Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Thursday, August 16, 2007

Ketenangan beterbangan.....

Tika aku sedang busy melayan tugasan yang ada, telefon ku menyanyi riang. Terlihat nombor yang tertera membuatkan aku jadi teragak-agak untuk menjawab dan akhirnya panggilan tersebut diam sendiri. Tidak sampai lima minit, telefonku menyanyi lagi.

Wai : Assallammualaikum. Kenapa ko tak jawab called aku tadi. Dengan selamba pertanyaan ditembak terus padaku.

Aku : Waalaikummussalam. Ni kan aku dah jawab. Ha! Apa ko nak… jangan kata ko rindu kat aku pulak…. kalau iyer pun, simpan aje sebab memang aku tak sudi. Aku melancarkan serangan balas.

Wai : Melampau juga ko ni kan. Iyerlah, ko mana pandang aku.

Kami sama-sama ketawa dengan bicara yang boleh dikategorikan sebagai selingan gurauan.

Aku : Kenapa ko telefon aku ni. Ha! ni tak lain nak suruh aku sampaikan salam rindu dendam bin salam sayang ko tu lah ekk. Sorry, hari ni aku belum tentu lagi jumpa makwe ko tu.

Wai : Ko ni kan… bukan sebab itu lah aku called engkau. Ala! Tak main lah nak minta orang tolong sampaikan. Aku boleh cakap sendiri bah.

Aku : Amboi! Berlagaknya…..

Wai : Kenapa semalam tiba-tiba aje ko end called, kan aku suruh tunggu. Ko ni kan…..

Aku : Sorry, ko lambat sangat, lagi pun masa tu aku on the way nak pi tengok office baru aku.

Wai : Ko pegi sorang atau dengan……

Aku : Ha! Dengan sapa…. Jangan ko nak buat serkap guna kain jarang…. Sorry tak kan mengena punya…. Tawa kami bergabung jadi satu.

Aku : Wai, aku busy bangat ni. Ko nak apa sebenarnya called aku. Tahu lah bill tu office ko yang bayar… Kesian company ko dapat staff macam ko yang kuat bergayut. Esok-esok depa hantaq ko ke Sepilok… baru tahu.

Wai : Melampau lah ko ni. Sampai sekarang aku minta alamat, masih juga engkau nda bagi. Mana… kata ko tu teringin sangat nak rasa buah tarap… sekarang di Sabah musimnya. Bagi aku alamat ko, boleh aku kirim sama dengan kuih cincin.

Aku terkedu… tidak sangka dia masih ingat apa yang pernah aku katakan dulu.

Aku : Erm, tak apalah Wai….. nanti kalau Trisya balik sana, boleh lah dia bawakan untuk aku.

Wai : Waktu Trisya balik, habis sudah musimnya… Kenapa yang ko takut sangat nak bagi aku alamat ko… takut ‘abang’ ko marah ka…. nda juga aku mahu ngurat ko. Dia nda usah bimbang bah.

Aku : Wah! Ayat ko tu dah berinsuran ke…. Sebenarnya macam ni Wai, aku tak sampai hati nak susahkan ko…memang aku teringin sangat nak rasa buah tarap yang korang dok galak mempromotekan dengan kuih cincin yang hanya ada kat sana aje, tapi tak apalah… rasanya aku belum nak mati dalam sebulan dua ni lagi. Kalau allah kata ada rezeki aku nak rasa, adalah…. insyaAllah. Kalau dah memang tak ada… aku redho dan pasrah.

Wai : Kenapa ko ni.. macam orang frust je…. kan aku dah kata, bagi alamat ko, yang lain akan aku uruskan.

Aku : Wai, sorry boss aku dah gamit.. I need to go… apa pun aku hargai segala kebaikan dan keperihatian ko terhadap untuk cuba memenuhi keinginan aku. Bertuah aku ada kawan macam ko… Thanks again… but at this moment, aku rasa tak apalah…. Sorry. I have to go. Thanks for calling.

Panggilan kami berakhir dan kini aku masih termenung. Boss aku pulak serahkan satu invoice dah di tanda dengan marker berwarna merah… YA Allah Huakbar… kenapa amount figure ni salah lagi….. dah dua kali kejadian ini berlaku akibat dari kecuaian dan kealpaan aku… Ahhhhh entahlah…… :-( :-(

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home