Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Thursday, August 30, 2007

Bila aku nak MERDEKA.....

Macam tak ada mood je nak wat keja…. Sebahagian dari hati dan perasaan aku dah terbang dulu balik ke desa… tak perlu gunakan perkhidmatan Airasia atau MAS. Tah lah kenapa sejak semalam aku bagaikan di palu rasa rindu pada mama dan papa…. terasa cam nak bermanja aje dengan depa walaupun hakikatnya baru je minggu lepas aku jumpa depa. Namun reja yang masih menggunung seakan memaku langkah ku. Apa pun aku dah hint kat boss tadi, cumanya rasa tak sampai hati dah mula menguasai diri… Aduh! Terukkan aku ni. Asyik fikir pasai orang aje….

Erm sebut pasal FIKIR PASAL ORANG… aku rasa ni pun ada kaitan dengan KEMERDEKAAN yang just around the clock je…. Terkadang aku rasa cam aku ni belum MERDEKA je… kenapa aku kata lagu tu, sebab perasaan dan diri aku masih belum bebas sepenuhnya dari memikirkan pasal orang lain, tak kiralah yang ada disekeliling aku atau pun jauh dari aku… yang penting aku kenal orang tu and to make it more worst bila aku terlibat secara tak langsung atau langsung with that person. Sure korang keliru kan… Sebenaqnya canggini…. Aku terlalu fikirkan apa yang orang lain rasa atau hadapi tiapkali aku nak buat sesuatu atau pun bila dah terbabas lakukan atau katakan sesuatu. Tah! Aku mudah rasa macam-macam bentuk perasaan yang kurang enak bila tiba-tiba orang yang kita kenal malah pernah rapat tiba-tiba berubah dan yang paling teruk bila sampai ke tahap bertanya pada diri apakah aku ada buat sesuatu yang melukakan hati orang. Pernah gak best friend aku tegur akan sikap aku yang satu ini 'Asyik fikir pasal orang lain sedangkan orang tak fikir pun pasal engkau bila mereka buat apa-apa dan sikap ni dah sering kali memakan diri engkau sendiri'. Bukan aku tak try untuk stop thinking about other persons, tapi tak boleh. Dah memang cam tu sikap aku. Aku tak boleh nak jadi macam orang lain yang ambil mudah terhadap sesuatu yang terjadi. Dalam kata lain, tak payah nak fikir sangat.


Macam yang aku hadapi hari ini.. one of my quit close friend yang aku kenal dah hampir setahun lebih tiba-tiba menyepi… dah penat aku called, tapi dia tak jawab… antaq sms, dia tak replylast-last satu SMS yang dia antar buat aku termenung jauh… bersoal jawab dengan diri sendiri.. APA SALAH AKU…. KENAPA TIBA-TIBA DIA BUAT MACAM NI PADA AKU…. memang aku tak tahu langsung apa yang telah atau sedang berlaku…. Bila aku minta dia explain atau beri clue, terus dia diam… Aduh! sedihnya rasa hati…..tapi aku sedar, aku tak boleh nak desak jauh sekali paksa sesiapa pun untuk menyedekahkan sekelumit pemikiran mereka pada diri aku… pada apa yang aku rasa…. Itu kan hak mereka…. Dan hak aku pulak apa… erm… dah confirm tak adakan.. kalau ada, sure dia tau mereka tak buat canggitu pada aku. Sebab tu lah aku kata yang aku belum mencapai tahap kemerdekaan dalam certain things dalam diri aku…. PERASAAN DAN HATI aku masih di JAJAH oleh satu element yang pada orang lain tak berbaloi langsung untuk aku miliki… ASYIK FIKIR PASAL APA YANG ORANG LAIN RASA SEDANGKAN ORANG TAK PERNAH ATAU MUNGKIN TAK FIKIR APA YANG AKU RASA DENGAN TINDAKAN ATAU PERLAKUAN MEREKA. Erm… nak buat macamana kan…..

Pagi tadi aku sempat breakfast dengan Iman…. Menjamah nasi lemak yang sejak beberapa hari tekak aku terasa nak telan. Hati aku tiba-tiba dihampat rasa terharu sebab aku sedar aku dah banyak menyusahkan. Apa pun dia tetap canggitu… belum terlihat perubahan yang ketara di mataku akan sikapnya meski baru-baru ini ada incident yang tak best berlaku antara kami. Sayu rasa hati bila mengenangkan kebaikan teman yang sorang ni. Dia sentiasa cuba mengadakan dirinya untuk menjadi pendengar pada luahan aku….. cuba memberikan sokongan agar aku tak terus rebah dalam langkah yang cuba aku atur. Biarpun apa situasi yang kami hadapi, dia masih cuba sedaya mampu meluangkan waktu untuk seorang teman macam aku. Aku benar2 rasa bertuah dan bersyukur diatas keizinan dariNYA untuk satu perkenalan yang masih terlalu muda.


Malam ni aku drive sorang-sorang balik kampung…. Ah! Tak sabarnya nak sampai…. Rasa cam dah melambai je Banjaran Gunung Jerai kat dangau bendang tu…… pot laypark aku yang dah berkurun aku gunakan untuk cari ketenangan atau berkongsi tangisan dengan alam dalam meluahkan apa yang aku rasa…. Malah aku dah tak sabar nak rebah dalam pelukan mama…. Ah! Bagai dah melayang diri aku ke sana……

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home