Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Wednesday, August 08, 2007

Kini KU Kembali......

Isnin yang lalu merupakan hari pertama aku kembali semula ke office…. Seperti biasa, seawal jam 07.30 pagi aku sudah menghadirkan diri di permis milik peribadi ku di pejabat ini… melihatkan keadaan meja yang agak kurang terurus, membuatkan aku sedikit mengeluh. Barang-barang agak bersepah dengan fail yang tidak ku tahu apa keperluannya untuk memestikan berada di tempatku. Namun aku cuba relaxkan diri…. mengemaskan perlahan-lahan agar kelihatan seperti yang biasa di pandangan mata. Pokok ‘Money Plant’ pemberian seseorang juga sudah mula tunduk melayu…. sama macam keadaan tuannya yang kurang sihat… kesihan pokokku… tanahnya agak kering… pasti sepanjang ketiadaan ku tiada yang menyedekahkan minuman padanya…. Lantas pokok tersebut ku bawa ke panty… ku ‘mandikan’ agar kembali segar dan tidak lupa ku berikan minuman agar kembali bertenaga…. Aku bertembung pandang dengan boss ku… terukir senyuman di bibirnya. Pantas sahaja tubuhku di raih dalam pelukannya… Aduh! Malu gak aku rasa… untung juga tika itu masih tidak ramai makhluk yang ada di situ, jika tidak entah apalah yang bakal mereka fikir dan perkatakan nanti.

I’m happy to see you here…. Welcome back. Hope you feel much better than before.” Ucapnya giraang. Aku cuba memaniskan wajah sedapat yang ku mampu. Mengusir segala rasa yang sudah mula mengacah perasaan.

Thanks boss and Thanks also for a basket of fruits and that purple orchid. It’s so nice. I really appreciated and love it.” Balasku tersenyum. Terbanyang kembali bunga orkid purple yang digandingkan dengan beberapa jenis bunga lain. Dia turut sama tersenyum.

Ah! Itulah boss ku… walau baru tiga tahun aku menjadi sebahagian dari staffnya, tapi entah mengapa aku rasa aku boleh get long bekerja dengannya.

Pagi itu juga Sue called, paksa aku turun ke café 10. Katanya nak breakfast sama sebab dah lama sangat tak makan dengan aku. So… aku bagaikan tiada alasan untuk mengescapekan diri walaupun senior manager aku dah ada kat sebelah. Serba salah gak rasanya…..

It’ okey…. Go and see your friends. I’m sure, they miss you so much since you absent.” Tuturnya lembut. Aku sekadar mampu tersenyum.

Sorry… anyhow, promise I won’t take to long. Be back before 08.30.” Janji ku sebelum melangkah turun ke tingkat 10.

Terlihat sahaja Sue apa lagi sessi peluk memeluk pun berlangsung….

I miss you so much… Ko bagaimana… ada sihat ka…. “ Tanya Sue sambil tangannya menghulurkan sesuatu padaku. Kaget gak aku nak menyambutnya….

“Apa ni?” Soal ku bodoh

“Hai 3 minggu ko absent, tak kan barang ni pun ko dah tak kenal…. Ole-ole untuk ko dari Sabah. Kan hari tu aku ada beritahu ko yang aku ni pi Sabah… but sorry lah my dear, aku tak tahu nak belikan ko apa. So aku beli lah apa yang aku suka. Tengok…” Jawab Sue sambil menggoyang-goyangkan tangannya memperlihatkan gelang Kristal yang tersarung cantik di pergelangan tangan.

“Untuk aku…. Cantiknya Sue…. Thanks…. “ Terharu aku rasa dengan ingatan seorang teman yang masih terlalu awal untuk ku terjemahkan erti perhubungan kami. Biarpun antara aku dengan Sue tidak seakrap dan serapat hubungan aku dengan Trisya, namun aku tahu, Sue tetap cuba yang terbaik untuk membuat aku gembira.

“Dah! Tak payah nak buat permentasan drama ‘Airmata Puteri’ pagi-pagi hari ni. Sat lagi banjir pulak café 10 ni. Aku happy tengok ko ada kat sini…. Eh! Ko bawak bekal ekk… ni yang buat aku sayang kat ko ni” Gurau Sue bila lihat wajahku sudah berubah mendung. Mungkin emosi yang terusik tadi terbias lantas terus terzahir di penglihatannya. Aku kembali tersenyum.

Well! Sebetulnya pagi tu aku dah prepare breakfast dari rumah. Nugget dan sosej serta sandwich. Jadi bekalan itu ku bawa bersama agar dapat berkongsi dengan kawan-kawan. Sambil makan kami bercerita. Banyak yang ku dengar dari reporter tak bertauliah sorang ni, especially perihal kenaikan gaji dan bonus. Aku sekadar tersengeh bila soalan cepuberlian selamba ditembak tepat ke arah ku, but sorry Sue, perisai ku sudah cukup teguh untuk menangkis. Lagi pun memang aku belum terima payslip yang berada dalam simpanan boss ku. So mana lah aku nak tahu berapa bulan dan berapa banyak kenaikan untuk tahun ini. Apa pun tak salah kan kalau semua itu ‘Biarlah Rahsia’ milik mutlak diri ku.

Seperti yang aku janjikan 08.25 aku dah kembali ke tempatku semula. Ramai staff yang sudah ada dan apa lagi.. hujanan pertanyaan khabar semakin mencurah. Aku yang sedari tadi berusaha menahan rasa akhirnya gagal bila mana tabir mata ini basah dengan jengahan manik jernih yang putus. Terharu dengan keperihatin teman-teman terhadap apa yang aku alami. Kata-kata semangat teriring dalam pertanyaan mereka. Thanks gengs…. Aku terlalu bersyukur dikurniakan teman-teman sebaik kalian.

Sessi aku bersama boss dan manager….. nasihat dan perangsang untuk menguatkan ketabahanku disuntik terus ke dalam nadi. Aku sekadar mendengar dan membisu. Mengunci bicara dari terzahir di bibir. Aku sedar, sepatah perkataan yang terungkap pasti akan teriring dengan untai manik jernih… jadi biarlah aku jadi pendengar.

Kini sudah tiga hari aku di medan pertugasan ini… sudah tiga hari juga aku bergelut dengan kesibukan yang bukan omongan kosong dan menuntut perhatian. Mengambil kembali keseluruhan tugasan yang pernah dan telah digalas oleh teman-teman sewaktu ketiadaan ku. Ah! Banyaknya yang hendak di buat…. Banyaknya yang perlu disiapkan, malah dalam tempoh ini juga kami semua harus berkemas untuk proses perpindahan ke pejabat baru. Kalau dulu perancangan awal kami akan berada di daerah baru itu pada 24hb Septembar, tapi kini tarikh tersebut sudah dianjak ke hadapan. Maknanya penghijrahaan kami ke bangunan dan lokasi baru telah ditetapkan pada 17hb Septermber. Awal seminggu dari tarikh sebelumnya…. Semua barang-barang perlu dikemaskini. Dipastikan apa relevant untuk document itu disimpan dalam bentuk hardcopy atau lebih mudah menyimpan dalam bentuk softcopy….. Apa pun Boss kerap gak jeling-jeling bila lihat aku terlebih agressif dan tiap kali tu gak terdengar dia menegur….

I think you already over limit yourself by running around even though you not recover enough for that.” Aku sekadar tersengeh….. mana tak nya, terkadang kesibukan membuatkan aku terlupa pada segala taburan pesanan yang sudah melingkari diriku… Sejak aku keluar dari hospital, di rumah, kembali semula untuk appointment dengan doktor dan setiap kali sebelum aku melangkah meninggalkan rumah untuk ke medan pertugasan. Ungkapan “Jangan Lupa Makan Ubat atau pun Dah Makan Ubat” seakan sudah begitu sinonim untuk diriku, malah talifon ku sudah acapkali ditembusi dengan pesanan dan pertanyaan sebegitu….. Namun aku tidak salahkan mereka semua justeru aku sedar pastinya MEREKA SEMUA SAYANG KAN PUTERI seperti aku ni kan…


Terima kasih semua…. Aku amat menghargai dan terharu dengan keperihatian kalian… malangnya aku tak mampu untuk membalas tiap kebaikan yang telah kalian peruntukan buat diriku….. Moga allah akan melimpahkan rahmat dalam doa yang ku pohon buat kalian semua…….. Banyak yang ku coretkan di istana mayaku… banyak yang ingin ku renda akan pengalaman yang aku lalui… namun waktu seakan belum begitu mengizinkan… nantilah aku try ngular sebab dah lama pun aku tak buat kerja JAJAL kan….

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home