Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Thursday, March 01, 2007

Terpujuknya sekeping hati

Dia: Assallammualaikum. Hai DSana. How are U?

Aku: [Gulp…. Terpaksa menelan liur sebelum menjawab salamnya]. Waalaikummussalam. Erm Okey… [masih lagi terkezut baboon dan terkedu tahap chimpanzee]

Terdengar dia ketawa….. entah apa yang lucu dari jawapan yang aku bagi, hanya dia yang tahu, tapi entah kenapa tawanya berjaya mengusik emosi keperempuanan ku. Ahhhh kes berat ni.

Aku: Mimpi apa semalam? Tetiba aje DSana talifon DSini?

Dia: Erm…. [Seakan cuba mengingat sesuatu.] Rasa macam mimpi ada orang tu tak tenang. Di serang resah gelisah sejak beberapa hari yang lalu. Betul ke apa yang DSini agak, DSana tak okey sebenarnya. [Aduh saliha… Ni sekadar serkap kain jarang untuk aku bercerita ke atau memang dia dapat merasakan sesuatu??? Biar betul… biar betul betul… nanti tak payah nak diperbetul… alamak ternyanyi pulak…. Ni lah padah bila otak dah senget…..]

Aku: Tak adalah. DSini okey. Hai! Sejak bila menuntut ilmu nujum ni? Berguru dengan Pak Belalang ke? Hahahhahahahhaha. [aku cuba ketawa untuk sembunyikan rasa hati yang dah mula tak menentu. Sedih mengusik perasaan. Oppsss control… control…. tak kan aku nak nangis…. tak pasal jatuh saham]

Dia: Really…. [terdengar suaranya separuh mengejek. Mesti dia tak percaya dengan apa yang aku cakap. Hampeh……]

Aku: Eh DSana! Kalau tak silap DSini, result exam hari tu dah keluar kan. So macamana? [cepatnya aku tukar channel]

Dia: As usual, DSana memang pakar dalam bab tukar channel ni kan. Pandai pusing topic. Well, let’s make a deal. DSini beritahu result exam dan DSana jawab atau cerita apa yang tersimpan. Amacam? [Gulp… sekali lagi aku menelan liur…. Dia benar-benar tidak berolok kali ini. Makin bijak memerangkap aku. Anak siapalah ni ekk….]

Dia: Hello… ada orang tak…. tak payah nak beranganlah DSana. Dari intonasi suara pun DSini dah boleh agak. You not okey like what you mention before. Come on. Jangan praktikkan satu sifat baru yang tak ada dalam diri. Kalau nak diikutkan membohong tu tak digalakkan langsung walau dalam apa jua situasi hatta untuk melepaskan diri sekali pun. You can’t do that to me.

Aku: Well, mana DSana tahu DSini bohong bila DSini cakap yang DSini okey tadi? [aku mula mencabar ketokohannya mempertahankan hujah]

Dia: Hahhahahahahhahaa bila seseorang itu tidak punya kepakaran dalam sesuatu yang hendak dilakukan, maka mudah bagi orang lain mengesan kepincangannya. Lagi pun instinct DSini cukup kuat mengatakan yang DSana tak okey. [betul ke semudah itu dia dapat mengesan. Biar betul mamat ni…. dah berkurun tak called aku, tetiba hari ni terus terjah aku dengan jawapan yang aku tak boleh nafikan. Kat manalah dia bertapa.]

Aku: Wah! Terrorlah DSana… boleh rasa apa yang orang lain rasa ekk… boleh lah berguru macam ni. Jadi protégé. Tunjuk ajar ku Sifu…. Hahahhahahaha [sambil tu aku terus gak ketawa bagi menutup rasa yang dah berbagai perisa ni.]

Dia: Banyaklah DSana punya Sifu. Key, tell me what happen to you. [Dia terus menerpa aku dengan pertanyaan]

Aku: If that was a price I have to paid, key… deal accepted. So bagaimana dengan result hari tu? [nampak gayanya aku tak ada pilihan kerana memang dia langsung tidak peruntukan sebarang talian hayat untuk conversation hari ini. Uhuhuuuu…. Cendekel….]

Dia: Two of Three. Okey lah… Cuma paper yang DSini confident boleh lulus sangkut sedangkan dua paper yang rasa cam tak okey… lulus pulak. So nanti kena sit for one paper. Apa pun DSini tetap bersyukur.

Aku: Tu lah. Orang selalu kata, don’t lead with over confident dalam apa jua yang kita lakukan. Tapi DSini yakin, DSana bukan sekadar lead with all you confident, tapi dah memang study hard for that kan. Kalau tak masakan boleh lulus dengan baik dalam paper yang bukan pilihan. Apa pun tahniah. Bila nak belanja.

Dia: So, now your turn. [Ah… dia benar-benar menagih perjanjian yang aku dah setuju tadi]

Aku: Tak ada apa lah…. Hai! Tak kan dah berkurun tak called, tetiba pagi ni called terus tanya soalan canggitu. At least tanya lah bila DSini free, so DSana boleh set time and place untuk belanja makan atas kejayaan DSana dalam exam tempohari.

Dia: Itu tak jadi masalah, tapi DSini tetap rasakan yang DSana tak okey. Sorry, DSini benar-benar sibuk. Bukan tak nak called, tapi…. Ah…. Kalau DSini cakap pun mungkin DSana rasa DSini saja buat alasan. [Terdengar dia mengeluh membuatkan aku termenung. Ni sapa yang dengar citer sapa ni… yang dia rasa serba salah tu kenapa pulak…. aduh saliha, makin musykil aku dibuatnya]

Aku: It’s okey. DSini faham dan semakin faham dengan tuntutan tugas DSana. Not to worry and you no need to naik lori. Macam yang DSini cakap, DSini okey. Permasalah biasa dalam kerjaya. Still boleh handle, tak perlu untuk hand over pada orang lain. [aku masih cuba berselindung. Aku tak mahu buat dia susah atau risau dengan apa yang sebenarnya sedang aku hadapi di office]

Dia: I’m not a good friend for you, did I?

Aku: Kenapa cakap macam tu? Buat DSini, DSana adalah kawan dan SAHABAT terbaik diantara sahabat-sahabat yang DSini ada. Dahl ah… jangan risau. Apa pun you instinct was right. DSini memang tak berapa okey.

Dia: Don’t you think you want to share with me? [pertanyaan lembut darinya membuatkan aku rasa sebak. Itulah sikapnya. Carring walaupun hakikat dia tak tahu apa yang sedang aku alami malah bebanan tugasannya sudah terlalu banyak untuk diberikan perhatian. Namun dia masih cuba untuk menawarkan perkhidmatan yang tidak memerlukan aku membayar harganya. Ah…….]

Aku: Well, macam yang DSini katakan tadi, DSini masih boleh handle lagi. I mean it dan rasanya belum sampai ke tahap yang serius atau kritikal yang boleh membuatkan DSini hilang perhitungan mencari penyelesaian. Apa pun thanks a lot sebab concern. Really appreciated it. DSini akan cari DSana kalau DSini dah nak masuk ICU dengan masalah ni, key. Hai! Bertuah DSini dapat sahabat macam DSana.

Dia: It’s okey. That what friend for kan. Berkongsi masalah andai salah seorang sedang mengalaminya. Apa pun ingat ni, lebih banyak yang mampu digarap bila emosi terusik. Luahkan. Tuliskan apa saja. Mungkin kaedah itu lebih mudah untuk DSana lakukan dari bertentang suara dengan DSini begini. DSini tunggu email dari DSana. [aduh, dia masih tidak berputusasa mencari formula agar suiz penjelasanku terbuka tapi not for this time.]

Aku: I’ll try… but not as a promise. DSana, DSini ada report nak review sebelum serahkan pada boss dan rasanya staff DSana pun tengah gelisah sebab nak jumpa DSana kan. Kita sambung kemudian aje lah yer.

Dia ketawa mendengar kata-kata ku. Mungkin mengerti akan maksud yang tersirat.

Dia: Okey, apa-apa pun, work smart key dan don’t be too stress dengan segala yang dibebankan. Ingat tu. DSini ada meeting sebenarnya bukan staff nak jumpa. Actually dah lewat lima minit, tapi tak apa. Sesekali biarlah diorang pulak tunggu. Assallammualaikum dan kerja baik-baik.


Aku : Waalaikummussalam dan hidup baik-baik untuk DSana juga. Thanks again for calling me.

Aku termenung sendiri selepas gagang talifon berlabuh kembali ke tempatnya. Ah... benarkah dia dapat merasakan sesuatu tentang apa yang aku alami atau sekadar serkap jarangnya sahaja. Aku terkadang keliru..... dah lama dia tak contact aku, tiba-tiba called terus bertanyakan tentang apa yang sedang aku hadapi.... erm... haruskah aku menceritakan segalanya..... Aduh saliha.... Awak... Awak memang baik tapikan kita tak sampai hati lah nak bebankan awak dengan segala masalah yang kita sedang hadapi sebab kita tak reti nak bercerita.... nantilah ekk..... kita timbang-timbang dulu.. nak story ke tak nak......

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home