Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Thursday, August 09, 2007

Tertunainya satu keteringinan.. ^ - ^ 07/08/2007

Erm hari ni tak banyak yang berlaku… keadaan ku masih sama, cuma dalam kekalutan tugasan, aku bagai terlupa sakit yang menyerang…. Malas nak fikir sangat, iyer jugak…. Lagi pun aku rasa cam kena fight je dengan semua ni… tak boleh nak terus mengalah dan yang penting pain killer yang dibekalkan oleh doktor atas arahan MAKAN BILA PERLU langsung tak menarik perhatian atau membuka ruang untuk aku pertimbangkan. Ubat tersebut sekadar penghias dan yang lebih best sengaja aku tinggalkan, biar dia tersedai dan beristirehat di rumah. Aku cuba bertahan sedapat yang mampu. Mesti korang rasa aku ni degil atau ketegaqkan… tapi aku ada sebab tersendiri. Bukan semua ubat aku tolak atau refuse….. cuma pain killer ni sahaja. Aku tak mahu mengajar diri untuk bergantung pada ubat yang satu ini justeru aku sedar natijah yang bakal mendatang andai pengantung ketahanan aku landaskan pada kaedah ini. Satu ketika nanti pasti akan tiba waktunya that pain killer dosen’t work anymore. Jadi apa yang akan terjadi pada diriku…… terpenjara dan tersadai semula di hospital…. Ahhhh!!!!

Sejak dari dalam hospital lagi tah kenapa aku rasa cam burger kat Burger King tu bagai melambai-lambai je. On that time, aku masih tak hiraukan, but lately ni aku kian teruja… nak sangat menjamah…. nak sangat menikmati. ‘Hisy! Mengalahkan orang mengidam je.‘ Pasti itu yang akan dihamburkan oleh Trisya kalau aku nyatakan keteringinan seleraku itu dan satu lagi….. aku nak sangat pi kawasan rehat kat Jejantas Sungai Buluh….. dengarnya best sampai member aku suka gebang kat aku bila dia balik kampung. Hampehkelapa.com tul… saja nak wat aku jeles…. Aku pun balik utara gak, tapi kenapa aku bagaikan tak sedar akan kewujudan kawasan tu…. Pelik pulak rasanya…. ‘Woi minah! Ko ni memang pelik… kalau iyerpun nak buat sessi lawatan santai atau rombongan Tuan Puteri, carilah lokasi yang best sikit… ni tak…. tempat rehat Sungai Buluh tu yang ko nak redah…. Ceh! Buang Karen je….’ hati mengutuk keinginanku sendiri. Nasib baiklah dua elemen ni tak berantakan di dalam tubuh yang bukannya stabil sangat. Kalau tak, aduh saliha! tak tahulah aku apa akan terjadi….. Tapi memang pun…. Sesapa yang dengar pasti menyimpul gelak atau kalau yang terover berani sure akan memuntahkan gelak gaban kat situ gak….. macam tak ada lokasi yang lebih hebat dari itu untuk dijadikan destinasi lawatan.

Pasal keteringinan aku terhadap burger kat Burger King tu, rasanya bukan masalah besaq sangat pun. Area Lembah Kelang ni ada gak restorannya walau bukanlah berlambak, if worst come to worst, dekat ngan tempat aku bertapa pun ada gak. Jadi tak susah sebenarnya cuma yang agak susah sikit untuk memenuhi keteringinan aku yang satu lagi… ke kawasan rehat di Sungai Buluh tu…. mahu berkilo-kilo buah langsat termuat dalam kereta andainya aku pegi sendiri… So aku terpaksa pendamkan dulu hasrat ku itu pada satu situasi yang memungkinkan untuk aku penuhi kelak. Cewah….. [By the way near the highway. istilah Buah Langsat tu aku gunakan untuk gantinama perkataan SESAT. Jangan marah DBP… aku ni nak suku sakat yang suka mencipta istilah kiasan bahasa….] Terfikir gak nak ajak Trisya buat kerja tak masuk akal yang tetap dah merasuk akal aku… tapi mahu ke dia… Buatnya dia gelak sakan kat aku… cheh… Hampeh je….. tak sanggup rasanya aku jadi bahan utama dalam sessi gelak nakal dia tu. Walau bagaimana pun itulah sahabat tersayang aku… banyak berkongsi segalanya… suka, duka.. ceria dan tidak pernah tinggalkan aku takala hati disapa airmata… Ahhh sayangnya aku dengan budak sorang tu….. Trisya.. ko mesti tersengeh bin tersenyum kalau baca part yang ni kan.. silap haribulan mau ko guling-guling atas karpet kat tempat ko tu…. hahahahhhahaa Ah! Apa yang aku dah merapu ni…. Key back to the main topic. Dalam sedar dan tidak, sebenarnya aku pernah voice out keteringinan aku tu pada ‘DIA’ sewaktu kebetulan kami sedang dalam sessi gebang-gebang tanpa tujuan.. Well sapa “DIA” tu Pu3…. Hehehehe.. yang tu ‘Biarlah Rahsia’ sebab kalau aku explain, nanti berjela pula jeda-jedanya kat sini…. coz aku rasa apa yang aku nak rendakan di sini lebih cantik sulamannya dari pengexplainan akan siapa gerangan “DIA” tu.

Tengahari ni aku benar-benar terkejut walaupun aku dah sedia maklum pada malam sebelumnya dari sms yang dititip buat aku.

Esok saya jemput awak kat office….

Dan sebelum waktu lunch sekali lagi sessi perutusan tanpa suara diantara aku dengan DIA berlangsung.

Saya jemput awak petang ni. Kita pegi Burger King atau Sg Buluh atau kalau sempat boleh pegi dua-dua sekali.

Okey, tapi kalau awak lewat dari 05.45 pm, saya pegi merayau sorang-sorang

Selamba je aku buat penderaan dalam kesedaran yang menguasai diri. Bukan apa, aku malas nak tunggu biarpun aku tahu 'DIA' habis kerja tepat jam 05.30, sama juga cam aku. Tanpa mengambil kira jarak officenya dengan office aku, dicampur dengan traficjem, di darap dengan abang police yang tak pandai nak manage waktu melepaskan kenderaan, aku kira deal yang aku buat itu memang tak rasional langsung. Namun aku tetap tak mengalah dengan permintaannya suruh aku tunggu sampai jam 06.00 petang. Bukanlah aku sengaja nak dera dia, tapi kan…. pssssttttt sebenarnya aku nak gak lihat kesungguhan 'DIA' dalam mengusahakan sesuatu…. Cewah…. Pengujian dalam makmal yang tak berkongkrit selain dari tapak asas dalam diri….. jajalnya akukan…..

Tepat jam 05.55 akhirnya sebuah kereta berhenti berdekatan dengan tempat aku yang dah 5 minit berdiri cam tiang api kat tepi jalan…. Erm teragak-agak gak aku untuk melangkah coz’ risau. Manalah tahu kot orang di dalam kete tu tunggu orang lain ke… tak pasal je…. tapi bila terlihat orang tu dah mula melebarkan senyuman.. sahlah memang 'DIA'. Jadi… aku pun memboloskan diri ke dalam keretanya dan 'DIA' meneruskan pemanduan. Nak gak tanya napa tukar keta tapi terzahir pada pengucapan. Akhirnya aku buat sardine je… Namun 'DIA' cam tahu je bentuk soalan yang ada dalam kepala aku.

Ni kete saya.. selama ni saya bawak kete orang.” Terangnya tanpa memerlukan soalan terlebih dahulu.

Tak tanya pun….. “ Jawabku selamba. 'DIA' terus aje ketawa dengar jawapan yang langsung tak sealiran dengan apa yang dok ada kat fikiran…. Padan muka aku… konon nak main putar belit minda…. Akhirnya aku gak yang terjerat.

Kami membisu seketika dan waktu tu gak aku amik kesempatan untuk call Honey… terbaca kat blog dia tadi yang dia terlibat dengan xcdent… risau gak hati aku walaupun aku sempat bersms dengan dia bertanya perihal tersebut. Lama gak aku kena tunggu dan cuba beberapa kali, tapi malangnya panggilan ku tetap didendangkan dengan lagu yang best gak dari phone dia. Akhirnya aku mengalah…. dan mencuba nasib pulak contact Darling…. Happynya minah sorang tu dengar suara aku… dan tahu dia betul-betul teruja sebab tak sangka aku akan called… hehehehehee Ha!Gabra gak hang na Darling… walau apa pun aku pun sebenarnya happy gak gebang dengan hang…. Seronok…. Rasa terbang rindu yang sudah sekian lama bertahta di singgahsana hati….. 'DIA' yang tengah drive kat sebelah sekadar menjadi pendengar dan sesekali teracah senyuman di bibirnya. Pasti pelik mendengar perbualan yang sedang berlangsung. Kemudian aku rancak pulak berbual dengan Honey yang berada di talian tika aku engage dengan Darling. Tanpa sedar keretanya mula membelok ke satu kawasan. Terpinga-pinga gak aku sekejap… Wallah.. mana pula 'DIA' kidnap aku ni…. ternyata satu lokasi yang agak asing buat aku…'DIA' masih tersenyum melihat kejakunan aku tu.

Kita dah sampai tempat yang awak nak pegi tu….” Ucapnya perlahan. Aku sekadar memerhati sekeliling dan kemudian turut keluar bila dia dah berada di luar. Iyerlah.. tak kan aku nak duduk lagi dalam kete. Buatnya dikuncinya aku kat dalam… ha! tak pasal je… mau aku pengsan pulak nanti.

Tak nampak pun jejantasnya… kata kat sini ada jejantas.. “ Omelku sendiri tanpa tahu pada siapa sebenarnya omelan itu harus ku biaskan.

Jom kita pi kat sana….“ Ajaknya sambil melangkah bersama senyuman. Entah apalah yang berada di fikirannya hingga terzahir pada sebuah senyuman. Aku jadi pak turut…. Ikut aje arah yang dituju. Well, apa yang menyambut kehadiran pandanganku adanya kedai yang jual beraneka jenis barang. Dari makanan hinggalah pada keperluan diri. Sewaktu menyusur jejantas tu aku terlihat adanya restoran KFC dan tiba-tiba mataku terpandangkan sesuatu…. Sign BURGER KING… Aku cuba mencari riak pada wajahnya, tapi 'DIA' masih berlagak sardine sambil terus melangkah.

Semalam masa balik dari Ipoh, kan saya ada beritahu awak saya dan kawan-kawan singgah makan satay kat sini. Tu yang saya nampak ada Burger King dan tadi saya masuk website dia untuk lebih confirm. Sebab tu saya berani offer untuk penuhi kedua-dua yang awak nak dalam waktu yang sama.” Ceh!Selamba kodok je dia beri jawapan, padahal 'DIA' memang dah atur segala plan untuk petang ni tanpa perlukan persetujuan aku….

Speechless aku jadinya… tak tahu apa yang perlu diperkatakan… Nak marah… rasanya tak ada pun perasaan sebegitu dalam diri aku sebab yang terlebih ada ianya rasa terharu…. Terharu dengan segala kebaikan dan kesanggupannya untuk membiarkan dirinya susah semata-mata untuk penuhi keteringinan aku yang mungkin boleh dikategorikan sebagai giler-giler. So kami menjamu selera kat Restoran Burger King yang hakikatnya betul-betul berada di tengah-tengah highway yang menjadi laluan perbagai jenis kenderaan. Seriau gak aku… kalau lah roboh jejantas ni… aduh saliha percuma je tubuh aku mendarat di atas jalan sebelum raya.



So hari itu, makan malam ku adalah salah satu hidangan di Burger King bersama ‘DIA’ di atas Jejantas di Hentian Rehat Sungai Buluh. Satu pengalaman yang cukup manis walau tak bergula dan indah walau tanpa palitan warna. Namun hakikatnya cuma aku dan mungkin ‘DIA’ yang tahu dalam difinasi dan persepsi tersendiri. Sama dalam satu reality tapi berbeda pada aliran yang tak searah.

Buat ‘DIA’ yang bermurahati memperuntukkan waktunya semata-mata untuk memenuhi keteringinan aku, jutaan terima kasih aku ucapkan… Syukran Jazillah…. Aku amat menghargai apa yang telah dilakukan selama ini….. dan maaf justeru ‘DIA’ masih lagi seakan terbelenggu dengan kerenah ku. Sudah acapkali aku menyusahkan dirinya dan ‘DIA’ pulak macam tak kisah… agaknya memang suka kot kalau aku terus menyusah dan mengambil waktunya yang terkadang bebas dan terluang tu…. Entahlah….. Rasanya tak terzahir dengan ucapan dan tak terbalas dengan pemberian…. Aku betul-betul rasa ‘DIA’ dah banyak buat aku tersenyum dalam sebuah duka dan airmata yang terselindung……

2 Comments:

  • At August 9, 2007 at 4:07 PM , Blogger triSYA said...

    alooo..prend! nakal lah you ni. Idea dapat mana? ajak jgn tak ajak for sure trisya tak sanggup buat nakal dah.. dah taubat habis! hehehe.. Oklah lah tu lepas gak gian ko setelah terkurung kat hsptl hari tu hehehe.. makanlah sepuas2nya di mana atau ke mana sebab aiman tak kisah as long ko sihat selalu, jgn dok aysik lunch makan biscuit kering cecah air ribena dah ler wakakaa..

     
  • At August 9, 2007 at 4:39 PM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    Kureng Asam ko trisyaaaaaaaa tu dish semalam lah... hari ni dah cover ngan Nasi Briyani..... kwang... kwang.. kwang...

    Esok pastikan DATE kita menjadi, tak kira ko bawak bekal ke apa ke... tetap akan diseret untuk keluar dari bangunan.... bersedialah Trisya ku cayang.... ;-)

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home