Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Monday, August 13, 2007

Antara Dua Insan [A2i]

Awal pagi Izzah sudah ditamu persoalan dari hatinya sendiri. Tika itu dia sedang leka memerhatikan handphone yang masih lagi bisu..... Entah mengapa dia tiba-tiba diterpa rasa sayu. Ah! Apakah insan itu lupa akan apa yang pernah diperkatakan satu waktu dulu.....

"Izzah, jom kita pergi breakfast." Ajak Lisa sebaik sahaja terpandangkan raut wajah teman yang ada di sebelah.

"Tak apalah Lisa, aku tak ada seleralah. Erm, engkau pegilah yer." Balas Izzah lembut. Memang dia seakan kematian selera tika itu. Matanya masih lagi terarah pada handphone yang bisu di atas meja.

"Tak kan kenyang kalau handphone tu yang engkau renung.” Seakan dapat membaca apa yang ada dikotak fikiran temannya itu. Perlahan-lahan Lisa menggelengkan kepala. Hairan dengan keperbagaian tingkah yang hadir dalam diri gadis itu.

Izzah sekadar mengunci bicara. Malas rasanya untuk membuat ulasan yang pastinya akan memakan diri. Bukan tidak kenal dengan mulut becok Lisa yang jarang bertapis. Tutur katanya bagai sudah diinsurankan terlebih dahulu. Walau apa pun, Izzah tahu sejauh mana ketulusan hati temannya yang satu itu. Meski terkadang bicaranya agak tajam, tapi hatinya baik. Justeru itulah hingga kini mereka masih betah sebagai sahabat yang saling berkongsi setiap apa yang dirasa.

“Kenapa ni Izzah? Engkau risau pasal papa dan mama ke? Erm rasanya keadaan mereka dah stabil kan... kecederaan pun tak lah parah sangat, cuma tangan sahaja yang tergeliat sikit. Nanti bila dah urut tu, okey lah. Janganlah engkau risau sangat. Nanti mereka okey, engkau pulak yang tersadai semula kat spital. Ha! Sapa yang susah??? Doktor handsome tu gak yang suka sebab dia memang suka engkau menyusahkan dia. ” Lisa cuba melawak sambil memancing isu, sengaja menyuntik jarum kemarahan agar mulut comel itu terbuka untuk berkata-kata.

“Bukan pasal itu lah…. “ Tanpa sedar terlepas satu keluhan dari ulas bibir comel itu. “Selalunya dia tak pernah lupa nak call…. ni dah dekat pukul 08.00, erm tak kan tak sampai office lagi. “ Omelan yang perlahan itu tidak sukar untuk singgah ke pendengaran Lisa. Kini tahulah dia mengapa wajah gadis itu bertukar mendung.

“Eh! Memang tiap pagi korang akan calling-calling ke?” Soalan bodoh terhambur tanpa sempat ditahan. Lisa tersengeh bila mata Izzah memanah ke wajahnya. “Sorry… bukan busybody kawan, cuma keposhi bin heran. Is that any deal between both of you?” Soalnya selamba. Dia sudah mula melabuhkan duduk di sebelah Izzah.

“Entah, anyhow dia tahu. Kami dah macam terbiasa call each other setiap pagi, bertanya khabar akan diri masing-masing. Macam dah jadi kemestian selain dari sebelum balik. In between of the day tu, call jugak kalau tak sibuk.” Terang Izzah. Matanya terarah pada telefon yang ternyata masih kaku dan bisu.

“Jadi itu bukan satu deal untuk dia buatlah yer. Sekadar tahu, tak bermakna menjadi satu tanggung jawab atau kemestian untuk dia hubungi engkau. Lainlah kalau korang dah deal yang every moning mesti call.” Ucap Lisa. Senyuman yang mengacah cuba disembunyikan. Dia tahu bagaimana gelisahnya perasaan gadis yang ada disebelahnya. Bukan dia rabun untuk melihat ketidak stabilan emosi yang sudah mula mengusik itu.

“Key, macam ni. Kalau dia tak call, why not engkau yang call dia. Maybe kredit dia tak mengizinkan. Bukan engkau tak tahu, keputusan kredit tu kan perkara biasa.” Lisa memberikan usul tanpa pinta.

“Dia bukan jenis macam tu lah. Tak pernahnya yang putus kredit.” Protes Izzah menafikan apa yang ada difikiran Lisa.

“Wow! Tahu nampaknya…..” Tawa nakal Lisa mula kedengaran perlahan sedang wajah Izzah sudah cemberut. Tidak gemar dengan usikan yang langsung tidak punya pengertian. Satu jelingan dihadiahkan pada Lisa membuatkan tawa yang tadinya tertahan-tahan akhirnya termuntah.

“Apa yang lucu sangat? Ada badut sarkis tengah buat lawak ke pagi-pagi hari ni?” Sergah Izzah. Geram mendengarkan tawa sinis rakan yang pasti sudah terpesong minda ke arah yang tidak seharusnya.

“Bukan badut sarkis, tapi wajah cemberut engkau tu dah menggambarkan apa yang sedang engkau rasa. Dah la Izzah, dari pada engkau berperang di medan perasaan, baik engkau call dia. Cepat sikit sembuh sakit resah dan gelisah engkau tu. Maybe dia pun tengah tunggu engkau call. Mana lah tahu kot pagi ni dia nak bermanja, nak engkau yang mulakan bicara dipagi yang indah lagi mesra alam ni.” Sakat Lisa. Dia terjerit kecil bila jari runcing teman di sebelah sudah mengena sasaran.

“Woi! Sakitlah… engkau ni suku sakat ketam ke…. Hai! Malanglah nasib pakwe engkau tu. Tak boleh silap sikit, sure kena cubit.” Lisa mengusap-ngusap lengannya yang baru sahaja menerima hadiah yang langsung tidak dipinta.

Izzah masih lagi merenung telefon. Sesekali dibelek dan ditekan, tapi tidak pula terus untuk membuat panggilan. Lisa yang melihat kehairanan.

“Kenapa Izzah, tak kan takut…. “ Soalnya tersengeh sambil wajah gadis itu ditatap.

“Tak tahu dia kat mana…. buatnya kat rumah dan dia cuti, naya je… “ Akhirnya terluah jua apa yang menjadi kegurasan di hati. Memang Izzah berhasrat untuk menghubungi, tapi dia bimbang kiranya waktu dan ketika tidak sesuai.

“Hai! Susah gak yer kalau terjerat dalam situasi canggini… Tu lah. Mak dah cakap, ayah dah bilang, jangan main cinta, nanti gila bayang.“ Selamba Lisa mengungkap madah yang entah dari mana dirembatnya.

“ Woi Kawan! Cakap tu berlapik sikit yer. Sapa yang bercinta… kami hanya kawan… dan Teman. K.A.W.A.N dan T.E.M.A.N. Faham. Jangan nak pandai-pandai buat label yang langsung tak diiktiraf.” Suara Izzah sudah agak tinggi. Tidak gemar dengan ungkapan yang dilabelkan oleh temannya sebentar tadi.

“ Iyerlah… TEMAN tapi MESRA… Mesra alam. Erm... dan dia sentiasa buat engkau tersenyum walaupun kala engkau dalam duka. Betul tak. Jangan nak sorok dari aku lah Izzah. Bukan sehari dua aku kenal engkau. Contohnya masa engkau sakit, dia la yang menjadi sebahagian dari penguat semangat engkau kan, malah masa mama dan papa excident pun, dia jugak yang carring calling-calling untuk pastikan condition engkau okey di samping tanya pasal mama dan papa kan… Aduh! Bertuahnya engkau Izzah. Dia tu sebenarnya benar-benar sayang pada engkau cuma tak mengaku aje. Apa pun iyerlah… 'As you said….' “ Lisa sengaja menggantung kata dengan ayat tak sudahnya.

As I said what? Jangan suka buat ayat tergantung macam tu.”

TST dah lah Izzah… don’t act like you blur with what I’m try to mention. So betul engkau tak nak pi breakfast…. Okey lah kalau macam tu. Perut aku tak biasa berbreakfast dengan renungan kosong pada telefon. Kalau air kosong tu, mungkin boleh gak bertahan seminit dua. Jadi engkau teruslah renung telefon tu. Aku doakan kejap lagi dia berdering atau kalau aku jadi engkau, I just rang up his office… More easy and fast to know either today he was in or not.” Ucap Lisa tersenyum sambil menggenyitkan matanya sebelum melangkah meninggalkan Izzah sendirian. Tidak mahu terus mengodam perasaan gadis itu yang sudah pastinya sedang dilanda tsunami menanti berita setelah dua hari pantai hatinya sepi tanpa ditamu ombak perkhabaran.

Izzah terkedu… tidak sangka selama ini temannya itu menjadi pemerhati terhormat yang tidak disedari. Dikerling pada jam comel yang berada di pergelangan tangan. Sudah melangkau je jam 08.15 pagi, namun telefonnya masih lagi bisu. 'Ke mana dia agaknya… erm tak kerjakah dia hari ini, atau sedang engage dengan assignment diluar perancangan?' Hati Izzah berjeda sendiri. Dipalu pertanyaan demi pertanyaan untuk mencari jawapan pada kebisuan telefonnya. Namun mindanya masih gagal bertaut dengan satu kepastian yang boleh dijadikan tunjang untuk berpaut. Sebuah keluhan kecil akhirnya terlepas jua.

Pelahan-lahan dia cuba memfokuskan pada tugasan yang sudah tersedia di atas meja. Fail yang ada dibelek, yang telah diselesaikan minggu lalu, di susun di tempat yang sepatutnya. Kemudian di beleknya Corporate Briefings yang sudah pun diprint sebentar tadi, issue tersebut harus di muatkan ke dalam database sebelum dipublishkan. Jam 08.22.59, telefon yang tadinya bisu kini menyanyi. Lagu yang berkumandang sudah cukup memberitahu siapa pemanggilnya. Entah mengapa hati yang resah mula diacah senyuman. Kini dia terasa gementar pula untuk menjawab biarpun biasan riang di hati sudah terzahir di wajah. Kalaulah Lisa masih ada di sisi, pasti percuma sahaja dia dihadiahkan dengan usikan nakal. Izzah tersenyum sambil berlalu bersama telefonnya. Mencari ruang privacy untuknya berkomunikasi dengan lebih selesa.

1 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home