Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Wednesday, November 21, 2007

Antara 2 Insan [continue]

BAB LIMA

Ekmal Rahimi mengeluh. Telefon yang masih betah dalam pegangan dipandang lesu. Usaha yang diperuntukkan masih belum membuahkan hasil. Ah! Apa lagi ikhtiarnya. Bagaimana permasalahan ini mampu diatasi andai tiada kerjasama yang diberi. Sudah berkali-kali dia mencuba, tapi kebekuan yang kini seakan membelenggu masih gagal dicairkan biarpun sedikit. Tega benar insan itu menyiksa hati. Bukan dia tidak cuba memujuk, namum bagaimana kalau tiap panggilannya bagai tidak memberi erti. Sms yang dititip sekadar menjadi penghias pada skrin telefon bisu. Email yang dikirimnya sekadar berlayakan untuk berada dalam senarai tanpa dibuka jauh sekali dibaca. Adakalanya dia dihambat rasa keterkilanan dengan apa yang terpaksa diterimanya. Tanpa sedar, sebuah keluhan berat terlepas jua. Rindu yang bertandang sudah lama sarat dihati. Kalau tidak silap perhitungannya akalnya, hampir sebulan insan itu menyepikan diri. Bagaimanakah agaknya keadaan dirinya kini. Minda Ekmal Rahimi makin sarat diburu pertanyaan dan diamuk resah dalam gelisah.

“Kenapa ni Ekmal. Pagi-pagi lagi aku tengok muka engkau macam tak sudah je. Macam ayam kehilangan anak. Apa masalah engkau?” Terjahan suara Rizal bersama pertanyaan membuatkan anak muda itu meraup wajah. Cuba disingkir segala rasa yang sudah lama menguasai diri. Tidak mahu apa yang mengocak dan berkocak disanubari dikesan pada pandangan orang lain.

“Woi kawan! Aku ni bertanya, dan sudah pasti pertanyaan itu memerlurkan jawapan. Kurang-kurang pun penjelasan kenapa lately ni aku perhatikan keadaan engkau tak bermaya.” Sergah Rizal. Aduh! Letih rasanya melihat gelagat lelaki yang mula melayu semangat di pagi hari seperti Ekmal Rahimi.

“Entahlah Rizal. Aku rasa macam buntu sekarang ni. Macam-macam masalah yang masuk dan bertenggek dalam kepala aku. Itu belum kes anak aku yang sorang tu buat perangai dengan permintaan yang terkadang payah aku nak tunaikan. Aduh! Serabut betul rasanya.” Keluh Ekmal Rahimi sambil menyandarkan tubuhnya. Matanya masih terarah pada telefon yang tersadai lesu di meja. Mengharap dalam doa dihati agar peralatan canggih itu berbunyi.

“Kes awek merajuk dan formula memujuk, engkau dah senaraikan ke?” Tembak Rizal bersama senyuman yang mula mengacah. Bukan dia tidak sedar akan pergolakan yang sedang berlaku pada perhubungan temannya dengan Izzah. Malah sudah dua tiga kali gadis itu tidak menghadirkan diri pada mesyuarat hingga memaksa Lisa menjadi pengganti.

Ekmal Rahimi mengeluh. Itulah masalah besar baginya kini. IZZAH…. Gadis itu bagai sengaja mahu mencipta jurang. Membina setingginya tembok pemisah diantara mereka.

“Ekmal, kenapa engkau tak called dia. Pujuk pelan-pelan. Terangkan keadaan sebenar. Engkau faham sajalah perempuan ni. Mereka tu madu yang boleh jadi penawar dan juga racun yang mampu memusnahkan ketenangan dan kestabilan kita. Aku tak fikir Izzah jenis yang tak terima penjelasan, tapi kalau tunang engkau si Atiqah tu… erm aku rasa engkau lebih maklum perangai dia. I had no comment about her but bat you, Izzah wasn’t that type of person.” Rizal memberi pandangan tanpa dipinta. Dia bukan buta dalam melihat gelisah emosi temannya itu. Terkadang singgah juga rasa simpati dengan apa yang dihadapi oleh Ekmal kini. Namun apa yang boleh dilakukannya. Anak muda itu jauh lebih matang dari segi pengalaman daripada dirinya sendiri.

“Masalahnya sekarang Izzah langsung tak nak cakap dengan aku. Called aku dia refuse, sms dia tak endah malah email aku langsung dia tak buka. Seolah menutup terus ruang buat aku. Ah! Buntu jadinya… Atiqah pulak asyik asak aku dengan pertanyaan pasal hubungan aku dengan Izzah. Aduh! Pening kepala aku ni. Belum lagi si cilik kat rumah tu” Adu Ekmal Rahimi. Pangkal tengkuknya diusap berkali-kali.

Come on Ekmal. Hati tengah luka, masakan itu pun engkau tak tahu. Pujuklah secara berhikmah bukannya ajak duduk dalam khemah. Don’t tell me you already give up with all this things. Masih ada cara untuk engkau jumpa Izzah. Itu pun kalau engkau mahu.” Rizal cuba memberikan semangat.

“Maksud engkau…. Jangan nak main tarik tali dengan aku Rizal. Aku dah tak larat nak fikir. Aku dah tak nampak jalan. Izzah tu zahir sahaja kelihatan lembut, tapi bila sesuatu dah touching hati dia… susah…“ Keluh Ekmal Rahimi. Berkerut dahinya melilhat wajah Rizal yang sudah terhias sejalur senyuman. Ah! Kenapa pulak sahabatnya itu tersenyum.

“Sebab tu aku suruh engkau pujuk dia secara berhikmah bukannya ajak duduk dalam khemah. Actually hari ni aku ada lunch appointment dengan Lisa, dan aku dah minta Lisa tolong bawa Izzah sama. Erm! Engkau nak join tak?” Ulang anak muda itu sambil menebarkan jala pelawaan. Senyuman sinis mula meniti dibibirnya. Bukan dia tidak tahu gundah dan resah yang sudah sarat melanda dilautan hati sahabatnya itu.

“Engkau rasa Izzah nak datang ke? Aku rasa tak mungkin. Dia tu bukan aku tak kenal, memang sanggup berlapar. Kalau tidak pun masih tega menyumbat perutnya dengan biskut bersulam air ribena.” Komen Ekmal Rahimi. Dia berasa kurang yakin dengan cadangan temannya.

“Pasal itu engkau jangan risau. Aku ada cara yang akan membuatkan dia terpaksa juga hadir. Sekarang aku nak tahu, engkau nak join ke tak? Kalau tak nak, maknanya engkau sengaja tolak peluang. Woi! Bukan senang tau aku nak rasuah si Lisa tu supaya bersengkokol untuk tolong engkau. So macamana? You don’t loose anything my friend if Izzah not turns up, but you will regret if it change. Just try your luck.” Suara Rizal sudah melepasi tone. Geram rasanya dengan tingkah Ekmal Rahimi sejak bermulanya era perang perasaan dalam jiwa. Apa pun keyakinannya jitu, Izzah akan dan terpaksa juga datang.

Well! Okey. If she turns up, I owe you one.” Akhirnya Ekmal Rahimi bersetuju dengan apa yang dicadangkan biarpun kesangsian terhadap rancangan anak muda itu masih bergayut di tangkai minda dan perasaannya. Apa helah Rizal bagi memastikan Izzah menghadiri lunch appointment tersebut. Dia tak daya menekannya.

Rizal sekadar melemparkan senyuman. Tidak ada tanda-tanda yang dia akan menerangkan apa yang sudah diaturnya untuk melengkapkan missi pertemuan terancang yang tak akan disedari oleh gadis yang terlibat itu.

Okey. Get ready…. We leave around 11.30. Aku dah inform Mr Tan yang kita ada appointment with our tax agent.” Ucap Rizal sambil mengenyitkan mata nakal sebelum meninggalkan temannya yang ternyata masih terkulat-kulat dengan fikiran yang tak berfungsi.

Ekmal Rahimi mengeluh. Telefon yang bisu dicapai lantas jarinya pantas mendail number yang memang sudah lama tersimpan dikotak memori ingatan. Lama dia menanti hinggalah….

Hello. Welcome to FM Tax Services Consultancy Berhad. Good morning.” Terdengar suara lunak menjawab panggilannya.

“Ya Morning… Can you connect me to Izzah please?” Pintanya bila mendengar jawapan dihujung talian.

One second please.” Ekmal Rahimi terpaksa menanti lagi. Dalam hati tidak putus dia berdoa moga kali ini gadis itu sudi menjawab panggilannya.

Hello, Izzah extension.” Terdengar jawapan dari penantiannya.

May I speak with Izzah please?” Pinta Ekmal Rahimi. Tidak pasti siapa dihujung talian, cuma yang dia yakin si penjawab itu bukanlah Izzah.

“Ekmal, kalau you tak nak plan yang dah diatur cantik terbongkar, baik you jangan call Izzah. Kalau you degil, jangan salahkan I andainya rancangan Rizal gagal.” Aduh! Suka-suka hati sahaja si penjawab itu memberi ingatan berbaur ugutan padanya.

“Lisa… is that you?” Soal Ekmal Rahimi inginkan kepastian.

“Yup. I minta you sabar sikit…. It won’t take so long Ekmal… just a couple hours from now. I promise… you will see your lovely horrible princess today. Trust me. At this moment, please don’t ever try to call or sms her. I’ll try my best to convince her to come with me.” Pinta Lisa perlahan. Dia benar-benar lega justeru bukan Izzah yang menjawab panggilan anak muda itu. Jika tidak, sudah pasti apa yang diusahakan sedari semalam akan hancur berkecai.

“Okey lah Lisa. This time I let you and Rizal be a chairman in what ever both of you already plan to. Apa pun thanks and I really appreciated with it.” Ucap Ekmal Rahimi akhirnya. Dia terpaksa merelakan kedua teruna dara itu terus menjadi mastermind terhadap apa yang akan berlangsung nanti. Hasrat yang melonjak sebentar tadi terpaksa ditahan dan dipendam jua. Dia harus malah seakan terpaksa akur dengan percaturan yang telah diatur untuk menemukan dirinya dan Izzah.

“Sapa yang called Lisa. Nampak berkerut semacam je muka engkau tu?” Tanya Izzah yang tiba-tiba mucul bersama satu document di tangannya.

One of my client tapi tah kenapa terbabas ke extension engkau.” Lisa mencipta dalih dan alasan tersendiri. Mana mungkin akan diberitahu siapa gerangan pemanggil itu kepada temannya.

Dia melabuhkan duduk sambil jarinya lincah membuka email yang sudah berderet berbaris didalam inboxnya. Terlihat beberapa email dari Ekmal Rahimi. Tangan dan matanya terhenti di situ. Hati bagai meronta ingin melihat perutursn anak muda itu tapi sengaja tidak diendahkan. Sengaja dibekukan apa yang sedang hebat menghangatkan sekeping hati yang sudah sekian lama kedinginan. Lisa sekadar memerhati tingkah temannya itu.

“Engkau tak nak buka email dari Ekmal. Mungkin ada sesuatu yang ditulis dalam emailnya tu.” Soal Lisa, sementara Izzah cepat-cepat berkalih pada email seterusnya yang masih belum dibuka dan teliti. Ah! Dasar budak degil. Suka sangat siksa hati sendiri kerana orang lain. Cemuh hati Lisa.

“Eh! Kenapa pulak Rizal nak kan Draf Finance ni.” Mata Izzah tiba-tiba terpaku pada email dari Rizal.

‘Hai Sweet heart… I really need your help. Hope you can send to me hardcopy Draff Finance 2007. Can’t find inside your website and I need it urgently. Jumpa I kat Lake Club Restaurant around 12.00pm today. I kena jumpa client sekarang. Pssstttttt tolong bawa Lisa boleh… dia tak nak keluar dengan I kalau you tak ada. Plz Izzah… bila lagi nak tolong kawan kan…. ;-)’

Lisa menyembunyikan senyumannya bila membaca email Rizal. Amboi! Pandainya mamat ni main wayang. Anak sapa lah ni….. Ayat pujuk tahap dewa professional… Tawa Lisa terburai… tapi sekadar dipendengarannya sahaja kerana ianya bergema didalam jiwa gadis itu.

“Lisa, kenapa engkau tak nak keluar dengan Rizal… Dia okey apa.Janganlah macam tu.” Soalan yang diajukan oleh Izzah membuatkan Lisa diserang kegugupan. Aduh! Kalut… apa yang aku nak jawab ni. Silap haribulan boleh kantoi aku dan terburai rancangan yang dah diatur. Cinabeng punya Rizal. Apa-apa pun bagilah hint kat aku.

“Lisa…..“ Panggil Izzah bila soalan yang diajunya seakan sepi

Sorry Izzah… erm engkau tanya apa….”

Are you still here Cik Lisa… What’s wrong with you? Are you okey?” Tanya Izzah kehairanan. Jarang Lisa berangan atau hanyut dalam dunianya sendiri.

Sorry, lost in my dreaming world just now. Boleh ulang semula soalan?” Pinta Lisa sambil menayangkan sengehan tiada sempadan dibibirnya. Menutup kegugupan sebenarnya dari dikesan dan terkesan oleh sepasang mata investigator milik Izzah.

Wajah teman yang ada disebelah ditatap lama. Gelengang kepala mengiringi sebuah senyuman akhirnya. “Aku tanya, kenapa engkau tak nak keluar dengan Rizal. Kesian mamat tu. Dia sungguh-sungguh nak kenal dengan engkau.”

“Ala tak nak lah aku. Kalau engkau temankan, lainlah ceritanya. Aku ni nak gak sesekali jadi macam apa tu…... Ha! Sifat dan sikap ala-ala perempuan melayu terakhir.” Jawab Lisa selamba.

Izzah sekadar tersenyum mendengar jawapan dari temannya itu. Bagai digeletek urat sarafnya dengan alasan yang menampar gegendang pendengarannya.

“So hari ni macamana… Engkau nak pergi jumpa Rizal ke?” Lisa mengutarakan soalan pada gadis itu yang dilihat masih tekun menyemak database yang memuatkan apa yang dipinta oleh anak muda itu.

“Entahlah. Aku kena print email ni dan beri pada boss dulu. Lihat apa komen dia. Setahu aku, kita tak sewenangnya bagi draf ni pada client. Hanya dengan kebenaran sahaja. So aku tak boleh nak memandai-mandai buat keputusan.” Ucap Izzah sambil menunjukkan peraturan yang sudah tertera disetiap artikel yang dimuatkan ke dalam database itu.

Lisa sekadar menganggukkan kepalanya seperti burung belaktuk sementara Izzah sudah berlalu ke printer yang berhampiran. Email dari Rizal yang telah siap diprint dibawa masuk ke bilik bossnya. Terlihat juga sessi soal jawab dan penerangan berlaku diantara Izzah dan Mrs Ng. Tidak lama lama selepas itu dia kembali semula ke tempatnya.

So, bagaimana? Boss approved ke?” Soal Lisa tidak sabar. Segala perancangannya bergantung kepada keputusan pertemuan gadis itu sebentar tadi. Dalam hati Lisa tidak putus berdoa agar bossnya tidak banyak songeh pagi ini.


Izzah tersenyum. “ Erm kan Trans Malaysia Berhad client penting buat syarikat. For sure boss approved, lagi pun ni bukannya confidential sangat sebab sebenarnya kalau Rizal rajin, dekat website IRB pun ada apa yang dia nak.” Terang Izzah tersenyum. Pantas jari runcingnya menyemak apa yang diperlukan oleh clientnya itu sebelum diprintnya.

Lisa turut sama tersenyum. Kini sebahagian dari rancangan yang diatur berjalan selancarnya. Moga yang seterusnya juga akan dipermudahkan supaya temannya itu akan kembali waras sepertimana sebelumnya. Dia tidak mahu Izzah terus tenggelam dalam dunia workaholic yang sudah diciptanya.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home