Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Saturday, September 08, 2007

Mana nak cari.... ^ _ ^

Sepatutnya aku masukkan n3 ni semalam, tapi memandangkan aku busy giler, maka hari ni lah baru aku berkesempatan melaksanakannya.

070907, aku hadir ke office dengan membawa berbagai rasa yang mengacah emosi... dah la mata cam kelat je coz semalam kul 04.30 pagi baru aku terlelap... itu pun untuk jangka masa 1 jam sahaja sebab kul 05.30 aku dah terjaga semula..... masa bertembung dengan along, selamba je dia sound.... 'berjaga untuk sesuatu yang kurang berfaedah... kalau buat Qiamullai kan baik....' Ceh! Abang aku tu... sejak dua menjak ni ayat dia memang poweranggers maskriders.... bagaikan dah berinsuran aje..... apa pun aku tahu kata-katanya tu betul... tak ada yang betul dan benar melainkan betul dan benar belaka.... lagi pun Ramadhan dah hampir tiba.... seharusnya aku isikan dinihari dengan sesuatu yang boleh mendekatkan aku padaNYA.... dengan cara itu aku boleh memuhasabah diri dalam munajat dan bermujahadah kepada yang satu.... Thanks along, coz' tak pernah serik dan alpa dalam menyuntikkan peringatan terhadap PRINCESS yang jajal macam aku ni.....

Key back to main topic yang aku nak story... Well! aku berjaga semalam semata-mata kerana Buah Hati C Trisya... sapa lagi... Otai Malaya tu lah... Ramlee Awang Murshid.... NOVEL SEMANGAT HUTANnya telah memaku dan menerajang kelat mataku walaupun aku letih sebenarnya..... Citer dia best… meleleh-leleh airmata aku mengikuti plot garapannya… macam-macam situasi yang ada menjadi rencah mengenakkan pembacaan. Patutlah C Trisya giler bangat ngan Abang Ramlee…. Opssss ngan novel garapan Abang Ramlee… memang class….. dan tak busan membacanya. Hehehheheh sorry Trisya…. Jangan marah ekk… sat ni kena lelong kat TAMU…..

Key korang nak tahu tak apa dia rasa yang aku maksudkan di awal coretan tadi…. Sebenarnya aku FRUSTRATED sangat ….. Semalam aku ke beberapa toko buku di Jalan Tuanku Abdul Rahman hanya untuk sebuah novel….. well maybe salah aku juga sebab rasanya dah lama gak novel tu berada di pasaran, tapi aku yang tak dapat menginjak paradikma waktu dalam kebusyan yang mencengkam seluruh ruang keescapan yang ada membuatkan kini aku bagaikan menggigit jari untuk mendapatkannya… Cewah! Ayat… hehehehehe sesekali aku pun teringin gak nak guna ayat canggih maa. Novel tersebut kehabisan stok…. SOLD OUT wa cakap lu…… aku tanya gak kat minah kat toko buku tu, agak-agak bila boleh ada… katanya tak janji dan tak pasti. Pesanan ulangan dah dibuat, tapi masih tak ada respond…. Dan dia juga beritahu aku 3 buah novel terbitan PRIMA memang mendapat sambutan yang menggalakkan selepas seminggu berada di pasaran. Jadinya dia cadangkan aku cari kat tempat lain. Aduh saliha, sedihnya rasa hati…. Aku try call book store di KLCC yang canggih tu… KINOKUNIYA, jawapan yang aku terima juga sama…. 'Sorry Cik…. Buku tu dah habis dalam stok kita.' Waaaaaaaaaa mana aku nak cari

Hanya Dikau…… kalau aku tak dapat, cam ne aku nak baca….. Apa pun aku tumpang gembira dan bangga… nak tahu kenapa… KERANA SI PENULISNYA SEORANG YANG AKU KENAL… SEORANG YANG RAJIN DAN TAK KEDEKUT UNTUK BERKONGSI ILMU DAN MEMOTIVASIKAN ORANG LAIN…. SESEORANG YANG AKU HARAP DAN BERDOA AKAN TERUS MENGORAK LANGKAH BIAR APA JUGA HALANGAN DAN DUGAAN YANG MENGIRINGI LANGKAHNYA DI ARENA SENI INI… SETINGGI-TINGGI SYABAS DAN TAHNIAH AKU HULURKAN LEWAT BAYU BERBISIK MANJA……. AND THANKS A LOT 4 EVERYTHING YOU DONE 2 ME. LUV U HONEY……..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home