Appointment yang tak menjadi….
Semalam 03 September aku kena hadiri Appointment yang dah doktor aku tetapkan. Dari awal lagi memang hati dan perasaan aku sudah tawar menawar samada mahu meneruskan appointment itu atau sebaliknya. Tambahan pula keadaan aku yang masih letih membuatkan aku rasa malas sangat. Namun bila mengenangkan, ya.. mungkin appointment ini perlu ku lunaskan. Bersama kemalasan tahap dewa akhirnya aku bersiap jugak. Aku tiba di Hospital Tawakal lebih kurang jam 09.30 pagi. Setelah melalui procedure yang di bahagian credit control, aku terus ke klinik doktorku. Tika itu memang dah ramai pun patients yang menanti. Aku terus menyerahkan kad appointment bersama Guarantee letter yang ku ambil tadi. Sempat ku kerling jam di pergelangan tangan. Lebih kurang pukul 10.00 pagi. Doktor ku masih lagi dengan rutin paginya. Round di wad bertemu patientsnya. Jam 10.30 pagi barulah kelihatan dia melangkah ke biliknya untuk meneruskan rawatan untuk out patient. Seorang demi seorang mengambil giliran dan jangkamasa rawatan sudah pasti berbeda. Keadaan di kaunter agak kelam kabut. Aku yang dari awal menyedarinya tetap setia sebagai pemerhati pada dua orang staff yang ternyata baru. Macam-macam situasi yang terhidang… aku tahu salah seorang dari staff lama sudah resign dan seorang lagi pulak MC. Nasib baik juga masih ada seorang lagi, kalau tidak entahlah…. Apa pun aku buat tak kisah je… itu masalah depa… masakan aku nak masuk campur pulak walau kekadang aku rasa penyelesaian terhadap kekalutan mereka tu cukup simple…. Waktu terus berganjak. Dalam relax-relax, sebenarnya aku dah mula ditamu kebosanan. Sempat gak aku tanyakan giliran aku pada budak dekat kaunter tu.… Rasa cam dah lama sangat…. Katanya “Kejap lagi ye cik”. Aku akur sebab tahu aku yang salah. Sapa suruh aku datang lambat… Tika itu sudah hampir ke pukul 12.15 tengahari. Tengah aku layan boring, masuk sorang lelaki. Katanya ada appointment dengan doktor untuk dressing luka operationnya. Dia perkenalkan diri sebagai DOKTOR… apa tah.. aku lupa nama dia… Kalut kejap kat kaunter sebab budak2 tu tak jumpa nama doktor tu. Belum pun reda kalut cari nama timbul pulak isu lain. Guarentee Letter salah seorang patient misplace… Kelam kabut pulak cari…. Mulalah sessi soaljawab dalam erti kata cuba memanipulasikan kesalahan terjadi. Aku masih lagi memerhati. Dalam hati mengomel sendiri…. teruk betul services kat klinik doktor aku hari ni…. Aku kerling lagi jam kat tangan… dah hampir pukul 12.50 tengahari…. Aku benar-benar terkezut bila doktor yang baru sampai tu di panggil untuk masuk dahulu, sedangkan giliran itu sepatutnya milik aku…. Apa dah jadi… terus aje aku pandang wajah staff yang memberi arahan tu… Well, katanya Doktor ku nak jumpa doktor tu dulu… Ceh! Alasan yang langsung tak relevant dan tak boleh diterima pakai sebab rekod aku dah lama tersadai kat atas meja dalam bilik doktor. Untuk meredakan rasa marah yang dah mula mengacah emosi, aku terus ke kaunter. Meminta semula Guarentee Letter yang ku serahkan tadi lantas merenyok di hadapan budak tu. Kalau ikut kan apa yang aku rasa, mahu saja kertas tu ku lemparkan padanya, tapi untung juga mindaku masih mampu berfungsi. Automatik aku teringat pesan mama… ‘Jangan sekali-kali jatuhkan airmuka orang di hadapan orang lain biarpun dalam apa jua keadaan. Berdosa.’ Lantas aku terus bla dari situ bersama perasaaan yang bercampur baur.
Malamnya first time aku layan citer CSI – New York. Tak tahu pulak aku NTV7 pun ada menayangkan. Sebelum ni aku just tahu ianya salah satu dari program di Astro. Memang payah sikit aku nak faham sebab aku menginterframe separuh jalan. Angah yang tengah dok asyik pandai-pandai je beri komen ianya berkisar pasal citer pakar2 forensit dalam membongkar jenayah pembunuhan. Entah betul entah dia kelentong, aku pun tak tahu. Pukul 11. 00 malam ada satu lagi. Kali ini CSI – Miami pulak. Since emosi aku pun belum pulih sepenuhnya, aku just laypark dan layan program tu dengan angah. Memasukkan focus baru ke dalam minda sambil mengoverlappingkan apa yang telah aku alami. Actually aku dah malas nak fikir lepas along tegur dan bagi ceramah percuma pada aku. Selamba aje dia kata aku kurang sabar dalam menangani situasi siang tadi. Cewah! Pandainya dia cakap. memanglah senang dia beri komen canggitu sebab bukan dia yang alami. Namun pada aku, aku tetap persoalkan hak aku… bukannya aku jumpa doktor tu free aje.. Aku bayar apa.. walaupun hakikatnya aku tak keluarkan duit aku sendiri. Company yang cover keseluruhan kos itu. Satu lagi kat mana letaknya budi bahasa… Aku tak kisah dan bukanlah tak boleh bertolak ansur, at least inform lah dulu yang giliran aku terpaksa dislot oleh patient lain. Ini tak… main redah aje… Apa! Ingat aku ni tunggul kayu ke… Kalau orang yang slot giliran aku tu ada tugas, so aku ni… kira habuk kat jalan ke…. kalau pun benar, tu pun satu kerja gak… Well! Sapa yang dengar citer aku ni mungkin akan kata ‘Ala kalau 3 hours boleh tunggu, masakan ½ an hour dah melenting’ malah sewaktu aku terstory kat Iman akan hal ini, dia pun cam disagreed je dengan tindakan yang aku ambil meninggalkan klinik canggitu je. Cuma as usual, dia tak pernah suarakan. Lebih-lebih lagi bila mungkin terkesan akan lahar Pinatubo yang seakan-akan menanti waktu untuk muntah dari kawah hatiku. The best thing untuk dia lakukan adalah just inform aku yang conversation have to cut off because course dia nak mula… Ermmmmmm tinggalkan aku terkapai-kapai sorang-sorang melayan hati yang sakit dengan calar balar yang dah berpaten-paten tu.Entahlah… lately ni aku rasa diri aku bagai di tagih untuk memahami orang2 yang ada di sekeliling aku. Menyelami apa yang mereka rasa dan menjadi pemikul pada sebarang permasalahan yang tercetus di samping mencari lantas memikirkan penyelesaiannya. Namun adakah di antara mereka yang seketika memikirkan apa pula yang aku rasa dengan apa yang mereka lakukan…. Rajuk hati yang terguris dan terhiris ini adakah yang sudi memujuk???? Jawapannya TAK ADA dan jangan mimpi jauh sekali menyimpul harapan untuk merasakannya. Jadi solution yang aku rasa perlu aku cuba praktikkan sekarang adalah…. KUNCI BICARA… MATIKAN KATA. TELAN SEGALA YANG DIRASA. BIAR SEMUA ITU BERKUBUR DI LIANG PUSARA YANG TERAMAT DALAM DI DASAR SEKEPING HATI…..
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home