Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Thursday, February 22, 2007

Tiada yang mampu diucap......

Ahad lalu, tarikh keramat milikku hadir jua. Bertambah setahun lagi usiaku di persinggahan yang sementara ini. Ya Allah, ku panjatkan kesyukuran ini justeru dengan keizinanMU, aku masih betah di sini meneruskan pengambaraan yang masih belum bertemu nokhtah akhirnya. Namun dalam pada aku gembira menyambut ketibaan tarikh keramat sepertimana lazimnya, aku tetap diulit rasa sedih lantaran makcikku yang lebih mesra dengan panggilang Mak Yang kian menampakkan keuzurannya. Ah.... sudah lebih empat tahun dia menderita akibat kanser payudara dan sejak setahun kebelakangan ini, penyakit yang menjadi pembunuh nombor satu itu kian memperlihatkan kemegahan. Dari stage 3, terus melonjak ke tahap kritikal, namun Mak Yang tetap bersabar dengan segala ujian dan dugaan yang diberikan padanya. Jarang ku lihat dia mengeluh atau bersedih. Kehidupan yang singkat, diteruskan seperti tiada apa yang dirisaukan. Dia seakan sudah bersedia biar apa jua keadaannya. Lebih menyedihkan aku, bilamana Mak Yang bersungguh-sungguh untuk mengadakan majlis doa selamat sempena kehadiran tarikh keramat milikku. Ahhhhh Mak Yang..... aku kaget dengan ketegasannya itu malah sepanjang program itu berlangsung dari tengahari, dia kelihatan cukup riang tanpa menghiraukan keuzuran yang terpaksa dilawan. Kami melalui satu situasi yang terlalu berbeda. Tidak pernah ku lihat Mak Yang sebegitu gembira, bercerita akan peristiwa yang pernah dilaluinya bersama denganku, berkongsi tawa dan senyumannya sentiasa menghiasi wajah. Dia tenang dalam gundah yang sengaja dilemparkan entah ke lubuk mana. Malam itu Mak Yang tersandar keletihan. Banyak juga ku lihat Mak Yang menjamah laksa yang dimasak oleh Mak Long untuk majlis itu, begitu juga dengan juadah-juadah lain. Apa yang pasti, majlis itu benar-benar memberikan kegembiraan pada dirinya.

Esoknya, rumah kami gempar bila Mak Long menjerit dari bilik Mak Yang. Tergesa-gesa seluruh isi rumah menerpa. Sayu hati ku bila terlihat Mak Yang sedang nazak. Sekelip mata ruang yang tadinya sunyi kini mula ditamu gemersik bacaaan surah Yassin.Masing-masing tenggelam dalam perasaan yang sukar diungkap. Tidak putus-putus syahadah dan ayat-ayat suci dibisikkan ke telinga Mak Yang dan dengan penuh kesukaran, dia mengikutnya perlahan-lahan. Tepat jam 11.50 pagi, Mak Yang menghembuskan nafas terakhirnya. Aku sekadar melihat dalam linangan airmata. DariNYA kita datang dan kepadaNYA jua kita pasti akan kembali. Aku redho melepaskan Mak Yang justeru aku tahu bukan sedikit kepayahan dan keperitan yang ditanggungnya untuk melawan penyakit yang dihidapi.

Bagai terdengar-dengar kata-kata akhir Mak Yang tika kami bersantai pada malam tarikh keramatku...... di petik dari lagu filem cinta......


Cinta….
Tegakan hatiku
Tak mahu sesuatu merebut engkau
Naluriku berkata tak ingin berulang lagi
Kehilangan cinta hati bagai raga tak bernyawa

Aku junjung petuamu
Cintai dia yang mencintaiku
Hatinya turut berlayar kini telah menyepi
Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia


Takala ungkapan itu diungkapkan oleh arwah Mak Yang, aku masih lagi kabur, tapi setelah lagu itu ku dengar berkali-kali dan ku teliti serta halusi, aku akhirnya mengerti apa maksud tersirat dalam segala yang tersurat. Terima Kasih Mak Yang justeru mengingat dan menyedarkan aku. Moga dirimu aman di SANA dan ditempatkan bersama golongan yang solehah di sisiNYA.........

5 Comments:

  • At February 22, 2007 at 4:12 PM , Blogger Pawana Malam @ Ct Nur Jane Makni said...

    alfatihah untu mak yang....
    kanda chempaka tenang2 aja ya...

    dan sorry dinda terlewat ucapkan slmt hari lahir buat kanda...

    kanda sihat?dah mkn ka?kanda..dinda rasa seronok sekali membaca perbualan kanda dgn si dia yang kanda panggil "disana.." cute sekali..hehhehe

    oka kanda..mandi jgn tak mandi tau..heheh...bau sampai sini..hehhe

     
  • At February 22, 2007 at 6:31 PM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    hai adindaku ku sayang. Terima kasih kanda ucapkan. Benar... DariNYA kita datang dan padaNYA jualah kita pasti kembali. Apapun bagi yang masih di sini, kehidupan harus diteruskan. Duka dan luka sisipkan dikamar hati. Biar usah biarkan airmata terus menjadi cermin membiaskan arca kesedihan itu pada pandangan.

    Dinda suka perbualan kanda dengan DSana... ehheheheheh cute... apa yang cute... DSana ke... isy makin perasanlah jawabnya kalau dia tahu....

     
  • At February 23, 2007 at 4:13 PM , Blogger Abang Long said...

    BERSABARLAH wahai adinda Tuan PU3salju. ALFATIHAH.

     
  • At February 25, 2007 at 4:10 AM , Blogger Unknown said...

    Innalillahi wa inna ilaihi rajiun...salam takziah di atas pemergian Mak Yang adindaku pu3 daripada kanda berdua di sini. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT. Amin. Bagi adindaku pu3 dan keluarga, usahlah bersedih hati. Berdoalah, semoga rohnya ditempatkan di antara roh orang-orang yang beriman.

     
  • At February 25, 2007 at 5:37 PM , Blogger Pawana Malam @ Ct Nur Jane Makni said...

    ehehhe...apela kanda ni...

    manalah dinda tahu dia tu cute ke idak..sbb x nmpk mukanya..hehe..kalu nmpk baru boleh describe..hhehe...
    kanda kenapa x mau amik d'sana jd teman hidup...?adakah sudah serik?hehhehe..kanda...brg yg lama usah dikenang...pasti kan pergi jua..bila tiba masa..chewwaahh..mmmuuuaahhhh untuk kanda..hehhe

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home