Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Friday, February 02, 2007

Tribute buat seorang teman…..



















Trisya ku sayang…..

Tulisan ini ku tujukan khusus untuk mu justeru aku ingin merakamkan segemerlapan ucapan Merci De amor ku untuk mu begitu juga untuk Novelist pujaan hati mu….
Ramlee Awang Murshid adalah novelist pujaan temanku. Setakad ini sudah tiga buah karya penulis ini berjaya mencuri perhatian dan hatinya. Laksana pertemuan Haryani dan Laksamana Sunan di alam yang sukar dimengertikan, Cinta Ryu-Watanabe Risham dengan Noriko, begitulah Trisya dan karya Ramlee Awang Murshid. Ehem….tak sangka ekk, menerusi penulisan pun boleh curi-curi. Pada awalnya aku tak kenal langsung dengan penulis ini biarpun namanya tetap berada sebaris dengan novelist2 yang sudah mencipta nama bersama Alaf21 hinggalah aku disogokkan dengan buku beliau bertajuk Bagaikan Puteri. Erm awal bacaan… aku pening sendiri sebab terpaksa turut sama masuk dan meresapi dua alam yang beliau ciptakan yakni reality dan boleh ke aku kata illusi…. Namun it’s not bad actually… garapan yang tercetus dari gaya bahasa dan persembahan yang tersendiri membuatkan karya beliau punya keunikan.

Sewaktu aku membaca Bagaikan Puteri, aku seolah dibawa ke dua dimensi yang berbeda. Haryani yang merantau hingga terdampa ke zaman Laksamana Sunan sering membuat diri bagai digamit keseraman dengan watak-watak yang tiba-tiba berubah menjadi makhluk yang mengerikan. Percintaan yang wujud terlalu jauh hingga tidak mampu dijangkau oleh akal yang sejengkal, tapi itulah kelebihan yang dianugerahkan pada seorang penulis. Mampu membawa minda pembaca merentasi ruang yang entah di mana paksinya. Reality dan illusi disatukan dalam garapan yang cukup cantik tersulam bersama plot dan subplot yang terjalin antara satu sama lain. Dani di alam nyata berusaha membawa Haryani pulang, Laksamana Sunan di dimensi yang entah dimana berpaksi bersungguh tidak mahu Haryani terus bersamanya biarpun cinta kasih sudah berbunga dan menguntum. Akhirnya pengorbanan dibuat demi melihat orang tersayang terus bahagia, tapi Dani pula hilang dalam Tsunami yang melanda.

Waktu cuti semalam aku menjamu minda dengan karya kedua beliau Hatiku di Harajuku yang berjaya ku rembat dari koleksi temanku. Itu pun setelah meninggalkan watikah pesanan agar buku tersebut ku jaga serapi mungkin. Amboi…. tapi aku tetap menghormati hak milik seorang sahabat yang akrab bangat dengan aku. Aku faham betapa sayangnya dia pada novel-novel ini. Kisah yang cukup menyentuh perasaan. Sebuah perjalanan kehidupan yang terpaksa ditempuh dalam takdir yang tidak bisa dilawan oleh kudrat manusia sekerdil kita membuatkan Risham nekad untuk menyiapkan dirinya menjadi seorang Yakuza dibumi asing meski dia tahu bahaya yang menanti bukan satu permainan bersifat monopoli sebaliknya nyawa jadi pertaruhan. Cinta yang datang menyelinap dalam hatinya tidak mengentarkan jiwa untuk menjadi seorang Samurai. Kehadiran sepasang “Tou Aii” yang dihadiahkan pada Ryu-Watanabe dan Noriko bagaikan lambang cinta seorang yakuza yang amat digeruni malah keduanya adalah samurai yang mahir melenggok dan melenggangkan pedang cinta yang sudah banyak menghirup darah dalam pertarungan yang bakal disudahi dengan kematian. Biarpun begitu, tunjang keagamaan yang wujud dalam diri, membuatkan Risham insaf dan sedar akan kesilapan dalam menafsir takdirnya lantas taubat menjadi penyuci segala noda dan dosa zaman lalu. Biarpun Cinta Sabrina luhur terhadap dirinya, tapi Aii Shite Ru diantara Ryu-Watanabe Risham dengan Noriko Nagamura teguh seteguhnya Gunung Fiji yang diserikan dengan senyuman bunga-bunga sakura yang berkembang indah.
Kini aku nantikan Cinta Sang Ratu yang masih dalam proses pembacaan temanku. So bila dia dah selesai baca, boleh lah aku pula bawa minda aku ni menyelami sambungan kisah Bagaikan puteri dulu. Ah… aku benar-benar dah teruja dan tak sabar nak membacanya….

6 Comments:

  • At February 4, 2007 at 3:00 PM , Blogger Purpleheart said...

    Dalam banyak2 buku cuma baca Bagaikan puteri aje.. best gak.. walaupun ada flashback dan tetiba dialam nyata, tapi menarik sangat.

     
  • At February 5, 2007 at 1:20 AM , Blogger Mersik said...

    Yuu huu tuan pu3 , amboi2 minat dia ke? hik hik

    Nape masa jamuan dulu tuh nak ngendeng2 kat Abg Ramlee tuh.. borak2.. gambor2..sain2..

    Haa malu ek? kekeke alahaii

     
  • At February 5, 2007 at 2:37 PM , Blogger triSYA said...

    walla!! that what sets Abang Ramlee apart from the others novelist pu3.. you know pu3, trisha really proud of him.. as me anak sabahan too.. tapi sayang trisha tak berkesempatan bertemu dengannya heheee.. apa pun just send my regard to him.. umuahhh!! untuk pu3!

     
  • At February 6, 2007 at 11:17 AM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    hai purpleheart... well sebenarnya bila dah baca sebuah karya beliau, naluri akan terpanggil untuk ikuti karya yang seterusnya. Cuba baca Hati ku Di Harajuku... tak akan mengecewakan.... best... Recomment dari aku.... gerenti sembelih leher ayam punya ko tak akan menyesal. Dalam suka, dia bawa kita bercinta, dalam cinta, dia usik naluri kita menangis. Pengajaran terselit di mana-mana, yang akhirnya pasti menerbitkan rasa insaf dihati kecil bahawa tiap yang diciptakan pasti punya keistimewaan.....

     
  • At February 6, 2007 at 11:19 AM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    Yo pokcik mersik...
    macam tak tahu pulak. Si pu3 ni kan pemalu gerangan orangnya. Bertentang mata dicelahan peminat beliau seakan memberi peluang untuk cuba mengenali. Nak ngendeng2 tu tak reti apatah lagi nak expose untuk bergambar bagai.... apapun memang hati udah tertawan... tertawan dengan karya dan cara cerita yagn digarapnya

     
  • At February 6, 2007 at 11:21 AM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    Well Trisya.. 1st of all, sepatutnya hamba harus mengucapkan setinggi ucapan trima kasih kepadamu kerana perkenalkan buku beliau dan sudi punya meminjamkan yang seterusnya. Betul kata orang tua2... tak kenal maka tak cinta, bila dah baca terus terusik hati hingga terlahir rasa cinta terhadap karya beliau. So nanti jangan lupa pass buku terbaru bila selesai membacanya key.... muaahhhh gue cayang bagat ama lu... :)

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home