Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Monday, August 20, 2007

Hari-hari yang........

Erm malam tadi aku sukar nak lelapkan mata..... kesihatan yang kurang stabil seakan meragut semangatku untuk lena.... demam yang tiba-tiba datang menjengah, setelah dengan selamba rock aku redah renyai hujan yang turun. Ah! Bukan salah sesisapa, tapi salah aku sendiri. Kini aku harus menanggung akibatnya. Mama dah mula memperlihatkan kerisauan... takut andai kekuatan yang dimiliki oleh The only Princess yang dia ada bakal dimamah serangan demam yang tiba-tiba. Memang aku akui, aku alah sesangat dengan hujan since aku kecik lagi. Apa pun malas nak membebel bila selamba rock mama basahkan rambut aku dengan air asam jawa. Katanya nak turunkan sikit kepanasan yang mula menjalar di tubuhku, sedangkan aku punyalah menggigil... selamba aku minta mama peluk aku dengan harapan haba yang ada di tubuhnya bakal berpindah ke tubuhkan sedikit..... mama hulurkan ubat, aku just jeling aje... Huh!Tak habis dengan ubat... keluhan yang sekadar terzahir di hati, tidak ku luahkan di bibir.

Dah lama aku tak jadi JAM LOCENG kejutkan orang... dan pagi ini aku mulakan semula. Erm dia Out-Station ke KK. Malam tadi seronok berbual dengannya.... bercerita dari satu perkara ke satu perkara.... hinggakan tugasannya untuk memeriksa slides aku kira memang pun sudah tergendala... semuanya gara-gara aku... mengada.... dah tahu dia busy, aku macam sengaja tak nak end called.... Entahlah... dalam keadaan kesihatan yang mengacah, aku rasa cam perlukan seseorang untuk berbual supaya aku tak fikirkan sangat akan isu diri aku. Tanya gak, nak ke aku tolong kejutkan macam biasa, tapi dia kata tak yah coz' subuh kat sana awal.. sekitar 04.45 pagi. Aku diam aje... akur menerima arahan tidak rasmi dirinya. Apapun aku tetap anta sms sekitar jam 04.10 pagi. Bukan tidak yakin atau nak ingkar dengan apa yang telah diarahkan, tapi entah... maybe sebab waktu tu aku baru nak terlena kot....

So... dua hari ini hidup aku tanpa dia... Sure sunyi.... Apapun aku harap, aku boleh teruskan langkah... mengenepi dan menepis segala rasa yang mungkin akan cuba datang mengusik.... Teringat gak kerja giler yang pernah aku lakukan last year.... travel tanpa perancangan dan mengikut kata hati tanpa aku plan destinasinya terlebih dahulu. Ah!Gawat giler minah sorang ni.... Tadi dia dah maklumkan pada aku... habis program di branch office, dia nak merayau ke Pasar Filipina.... sempat gak bertanya aku nak kirim apa-apa ke... Erm... apa ekk.... Ha! 'Buah Tarap dan Kuih Cincin' yang macam aku cakap pada Wai hari tu... Isy, tak naklah... selama ni pun aku dah banyak susahkan dia... biarlah dia beli apa sahaja untuk staffs dan orang-orang yang dia sayang seperti biasa kalau dia Out-Station, sama seperti sebelum dia kenal aku dulu. Cuma yang aku pesan pada dia tadi... cuba tengok-tengok kat gerai-gerai tu kalau-kalau depa dok ada jual KESEJAHTERAAN DAN KESELAMATAN agar dia dapat kembali semula ke sini. Itu aje yang aku pesan.... dan esok, insyaAllah kalau tak ada aral, petang dia akan fly balik semula ke sini.... Moga allah lindungi dirinya sepanjang berada di sana dan dalam perjalanan pulang ke sini....

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home