Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Wednesday, August 29, 2007

Re-Union.. ohhh Re-Union

Gurindam Jiwa….

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak cina memasang lukah
Lukah dipasang di Kuala Jati
Di dalam hati tidak kan lupa
Bagaikan rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun sehelai di makan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun bertemu juga

Burung merpati terbang beribu
Hinggap seekor ditengah laman
Hendak mati dihujung kuku
Hendak berkubur ditapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Cari kan hamba bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nanti kan saya di pintu syurga…..


Aku membelek kad jemputan ke majlis reunion SMSS malam minggu depan yang ku terima semalam. Kadnya simple tapi cantik dan unik. Aku pasti ni mesti kerja Iqqin….. sedang aku berangan talifon ku menjerit. Sapa pulak ni… tanya ku sendiri. Belum sempat salam ku beri, aku dah diterjah pertanyaan. Woi Snowqueen, ko dah terima kad jemputan ke majlis reunion???? Itulah kebiasaan Rasya Amirah. Suka sangat mendahulu perbualan dengan soalan. Amboi che mek.. kalau iya pun xcited, dah lupa bagi salam ke…. terdengar hilai tawa Rasya di hujung talian. Masih tak berubah….. Assalammualaikum warahmatullah hi wabarakatu. Ha! ko dah terima kad jemputan untuk majlis tu???? Rasya melengkapkan salam sambil terus dengan soalan. Aku sekadar tertawa mendengarnya. Dah… ni aku tengah dok belek. Cantik dan unik. Meski kerja Iqqin kan. Ucapku bersama tawa yang masih berbasi. Terharu kerana aku masih termasuk dalam senarai students yang mereka ingati. Ko macam tak kenal minah brutal jiwang giler tu… tapi aku heranlah Rika, kenapa dia letak lagu gurindam jiwa….. aduh menyusup kenangan silam dalam kepala otak aku ni. Laju je macam bullet train. Tanya Rasya pantas. RIKA itu lah panggilan yang digunakan oleh kawan-kawan pada ku sewaktu alam persekolahan dulu. Meski agak ganjil tapi nama itu masih kekal digunakan hingga ke hari ini. Aku tersenyum…. Ermm…. tak tahu lagi dan tak sure, sebab tempat ni aku langsung tak tahu. Balasku lembut. Macamana nak pegi.. next week Saturday, aku masih lagi terikat dengan program budget day company... esoknya pun aku kena datang, sebelah petang aku kena rush ke airport untuk hantar mama dan papa... aduh.... macamana ni..... Aku masih lagi membelek peta yang disediakan. Aduh.. Sri Hartamas… mana lah aku biasa pegi tempat tu.. mahu sesat jawabnya …. Ala Rika, jangan jadikan tempat sebagai alasan. Most of our batch ada, tak kan ko tak nak jumpa mereka. Lagi pun kata Maz, dia ada gak undang beberapa senior yang masih lagi berhubung dengannya. Datang ye Rika. Pujuk Rasya. Ha! Senior pun terlibat sama…. sapa yang dah confirm datang??? aku bagaikan tak percaya. Ku sangka reunion ni lebih menjurus pada batch kami sahaja. Isy mesti ko tak baca habis kad tu, kan Iqqin dah tulis… REUNION STUDENTS SMSS SESSI 1989-2000. So student yang tergolong dalam tahun tu pastilah dijemput. But not all… sebab ramai yang dah lost contact, so we still lead of the committee. Terang Rasya bersungguh-sungguh. Eh! Rasya, sorry got another incoming call lah. Nanti malam aku contact ko semula. Aku di terpa serba salah. Telefon ku terus juga mengalunakan irama yang pastinya sudah memberitahu siapakah gerangan pemanggilnya. Aku sedar masih banyak yang ingin diperkatakan oleh gadis itu padaku tapi nak wat cam ne…. ada somebody yang sedang dok bertapa tunggu aku di talian. Tak payah, biar aku je yang contact, ko tu asyik busy memanjang. Ha! phone rumah ko masih sama lagi ke??? Tanya Rasya selamba. Itu la sikapnya. Aku hanya mampu tertawa mendengar perkataan BUSY MEMANJANG. Tak…. dah tak ada dah. Mama kata tak berbaloi sebab semua dah ada hphone. So phone rumah just guna for internet use only. Key lah Rasya, sembang lain kali ekk… Bye and thank a bunch coz contact aku. Aku cuba mendapatkan talian yang satu lagi. Aduh.. tak sampai rumah lagi ke dia ni.... omel ku perlahan. Kad undangan masih ditangan…. Nak pegi ke tak…. Nak pegi ke tak… nak pegi ke tak….. aku berkira-kira sendiri…. Woi Mir! amalkan lah ngomel sorang-sorang…. sergah member yang ada di sebelah. Kusssssssss mangat… ko ni kalau tak sergah orang tak sah idup ke…. isy nasib baik aku tak ada penyakit lemah jantung, kalau tak dah lama aku PADAM…. Kad yang ku pegang tadi sudah mengenai bahunya. Terkekeh-kekeh dia tertawa melihat wajah ku. Perlahan-lahan ku urut dada meredakan rasa terkejut yang masih berbaki. Hai! Tak kan cam tu pun boleh jalan beb…. Relax lah.. dari tadi aku perhati ko tu asyik mengelamun… ingat cik abang yang jauh di mata ke….. usiknya lagi. Biar jauh di mata, tapi dekat di hati. Ha Mir! boss nak jumpa awak sekejap. Ada urusan peribadi... Tawa ku mati bila terdengar kata-kata member ku tadi… Aduh! Apa pulak yang boss aku nak ni... keluhku sendiri. Pantas ku capai dairy harian dan pena sambil berlalu tanpa memandang wajahnya yang masih tergelak. Ahhhh biarlah…

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home