Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Wednesday, August 15, 2007

Antara Dua Insan [A2i] continue....

Izzah membelek fail-fail yang kini menjadi permastautin di mejanya tanpa permit yang diluluskannya. Banyak yang perlu di lakukan, banyak yang perlu di bereskan. Pertengahan bulan depan, seluruh staffs dari departmentnya akan memulakan tugasan dari office di lokasi yang baru. Justeru itu lah, kini semua staffs dari Syarikat Teras Maju Sdn Bhd sibuk dengan segala aktiviti mengemas dan menyemak segala yang mereka miliki. Mana yang tidak penting akan di lupuskan setelah merekodkannya. Mana yang penting akan di scan dan di simpan dalam bentuk softcopy bagi memudahkan proses mencari bila diperlukan nanti.

Bagi Izzah, dia sudah cuba melakukan yang terbaik untuk departmentnya, tapi masih belum melepasi apa yang di harap oleh semua manager-managernya. Itulah yang dirisaukannya kini. Tugasan hariannya juga perlukan tumpuan disamping tuntutan yang lain yang juga perlu diberi perhatian. Adatika dia bagaikan tidak berkemampuan lagi untuk memenuhi apa yang mereka mahu. Bukan dia mencipta alasan, tapi dengan kesihatan yang masih belum stabil, mana mungkin dia mampu memenuhi segala yang mereka inginkan darinya. Apa pun, tidak pernah sekali pun terucap di bibir gadis itu, segalanya di tahan…. Sengaja di lupakan tahap kesihatan yang masih tidak melepasi level yang telah ditetapkan oleh doktornya. Dia tahu, sudah tiga minggu tugasannya seakan terbeban pada rakan sekerja yang lain sejak dia dimasukkan ke hospital dulu. Kini, dia harus cuba untuk menyelesaikan segalanya. Fail yang tadinya berada ditangan, kini sudah kembali mendarat di atas meja. Entah mengapa moodnya tiba-tiba pudar. Mungkin keletihan yang dirasakan sudah sampai ke tahap maksimum. Dia harus meredakan dahulu letih yang menjengah sebelum menyambung kembali.

Ucapkanlah kasih
Satu kata yang kunantikan
Sebab ku tak mampu
membaca matamu
Mendengar bisikmu

Nyanyikanlah kasih
Senandung kata hatimu
Sebab ku tak sanggup
Mengartikan getar ini
Sebab ku meragu pada dirimu

Mengapa berat ungkapkan cinta
Padahal ia ada
dalam rinai hujan
Dalam terang bulan
juga dalam sedu sedan

Mengapa sulit mengaku cinta
padahal ia terasa
Dalam rindu dendam….
hening malam….
Cinta …..
terasa ada


Tiba-tiba terdengar Lisa menyanyikan lagu Ada Cinta, sound trek dari filem ‘Love is Cinta.’ Walaupun perlahan, tapi cukup untuk sampai ke pendengaran Izzah. Pantas wajah temannya di tatap dengan satu pandangan penuh tanda tanya. Lisa masih berlagak selamba, mengulang lagu tersebut tanpa menghiraukan pandangan yang memanah tajam. Sambil itu terorak senyuman penuh erti dari ulas bibirnya. Bukan sulit memahami apa yang tersirat disebalik renungan yang semakin menikam di wajahnya, namun dia tetap berlagak selamba kodok. Lirik yang ringkas dan pendek itu tetap diulangnya berkali-kali.

“ Kerja engkau dah habis ke? “ Soalan Izzah di sambut dengan senyuman. Tidak segera dijawab sebaliknya dia bangun sambil berdiri dibelakang temannya itu. Lirik lagu yang dinyanyikan masih kedengaran perlahan bersama senyuman.

“ Engkau ada audition ke…. galak sangat menghafal dan buat pitching practice.” Aju Izzah lagi sambil mencebik bila lirik terakhir dialunkan penuh perasaan ke telinganya.

Lisa memuntahkan tawa melihat wajah kelat Izzah. Lucu bila wajah itu mencuka dalam rona kemerahan menahan rasa yang mula mengacah. Ah! Lewat kebelakangan ini temannya itu mudah benar dihambat resah…. Entah apa lah yang bercanda ditaman hati hingga terkadang menjadi tidak keharuan dimaini oleh emosi sendiri.

“ Ini apa lah pulak ketawa. Rasanya aku ajukan pertanyaan, bukan buat jadi badut sarkit buat lawak.” Sergah Izzah. Geram melihat aksi Lisa yang seakan sengaja membuat penderaan terhadap pertanyaannya sebentar tadi. Dia masih blur dengan motif sebenar temannya itu yang secara tiba-tiba menyanyikan lagu tersebut.

“ Soalan yang mana satu yang engkau nak aku jawab? “ Lisa berjeda bersama soalan. Secara tidak rasmi membuka gelanggang untuk bersilat dimedan bicara.

Well, kalau tak nak jawab satu- satu, aku tak kisah kalau engkau nak jawab 2 in 1.” Sela Izzah sambil menjeling tajam. Dia kembali membuka salah satu fail yang ada di meja, tapi tumpuan tidak difokuskan di situ.

Lama dia menanti, tapi Lisa masih lagi membisu. Mengunci bicara jua seakan kehilangan perbendaharaan kata dari kamus mindanya.

“ LISAAAAAAA!” Jerit Izzah sambil pantas tangannya cuba merampas harta mutlak milik peribadinya. Namun Lisa yang sudah bersedia lebih bijak bertindak mengelak dari rampasan yang sedang cuba dilakukan.

“ Sejak bila engkau jadi penceroboh harta peribadi orang…. “ Soal Izzah keras. Wajahnya sudah masam mencuka. Marah dengan tingkah teman yang dianggap sudah sewenangnya mencabuli hak peribadi miliknya.

“ Aku tak ceroboh harta peribadi orang yang aku tak kenal… ni kan buku engkau. So aku just nak baca je. Iyerlah engkau tu kan seorang literate person. Mesti banyak yang engkau tuliskan. Apa salahnya aku baca. “ Komen Lisa bersahaja sambil membela dirinya tanpa sedikit pun menunjukkan rasa bersalah dengan apa yang dilakukan.

“ Lisa, tu bukan buku, sebaliknya dairy aku. D.A.I.R.Y.... Maknanya… “

“ Tak ada maknanya. Selama ni pun kita banyak share segala cerita. No secret between us kan. Apa yang aku rasa, engkau akan rasa dan apa yang engkau rasa, aku juga akan rasa, coz’ dalam diri aku ada engkau dan dalam diri engkau ada aku. Apa engkau dah lupa ungkapan itu? Lately ni aku rasa macam gagal nak selam apa yang ada kat dasar tasik hati engkau tu. Maybe aku kena add extra tong oksigen kot. “ Lisa terlebih dahulu memintas bicara temannya itu. Sengaja memprovok untuk melihat sejauh mana Izzah berjaya mengekalkan aksi perahsianya itu.

Izzah menjeling tajam. Kalau boleh ditelan gadis yang masih ada disebelah sudah lama dibahamnya. Marahnya masih bersisa bila melihat Lisa masih terus membelek dan sesekali teracah senyuman yang bagai ingin disorokkan. Namun Izzah belum sampai ke tahap buta penglihatan untuk tidak melihat senyuman yang terbias itu biarpun dia menggunakan cermin mata

Well! Engkau ni cukup fanatic dengan tarikh kan. Setiap yang berlaku pasti ada catatan, contohnya macam yang ini… ‘22 May – Date that change everything. From one of my client, he becomes a friend of mine.Welcome to my friendship castle.’ Erm! Literate person macam engkau ni memang unik kan. Kalau aku, jangan harap aku nak ingat, kecuali tarikh penting yang memang dah tersave kat dalam kotak minda aku ni.” Komen Lisa. Sesungguhnya dia tahu, sejak dari dulu lagi; gadis itu cukup perihatin terhadap apa yang berlaku dalam hidupnya. Jarang dia lupa akan memory disebalik tarikh-tarikh tersebut

“ Dahlah Lisa. Tak elok engkau terus baca apa yang tercatat di dalam dairy tu.” Agak kendur intonasi yang terluah. Bagai ada yang tersirat disebalik segala yang tersurat.

“ Kenapa ni Izzah, engkau ada masalah ke. Maaflah kalau tindakan aku tadi melampau. Aku tahu tak sepatutnya aku ceroboh privacy engkau dalam dairy yang sudah berkurun menjadi tempat luahan perasaan. Maafkan aku. “ Bahu Izzah diraih mesra. Kesal pula hatinya justeru tidak mengendahkan larangan temannya tadi. Dia sedar, Izzah suka menulis malah itulah cara dia meluahkan segala yang terpendam dan terpenjara di kamar hati. Memang gadis itu tidak akan bercerita jika tidak kena dengan cara umpanannya. Dia lebih tega memendam biarpun akhirnya dia sendiri yang parah dengan rintihan perasaan sekeping hati.

“Erm! Hari ni engkau tak keluar dengan dia? “ Lisa mengubah cannel. Harap-harap ini akan mengembalikan keceriaan wajah yang mula suram itu.

“ Keluar dengan sapa? “ Soal Izzah kembali. Dairy yang berada di tangan sudah disumbatkan ke dalam drawer. Hatinya dipagut resah bila tiba-tiba soalan sedemikian terhunus pada bicara temannya.

“ Ala! Blue hippo dalam perahu. Jangan engkau nak buat-buat tak tahu. Aku yakin engkau tahu siapa yang aku maksudkan.” Giat Lisa tersengeh. Mengerti gadis itu cuba memesongkan siapa yang dimaksudkannya sebentar tadi

“ Tak adanya muat Lisa kalau blue hippo tu engkau sumbat dalam perahu.” Izzah mengulum senyum melihatkan wajah Lisa yang sudah berubah kelat. Pasti bengang bila persoalan yang diajukan tidak mendapat respond seperti yang diharapkannya.

“ Iyerlah… iyerlah…. Engkau tak keluar dengan Encik Ekmal Rahimi bin Luqman Jaber dari Tenaga Trans Malaysia Bhd ke? “ Aju Lisa. Sengaja ditekankan nama dan syarikat anak muda itu bertugas. Berubah wajah Izzah bila mendengarnya. Dia mengetap bibir menahan geram dengan sikap teman yang masih mampu berlagak selamba sedangkan Lisa sedang cuba menahan tawa dari terus terburai.

Actually dah tiga hari kami tak jumpa. May be dia sibuk, lagi pun this week end dia fly ke Sabah. “ Perlahan suara Izzah. Matanya diarahkan ke skrin komputer, cuba memokuskan tumpuan pada apa yang terpampang di situ.

“ Bila dia fly? Engkau tak tahu schedule dia ke? “ Lisa memandang wajah yang mula lesu. Entah apa yang sedang difikirkan oleh temannya itu, tidak terjangkau dek penafsiran Lisa.

Izzah sekadar mampu menggeleng-gelengkan kepalanya. “ Aku tak tahu schedule dia. Yang aku tahu, dia pegi on Sunday dan balik on Tuesday. Pukul berapa flight dia... aku tak tahu. “ Luah Izzah. Tanpa sedar sebuah keluhan terlepas dari ulas bibirnya.

“ Engkau tak tanya ke? “ Sessi soal jawab masih berlangsung. Lisa seakan masih tidak puashati dengan penjelasan yang diberikan oleh temannya itu. Masakan anak muda itu tidak langsung memberitahu butiran perihal jadual penerbangannya. Ah! Gawat bin pelik mereka berdua ni. Desis hati kecilnya.

“ Lisa, sapalah aku ni nak tanya in details dan banyak-banyak. Dia dah sudi inform aku pasal ketiadaannya tu pun, rasanya dah cukup baik kan. “ Jawab Izzah lembut. Itulah sifat Izzah. Sering mengalah dan beralah demi untuk orang lain.

“ Engkau tak nak hantar dia kat airport? “ Lisa masih terus mengasak dengan pertanyaan membuatkan Izzah sekadar mampu mengeluh. Tidak tahu bagaimana cara yang terbaik untuk menerangkan segalanya pada teman yang sudah pastinya inginkan penjelasan.

“ Lisa, ada orang lain yang lebih layan untuk hantar dan jemput dia. Dah lah. Can we just drop this topic. Tak bawa apa-apa keuntungan pun kalau kita terus perkatakan. “ Ada getar yang cuba ditahan. Resah yang bertandang cuba dihindar. Entah mengapa hati Izzah tiba-tiba diterpa pilu. Namun dia cuba mengusir segala yang mengacah. Tidak mahu terzahir jauh sekali terbias diwajah. Kelak akan panjang sessi soaljawab yang sedang berlangsung diantara dirinya dan Lisa.

No wonder lah mood engkau tak kekal stabil. Aku ingatkan beralih bulan. Berpunca rupanya perubahan engkau tu. Sabarlah Izzah. Situasi korang ni memang complicated dan boleh buat mengconfusekan sesiapa pun. “

Tiba-tiba telefon di meja Izzah menjerit. Pantas jemari itu mencapai. Lisa sekadar memerhati. Seakan dapat menduga siapakah gerangan yang sedang berada dihujung talian. Senyuman yang mula teracah di ulas bibir gadis itu bagai menjawab persoalan yang belum terluah. Lantas Lisa kembali ke tempatnya. Memberi ruang agar Izzah selesa berkomunikasi. Malangnya senyuman yang teracah tadi tidak terbias lama bila tiba-tiba terdengar temannya mengungkap kata dalam nada yang agak suram.

‘Okeylah, sekejap lagi saya call dia. Bye… Assallammualaikum.’

Sekilas Lisa memerhati, mencari riak dari wajah yang sudah mula berubah sirna. End up called yang kurang baik diantara keduanya. Pasti ada gurauan yang sudah tersasar lantar mencarik sedikit luka di hati. Jika tidak masakan sebegitu singkat perbualan yang berlangsung. Terlihat gadis itu mula membuka data clients. Telefon di capainya kembali. Ah! Gerangan siapa pula yang mahu dihubunginya. Hati Lisa bertanya sendiri, namun dibiarkan sahaja.

“Hello boleh saya bercakap dengan Encik Husaini? ” Ucap Izzah perlahan. Di belek brochure yang ada ditangan. Sudah tentunya pasal Budget Seminar yang bakal berlangsung bulan hadapan. Memang Izzah menjadi sebahagian dari committee yang bertanggungjawab dalam mempromosikan event tahunan syarikat mereka dan itulah tugasan yang sudah tiga tahun terpikul di bahu gadis itu.

Yes Izzah. Lama tak dengar khabar dan suara awak. Ingatkan awak dah lupa nombor telefon office saya ni. “ Usik Encik Husaini di sulam tawa. Izzah turut sama tertawa kecil mendengarkan usikan. Izzah tidak mengambil waktu yang panjang. Terus pada tujuan dia menghubungi anak muda yang dikenali sewaktu seminar yang dianjurkan oleh syarikatnya tidak lama dulu. Setelah selesai dengan apa yang perlu disampai dan bertukar-tukar soalan, komunakasi dua hala itu ditamatkan.

‘Saya sembang dengan Husaini… nice talking with him. Macam-macam yang kitaorang sembang. Iyer lah dah orang tu dok galak suruh kan... so kita buatlah... maybe orang dah busan dan meluat nak layan dan sembang dengan saya lagi.....
-Izzah-‘


Nota ringkas itu dikirim menerusi email pada Ekmal Rahimi. Walaupun hati dan tingkah tidak sealiran, namun Izzah seakan sengaja tidak mahu menghiraukannya. Biar anak muda itu tahu dia sudah menyahut apa yang disuruh sebentar tadi. Tidak lama kemudian komputernya berbunyi menandakan satu email kini berada di dalam inboxnya. Sudah diduga siapa gerangan pengirimnya. Di buka dan dibaca emal balasan Ekmal. Bukan sukar untuk difahami, tapi entah mengapa Izzah bagai sengaja menolaknya.

‘sayang Izzah,
oh dah call..bagus2. . so macam mane?... best?... jgn marah, Ekmal main2 je.. Ekmal suruh bukan sebab bosan atau meluat nak layan dan sembang dgn Izzah.. jgn fikir macam tu.. Ekmal tak boleh halang Izzah nak bercakap dgn sesiapa pun.. itu hak Izzah .. betulkan.. bukan tak sayang Izzah, tapi Ekmal belum sampai ke tahap yang berhak untuk tentukan dgn siapa boleh bercakap dan tak boleh bercakap.. lagi pun kalau bercakap pasal keje, so memang tak salah pun… Jgn fikir yang bukan2 key…..


Ekmal Rahimi Luqman Jaber
Senior Finance Controller
Tenaga Trans Malaysia Bhd’


Setelah membaca apa yang terhidang, ringan sahaja jemari runcing itu menari-nari di mata kekunci. Mencoretkan apa yang hadir di minda. Setelah berpuashati, pantas disend ke destinasi yang sudah diarahkan. Tanpa memikirkan bagaimana penerimaan insan disebelah sana, Izzah berusaha melawan deras ombak tsunami yang cantik bagai bunga-bunga kapas memutih menuju ke pantai hatinya biarpun ianya amat menyakitkan…..

‘Terkadang saya lupa siapa diri saya... terkadang saya alpa pada khilaf naluri..... saya menumpang kasih di lokasi yang bukan milik saya.. biarpun pada ruang yang paling akhir atau sekadar di pinggir sekeping hati...... saya kira ruang yang tidak berpenghuni dan tidak mahu diberikan pada orang lain boleh disedekahkan pada saya yang penuh kekurangan... rupanya saya sekadar berilusi sendiri..... Saya sekadar melukut di tepian gantang.... ada tidak menambah tiada tidak mendatangkan masalah malah lebih baik tiada dari ada yang sekadar menyusahkan orang....... Maafkan saya......

'Kalau boleh saya nak pos semua rasa rindu saya pada awak, tapi posmen tu tak bagi. Katanya besar sangat. Walau apa pun, awak selalu dalam ingatan saya dan tak pernah sekali pun saya lupa, biarpun awak langsung tak pernah pandang dan hiraukan saya. Drive carefully. Jaga diri dan hidup baik-baik.'
-Izzah-

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home