ada. Jadi aku ingat nak tolong engkau dapatkan sourcenya. Janganlah marah. Erm… apa kata lunch hari ni aku belanja.” Rizal tersengeh-sengeh sambil mengeyitkan mata pada temannya tanda terima kasih atas aksi yang boleh tahan hebat dalam jurus penyelamat.

“Asyik bersembang je, bila nak makan. Perut I dah menyanyi ni.” Lisa mencelah. Suasana yang beku harus di cairkan segera. Jika tidak pasti apa yang telah mereka usahakan sekadar sia-sia.

“Erm Izzah nak makan apa?” Tanya Ekmal Rahimi romantis sambil merenung wajah gadis disebelahnya. Sedari tadi mulut comel itu bagaikan terkunci dan anak kuncinya pula hilang entah ke mana.

“Bee Hoon goreng dengan sirap limau.” Akhirnya sebaris ayat yang meluncur laju dari ulas bibir Izzah mengundang senyuman di bibir Ekmal Rahimi. Masih punya suara rupanya… ingatkan dah hilang dan terbang entah ke mana.

Rizal menggamit pelayan yang sedari tadi berlegar-legar di situ. Membuat pesanan mengikut selera dan citarasa teman-temannya. Setelah mencatatkan apa yang dikehendaki, pelayan tersebut beredar.

“Izzah apa khabar? Lama tak dengar berita. Banyak kerja ke?” Ekmal Rahimi berjeda membuka buah bicara. Dalam hati tidak putus doanya agar gadis yang duduk disebelah tidak akan terus dingin lantas membeku.

“Alhamdulillah, Sihat seadanya, InsyaAllah.” Jawab Izzah. Wajahnya ditundukkan. Tidak sanggup menerima panahan mata anak muda yang mula mengacau bilaukan desah nafasnya. Hatinya dipalu keriangan, namun masih waras dia mengawal agar tidak terzahir pada pandangan enam mata bercampur dengan sepasang lagi dari kaca mata yang digunakan oleh Ekmal Rahimi.

“Rizal, boleh temankan Lisa kejap tak. Rasa macam nak tengok cake yang ada kat depan tu lah.” Ajak Lisa tiba-tiba. Sengaja memberikan ruang seketika bagi duda dan gadis itu untuk berkomunikasi. Dia sudah berdiri dan menanti anak muda itu untuk turut sama dalam gelanggang ciptaannya.

“Izzah, Ekmal, sekejap yer. Aku nak temankan awek tak rasmi aku ni dulu. Nanti kalau tak diikut, jawabnya melepaslah aku nak submit proposal untuk ke tahap seterusnya.” Giat Rizal sambil tersenyum. Wajah Izzah sudah berubah. Masam memanah wajah selamba Lisa yang langsung tidak bereaksi.

“Kenapa wajah Izzah keruh aje? Tak suka Ekmal ada kat sini atau masih marah?” Tanya Ekmal Rahimi lembut. Bukan sukar untuknya mengesan apa yang sudah terbias di wajah yang sudah berubah itu.

Izzah membisu. Mengunci setiap perbendaharaan kata yang sudah melambak muntah di minda. Sesungguhnya mindanya tidak sabar untuk berkomunikasi dengan anak muda itu, tapi hatinya menjadi penghalang. Tidak tahu apakah wajar perbualan diantara mereka diteruskan. Tidak mahu mengundang padah seperti mana yang pernah dialaminya dulu. Dia tahu Ekmal Rahimi bukan seperti mana sebelumnya. Anak muda yang ada di sebelahnya kini adalah tunangan orang. Seakan masih terasa kehangatan tamparan yang singgah di pipinya tempohari akibat dari kealpaan yang bukan disengajakan.

“Izzah, please. Jangan diam macam ni. Ekmal benar-benar rasa semakin jauh dari Izzah sejak mogok tak berpermit ini Izzah lancarkan. Segalanya tak akan selesai. Apakah berbaloi Izzah pertaruhkan persahabatan kita hanya kerana apa yang telah terjadi? Okey Ekmal akui, Ekmal bersalah lantaran tidak cuba menghalang Atiqah dari menyentuh pipi lembut Izzah, tapi itu tidak bermakna Ekmal setuju dengan tindakan Atiqah. Ekmal tergamam waktu itu…. Apa yang berlaku diluar dugaan. Ekmal tidak sangka Atiqah sanggup bertindak sedemikian. Maafkan Ekmal sayang. Please jangan diam macam ni.” Rayu Ekmal Rahimi sayu. Sudah lama dia memendamkan segalanya. Hari ini di kesempatan yang ada, dia perlu mempergunakan sebaik mungkin. Meluahkan apa yang terpendam agar gadis itu memahami.

“Saya tak marahkan Encik Ekmal Rahimi atau pun Cik Atiqah. Dia berhak untuk bertindak sedemikian mempertahankan apa yang sudah menjadi sebahagian dari miliknya agar tidak diganggu oleh orang seperti saya. Rasanya tidak elok perkara peribadi diperbincangkan di waktu ini. Saya ke mari sekadar untuk menghantarkan apa yang Rizal minta dan sebagai menjaga hati clients, saya terima juga ajakannya untuk makan tengahari. Agenda peribadi tak pernah saya bawa dalam etika tugasan saya. Harap Encik Ekmal Rahimi faham.” Tegas jawapan yang meluncur dari ulas bibir comel itu. Biarpun apa yang terungkap tidak sealiran dengan apa yang sedang bergolak di jiwa, namun Izzah tetap tidak memperdulikannaya. Getar yang dirasa cuba disembunyikan sedalam mungkin. Dia tidak mahu anak muda yang duduk di sebelah terus mengesan bias resah dan sedih yang sudah mula bersatu. Nafasnya sudah sesak sejak tadi. Haruman yang digunakan oleh anak muda itu mampu melumpuhkan sistem pernafasannya.

Ekmal Rahimi terdiam. Mendengar kata-kata yang terungkap sebentar tadi sudah memberi jawapan bahawa kemarahan atau lebih tepat kesedihan atas apa yang sedang mereka hadapi masih bersisa di hati gadis itu. Bukan baru dia mengenali Izzah. Tiapkali jiwa dan hatinya ditamu resah atau terasa dengan perlakuan Ekmal Rahimi, pasti nama penuh anak muda itu akan meluncur dipergunakan.

“Izzah masih marah pada Ekmal? Dah benci hingga tak nak tengok muka Ekmal lagi? Sampaikan tangan Ekmal luka pun Izzah dah tak kisah. Tak apalah. Nak buat macamana… Kasih sayang orang bukan boleh kita paksa. Maafkan Ekmal kalau kehadiran Ekmal di sini sekadar mengganggu ketenangan dan kedamaian hati Izzah untuk makan dengan Rizal. Ekmal minta diri dulu. Sebelum itu, please take care of yourself selama Ekmal tak ada. Assallammualaikum.” Ucap Ekmal Rahimi sambil bangun untuk berlalu. Izzah terkedu. Tidak diduga tindakan anak muda itu sedrastik itu. Mengapa mesti pergi…. Mengapa mesti dirinya ditinggalkan lagi. Selama ini sudah puas hatinya mengusung keranda rindu tak berjenazah. Tidak tahu di liang pusara mana harus dikembumikannya. Kini perkuburan rindu itu sudah ada…. mengapa tidak disemadikan sahaja apa yang dirasanya dari terus menjadi seorang pengusung?

‘Izzah, kenapa engkau ego sangat… mengapa mesti engkau biarkan dia pergi sedang hakikatnya engkau sudah panasaran mengusung rindu terhadap dirinya. Permasalahan tak akan selesai kalau engkau terus bersikap sebegini. Come on… don’t let him go.’ Suara hati Izzah bergema.

Di luar sedar pantas tangannya mengapai tangan Ekmal Rahimi sebelum anak muda itu meneruskan langkah. Sekilas pandangan mata yang menyapa sudah cukup menghantar perutusan agar Ekmal Rahimi usah minggir dari sisinya. Krital jernih yang sudah bertamu ditubir mata perlahan-lahan pecah lantas berserak di pipi. Izzah tertunduk menyembunyikan wajah yang sudah basah dek pecahan krital yang kini menguntai di pipi.

Ekmal Rahimi terpana. Dia kembali duduk. Jemari runcing milik Izzah kini bersulam erat dengan jemari miliknya. Cuba mencari seraut wajah yang masih tunduk dan basah dek limpahan kristal yang berderai. Sayu rasa hati melihat keadaan gadis itu.

“Maafkan Ekmal sayang. Please jangan menangis lagi. Ekmal dah banyak buat airmata Izzah tumpah.” Romantis kedengaran suara Ekmal Rahimi memujuk. Krital jernih yang masih berserak disekanya dengan sehelai saputangan. Tanpa sedar, perlakuan mereka sebenarnya disaksikan oleh Rizal dan Lisa. Keduanya tersenyum melihatkan perubahan pada pasangan itu.

Key, lunch is ready. Well Ekmal! Aku tak tahu engkau order apa dan rasanya engkau tak order apa-apa pun. So! Sorry lah…makanan untuk engkau tak ada, tapi aku rasa engkau dah kenyangkan sebab dah dapat pujuk Izzah.” Usik Rizal sambil meletakkan sepinggan besar beehoon goreng dan sirap limau dihadapan gadis itu. Bulat mata Izzah melihatnya. Mana mungkin mampu dihabiskan sendirian.

“Engkau jangan nak buat muka terkezut macam tu Izzah. Kalau tak dapat nak habiskan, tu abang kau kat sebelah willing to finish it for you. Apa salahnya mulai sekarang engkorang berdua belajar erti ‘PERKONGSIAN’. Esok-esok tak lah susah.” Sakat Lisa sambil menyuap potong makanannya yang sudah bersalut cili sos ke dalam mulut. Dia tersengeh melihat tone rona kemerahan bak tomato ranum di pipi Izzah sedang Ekmal Rahimi selamba mengambil garfu di tangan gadis itu. Sesuap bee hoon goreng kini menziarahi mulutnya.

Terkedu Izzah dengan perlakuan anak muda itu. Selama ini belum pernah mereka praktikkan apa yang kini dilakukan oleh anak muda itu, namun hatinya tidak tega untuk menghalang. Tidak juga bersorak girang. Perlahan-lahan sudu yang berada ditangan mendarat di pinggan yang ada di hadapannya. Beehoon goreng yang masih berasap tipis dan tampak menyelerakan itu masih gagal memikat nafsunya. Dia bagaikan kekenyangan biarpun dari pagi perutnya masih belum diziarahi sebarang makanan. Perlakuan Izzah tidak lepas dari pandangan teman-teman. Bagaikan mengerti, Ekmal Rahimi bangun kemudian hadir semula dengan sebiji pinggan kosong di tangan.

“Okey, kita share yer. Ekmal ambil sikit dan selebihnya Izzah makan. Tak elok biarkan perut kosong. Nanti kesihatan Izzah terganggu.” Pinggan yang sudah berisi separuh beehoon goreng itu disuakan pada Izzah dan separuh lagi betah di hadapannya. Hari itu, buat pertama kalinya, Izzah berkongsi makanan dengan Ekmal Rahimi.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home