Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Tuesday, June 19, 2007

Erm... Ini kah yang ku rasa......

Erm dah lama aku tak mencorak kata di blog aku ni.. tampak sepi je kan.. tak bermaya seperti gak tuan empunyanya…. Well, mungkin ada yang tertanya-tanya apa dah jadi dengan aku… ke mana aku menghilang dan pokok utama persoalan dah tentu bukannya pokok taugeh atau pun kangkong, tapi KENAPA dan MENGAPA….. Ahh! Mengeluh lagi…. satu tabiat yang dah mula menular dalam diri aku. Teruk kan…..

Lately ni banyak sangat yang berlaku hingga aku tak tahu bagaimana dan macamana nak senarai atau ceritakan. Mana satu harus aku beri keutamaan. Aku bagaikan dah tak reti nak terjemahkan segalanya dengan penggunaan perbendaharaan kata yang ternyata terlalu bersepah sebenarnya. Walau apu pun, aku sedar, seampuh mana pun ketahanan yang aku miliki, sedikit sebanyak goyah juga dengan dugaan dan ujian yang baru sekelumit ini. Aduh.. kerdilnya aku dalam mengatasi jauh sekali melepasinya. Bermula dengan kesihatan aku yang tidak memberangsang, di acah ketidak sihatan bersama sakit yang tiba-tiba gah bangkit membuatkan aku terpaksa akur dalam ketidak relaan Ternyata aku tak banyak pilihan atau lebih tepat langsung tidak diberi pilihan tanpa sebarang talian hayat untuk meneruskan sebuah pertarungan. Biar sekuat mana aku memprotes, tapi kegagalan tetap milik mutlak ku. Lantaran aku harus akur kali ini.

Di samping itu terdapat juga cebisan-cebisan dugaan yang akhirnya bercantum membentuk molekul-molekul permasalahan yang ternyata bukan senang untuk aku hadapi. Mungkin ramai yang beranggapan aku MERAJUK… Erm! Layakkah ku galas istilah sebegitu buat insan seperti aku… The Brutal Princess…. Kalau bukan merajuk… Jauh Hati mungkinnya… Erm! Sekali lagi aku tanyakan pada diri… siapa aku untuk merasa atau menikmati perisa istilah sebegitu…. Apapun aku bukan malaikat. Aku sekadar insan biasa… Dhaif dan naïf penuh kekurangan tanpa kelebihan. Dikurniakan sekeping hati dan sebuah perasaan. Adakala mungkin tanpa sedar aku tidak mampu menghidari dari terjerat dalam perangkap emosi. Merasai perisa terkilan dan tersentuh dengan apa yang terjadi….. Namun aku tetap tidak menyalahkan sesiapa…. Sebaliknya aku terima sebagai kekhilafan dan kealpaan ku sendiri hingga situasi bertukar corak. Aku yang tidak pandai menghargai apa yang ada disekeliling ku…. Hingga membuatkan ada suara-suara yang bertebaran pitchingnya memperkatakan sedikit tentang diriku… tentang pekertiku.. dan tak ketinggalan juga tingkah ku…. Macamlah aku ni bagus sangat….. heheheheh padan dengan muka aku….

Andai sinis dan tomahan dari kata-kata yang kononnya aku cuba berlagak lebih baik dari orang lain sudah cukup membuatkan aku berada dalam keadaan tertekan. Mana tidaknya… sms yang di titipkan ke telefon bimbitku berjaya merobek dan seakan mencincang hatiku. Nasib baik juga tidak diblander hingga lumat….. kalau tidak dah boleh buat hamburger dah untuk mengisi perut yang lapar setelah memperkatakan tentang aku. Well, aku tidak pasti apa rasionalnya tuduhan sedemikian malah yang lebih mengelirukan bagaimana nombor telefon ku seolah begitu mudah di perolehi…. Mungkin aku terpromote, tapi seingat aku yang belum lupa jauh sekali nyanyuk, aku sudah delete dari terus berada di maya. Namun entahlah…. Aku diglamourkan dengan reputasi di luar dugaan. Kaca dan permata yang ku sangka tidak akan melukakan telah bertukar menjadi belati melapah bukan sekadar hati malah jiwa…. Justeru itu apa lagi yang tinggal untuk aku…. kepercayaan…. Erm! Bolehkah ku sandarkan terus sebuah kepercayaan yang dalam tenang disimbah asid kepura-puraan…. Ternyata pemahaman tentang siapa aku terlalu jauh untuk di gapai dan aku pula bukan insan yang suka menterjemahkan perilaku. Mungkin mudah untuk sebuah perkenalan bermula, tapi sukar untuk menyelami dan memahami perilaku dan tingkah serta keperibadian insan di sebalik perkenalan itu… Mudah mengungkap Sahabat, tapi pengertiannya payah untuk kita halusi….. aku tidak mungkin akan merajuk dan tetap mendoakan kesejahteraan semua yang telah bertahta dibawah singgahsana kasih sayang yang tak seberapa dari sekeping hati milik insan seperti diriku....... dan tak mahu diriku terus terlabel sebagai insan yang tidak tahu bagaimana menghargai bantuan dan pemberian yang telah di hulurkan oleh orang lain..... Sekalung terima kasih yang tak terhingga ku kalungkan buat semuanya...... Hilang ku tak akan mencacatkan..... tiada ku pasti tak akan menjejaskan apa-apa... lantaran aku sekadar melukut ditepian gantang.... ada tak mungkin menambah dan tiada mungkin lebih membawa faedah...... Apakah aku terlalu emosional tanpa rasional atau .........

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.

Sahabat yang setia bagai pewangi yg mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah

"Uquwwah itu... bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir TETAPI.. pada ingatan seseorang terhadap SAHABAT yang dianggap SAUDARA dalam DOANYA yang tak akan putus…..dan tidak pulak menganalisa aib atau dhaif yang dimiliki oleh orang yang dianggap sebagai SAHABAT……."

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home