Bahagia bersulam duka…..
Ah! Bahagianya rasa hati bila berada di desa tercinta biarpun sekadar 3 hari lebih-lebih lagi bila terpandang wajah mama dan papa. Meski aku di ulit keletihan yang ternyata amat mencengkam diri, namun ianya tidak aku hiraukan. Malangnya aku seakan masih gagal menghumbankan segala permasalahan yang lewat kebelakangan ini kerap benar bertamu tanpa ku undang. Sesekali ianya tetap hadir dan menerpa. Mengundang persoalan terhadap apa yang aku hadapi kini. Ah! Dugaan masih mendakap diri. Belum tega membebaskan aku untuk mengecap damai dan tenang dalam sebuah perjalanan sementara ini. Apa pun aku tidak mahu merosakan percutian ini. Aku benar-benar rindu pada belaian kasih sayang mama dan papa. Ingin rasanya aku bermanja sepuasnya dengan mereka sebelum mereka berangkat hujung minggu ini. Aku yakin, sepanjang ketiadaan mereka, aku lah yang bakal menjadi pengusung rindu mana hebat nanti.
Selepas Solat Jumaat 31 Ogos yang baru lalu, aku sudah membuat percongakkan untuk memboloskan diri ke Pantai Merdeka. Aku yakin plan yang aku atur akan berjaya tanpa disedari memandangkan pastinya semua sibuk dengan persiapan untuk majlis kenduri malam nanti. Aku tahu, memang tak sepatutnya aku mengescapekan diri, tapia entah mengapa aku seperti di seru untuk hadir ke pantai itu. Aku bagaikan teramat rindu pada laut yang luas tak terlihat batas sempadan dek sebuah pandangan mata. Dalam perkiraan jalan mana yang mesti ku ambil, aku menerima panggilan darinya. Ah! Seperti biasa, dia masih setia menanti perkhabaran dari ku. Mencari ruang di tengah kepadatan waktu yang agak terbatas. Meskipun komunikasi kami tak lama, namun aku sempat mengkhabarkan agenda aku petang itu. Dia tetap dia…. belum berubah dan tidak juga alpa dalam menghulurkan bantuan. Menjadi penunjuk arah jalan yang boleh aku ikuti untuk sampai ke destinasi yang ingin aku tuju. Walaupun aku kurang yakin dengan kemampuan diri, namun aku dengarkan juga penerangan serba ringkas yang diberikannya. Dalam pada itu masih sempat aku mengutuk diri… Ini lah padahnya bila tiapkali pulang ke desa, aku lebih betah menghabiskan waktu di rumah atau ke rumah saudaramara yang berhampiran. Habis kuat aku akan melaypark di dangau menyaksikan kegagahan Banjaran Gunung Jerai. Erm kalau aku ikut juga arah yang dicadangkannya, sudah pasti berkilo-kilo buah langsat bakal tersumbat ke dalam perut ku. Jadi untuk langkah selamat, aku just follow arah yang biasa aku ikuti meskipun agak jauh. Seronok menghabiskan waktu di pantai. Entah apayang aku cari, aku sendiri kurang pasti. Hanya aku cuba mencampakkan segala kesedihan dan kepiluan maha hebat yang aku rasa di dada lautan. Rasanya sudah lelah diri ini untuk terus memikirkan pasal orang lain. Orang2 yang ku anggap sebagai kawan, rakan, teman dan sahabat. Insan2 yang sentiasa berada di ruang hati dan ingatan. Namun apa yang aku dapat…. aku sekadar dilemparkan ke kandang pesalah tanpa aku ketahui apa pertuduhannya. Aku terus di hukum tanpa diberi ruang pembelaan yang sepatutnya menjadi milikku. Benarlah kata-kata teman baikku, aku selalu dan terlalu memikirkan tentang orang lain sedangkan mereka sewenangnya memperlakukan apa sahaja tanpa memikirkan akan diriku. Meletakkan aku sebagai penyelesai terhadap permasalahan yang timbul yang akhirnya diriku juga menerima habuan tomahan dan cercaan sebagai landasan pelepas amarah. Apapun aku sedar, bukan hak aku untuk meminta cebisan pengertian dari mereka, bukan juga hak ku untuk minta di lindungi. Ya! ‘Once problem are around, no protected will give to you.’ Itulah yang sering diungkapkan oleh temanku. Entahlah sampai bila aku mampu bertahan dengan semua ini….
Apapun aku tetap gembira dengan percutian yang biarpun singkat, tapi aku masih berpeluang menfaatkan setiap waktu yang aku miliki. Meski kali ini aku tidak berpeluang untuk bersantai di dangau, at least aku sempat menemani papa dan mama menziarahi ke beberapa rumah di kampung. Seperti lazim menyambut Ramadhan, pasti ada ole-ole yang mama dan papa sediakan, dan itulah yang kami agih-agihkan memandangkan tahun ini mama dan papa tak ada di sini pada awal Ramadhan nanti.. Mama selalu pesan pada aku… ‘Dalam rezeki yang kita dapat, sebenarnya ada rezeki orang lain… jadi jangan persoalkan sesuatu jumlah yang kita keluarkan untuk orang lain.’ Malah lebih mengejutkan bila mana sebelum aku pulang, sempat mama memasukkan sesuatu untuk aku sampaikan pada seseorang… Kini aku termenung memikirkan cara terbaik untuk menyampaikannya…. Ah! Aku tidak mahu timbul sebarang kontroversi atau permasalah lain hanya kerana pemberian mama itu….. Erm camne ekk……
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home