Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Friday, February 02, 2007

Renungan itu …

Renungan itu mendebarkan sukma… ahakszzzz

Perlahan-lahan pintu perpustakaan dikuak lantas teragak-agak mengatur langkah. Matanya tercari-cari seraut wajah insan yang pastinya ada dicelah-celah manusia yang menghuni ruang itu

“ Hai tuan puteri! cari siapa? Kenapa lambat hari ini. “ sergah Alisya membuatkan jantung Firyal Rifdah seakan terhenti. Kakinya bagaikan terpahat lantas memaku terus ayunan langkah yang baru ingin dimulakan..

“ Ya Allah huakbar Esya.. terkezut baboon aku…. nasib baik aku tak ada sakit jantung, kalau tak, tak pasal je aku jalan dengan sergahan ko tu. “ marah Firyal Rifdah sambil mengurut dadanya.

“ Ala kalau ko ada sakit jantung, apa susah; kan IJN dekat. Aku usung lah ko pi sana. Ha! Apa kes ko lambat hari ni. Terlajak tido ke. “ tanya Alisya sambil tertawa melihat reaksi gadis itu.

“ Ko ni kan.. Erm sebenarnya jam loceng aku buat hal. Tah kenapa, pagi ni tak nak berbunyi pulak. Nak kata tak ada bateri, rasanya aku baru je ganti. Eh! Ko yang tercegat macam tiang bendera tu kenapa? Ada orang nyanyi lagu kebangsaan ke? “ Firyal Rifdah menepuk bahu temannya. Hairan dengan refleksi yang tiba-tiba itu.

“ Ko tengok mamat dua orang yang baru masuk tu Rif. Amboi! Handsome nya. Kalau lah jadi boyfriend aku, sure aku lah gadis paling bertuah dalam dunia ini “ ucap Alisya sambil matanya menyorot pada dua orang makhluk yang bertentangan jantina sedang mengatur langkah dengan machonya.

“ Dan mamat tu pulak akan jadi orang paling malang sebab dapat cewek macam ko yang punya cowoks-cowoks sekeliling tubuh. “ pintas Firyal Rifdah pantas. Kepalanya digeleng beberapa kali dan akhirnya tersenyum.

“ Ko ni kan, tak beri sokongan moral langsunglah. “ rengus Alisya geram. Matanya masih melirik pada kedua-dua anak muda yang seakan punya kuasa magnatik untuk terus menarik pandangannya.

“ Hello kawan, tengok orang tu sikit-sikit boleh tak. Ni, cases yang menimbun kat dalam fail yang masih tak bernombori tak akan berganjak kalau kita masih kat sini. Dah la, jom cepat. Tak kan ko nak bertapa kat library ni atau ko dah apply untuk jadi jaga kat sini tanpa pengetahuan aku. “ ucap Firyal Rifdah sambil menarik tangan gadis itu untuk menapak ke ruang yang memuatkan segala bahan berkaitan dengan apa yang mereka cari.

Alisya mecebik. Panjang muncungnya berdepa dengan tingkah Firyal Rifdah yang langsung tak mahu berkrompomi dengannya. Bukan luak andai jejaka tampan itu direnungnya malah mungkin cara itu boleh melonjakkan saham mereka ke paras yang lebih tinggi. Apa pun Alisya tidak boleh membantah apatah lagi gadis seperti Firyal Rifdah bukanlah suka dengan kegiatan sebegitu. Maka dengan penuh keterpaksaan dia menurut tapi sesekali dia masih cuba mencuri-curi dan meneropong ke arah manakah agaknya kedua jejaka terhangat di matanya itu sedang beristirehat.

“ Esya, engkau nak aku pinjamkan binocular ke ? “ tiba-tiba suara Firyal Rifdah kedengaran. Namun matanya masih terlekat pada sebuah fail tebal yang berada ditangan.

“ Nak buat apa dengan binoculer tu ? Ko terasa nak jadi ahli astronomi pulak ke? “ soal Alisya sinis. Kurang faham dengan soalan yang diajukan secara tiba-tiba. Wajah gadis disebelahnya ditatap pantas. Apa kena dengan minah sorang ni. Tersampuk apa ke... dia ni baca tax case ke atau case ahli angkasawan atau manusia kaji bintang. Biar betul. Lama direnung wajah yang sedikit terselindung disebalik helaian kertas-kertas difail yang berada di tangan.

“ Tak payah ko nak buat muka macam baboon tercekik biji durian. Bukan aku yang tersampuk, tapi engkau. Jasad saja yang ada kat sini, tapi fikiran dan tumpuan dok berlegar macam patung-patung warna kuning dalam iklan digi. Tu ha, mamat dua orang yang radar mata ko cari tengah laypark kat hujung meja sebelah sana. Dekat dengan rak bahan-bahan financial. Kalau tak malu, pegilah. “ selamba Firyal Rifdah bersuara. Di sembunyikan gelak yang mula mengacah di bibir bila melihat perubahan yang mula ketara pada empunya wajah. Tidak berhasrat untuk mengizinkan gadis itu terlihat apatah lagi melihat lukisan sebuah senyuman yang pasti akan memuncakkan rasa amarah.

Minah ni guna ilmu apa ha?Ilmu Alam ke Ilmu bimasakti? Macamana dia boleh tahu radar mata aku tengah usya mamat dua orang tu... alamak..malu nya aku..... Wajah Alisya sudah cemberut. Tak ubah seperti orang tergigit mangga muda yang masam kelat. Geram berbekas di hati bila tersindir secara tidak langsung. Pantas satu tamparan hinggap di bahu Firyal Rifdah. Menyeringai gadis itu sambil menggosok tempat pendaratan tamparan wanita yang jelas terasa peritnya.

“ Padan muka, perli aku lagi. Aku ni, bukan macam ko yang tak berperasaan bila tengok kaum adam. Patutlah sampai sekarang ko tak ada pakwe. Memang sesuai sangat berkasih dengan kertas dan buku kalau ko teruskan sikap canggini. “ sindir Alisya tersengih cuba mengumpan rasa marah di hati gadis itu, malangnya kata-kata yang terucap bagaikan tidak meninggalkan kesan. Langsung tidak terkutil jauh sekali berbekas. Sebaliknya Firyal Rifdah sudah menghamburkan tawa yang sedari tadi ditahan.

“ Ko ni betul-betul buat lawaklah. Dah, dah... jangan nak bazirkan waktu biar fikiran ko terbang sampai ke dunia tanpa sempadan. Masa bergerak, aku dah habis check tiga fail, tapi ko dari tadi satu fail pun tak habis lagi. Asyik berangan je. Nanti aku tinggalkan ko kat sini, ha; baru ko tahu.” Ugut Firyal Rifdah cuba menseriuskan wajahnya.

Alisya menarik wajah 14 setengahnya. Geram bila gadis itu langsung tidak mahu meyebelahinya. Dari semalam dia sudah keberatan sewaktu diberi arahan agar membantu Firyal Rifdah mendapatkan maklumat nombor kes yang tidak lengkap. Dia sedar tiada yang indah bila terpaksa membereskan assignment dengan gadis itu. Mereka mula memberi tumpuan pada tugasan. Masa beredar tanpa disedari. Masing-masing tenggelam dengan apa yang diusahakan biarpun sesekali terluah keluhan dari ulas bibir Atisya, namun sedikitpun tidak menarik perhatian Firyal Rifdah.

“ Esya, aku rasa cukuplah untuk hari ni. Dah lebih 4 jam kita kat sini. Otak aku pun dah rasa tepu asyik tengok case numbering. “

“ La, aku ingatkan ko tak reti nak berhenti. Aku ni bukan setakad tepu je... dah meloya macam orang tak jadi mengandung. Apalah ko Rif, kerja macam tak ingat dunia. Seronok ke. “ bebel Alisya sambil tangannya lincah mengemaskan segala peralatan. Dalam mindanya sudah terbayang kios Kenny Roggers, malah sesekali melintas pula Nando’s dengan ayam panggang yang seakan melambai-lambai... alahai... lazatnya.

Firyal Rifdah sekadar tersenyum mendengar sungutan temannya. Tercetus juga rasa bersalah justeru terlalu mengikut kata hati untuk menyiapkan tugasan yang terbeban di pundak bahunya tanpa memikirkan akan keadaan temannya, malah peruta yang sudah lama bertukar alunan muzik seakan sengaja tidak didengarinya.

Mereka bergandingan menuju ke parking. Setelah menyumbatkan segala khazanah ke dalam perut Satria hitamnya, Firyal Rifdah memandu perlahan, belum sampai semeter keretanya bergerak; tiba-tiba.... BULK...... terdengar dentuman di bahagian tepi sebelah kiri. Nasib dia sempat menekan break. Jika tidak pasti Satrianya akan mencumbui kembara yang masih terhegeh-hegeh di hadapannya. Kedua gadis itu terkejut dengan kejadian yang berlaku sekelip mata.

Terlihat dua susuk tubuh yang pastinya milik lelaki sedang memeriksa kenderaan mereka. Pantas dia membuka pintu kereta keluar untuk melihat keadaan keretanya pula. Dia mengeluh sendiri. Agak teruk juga. Pasti kuat rempuhan maut yang dilakukan oleh pemandu yang mungkin sedang berkhayal kononnya mengambil selekoh maut di litar F1 Sepang dengan memandu kereta Ferrari tanpa perlu menggunakan lampu signal yang telah disediakan.

“ Hello brother, ada pondok tol ke kat jalan depan tu. “ sinis kedengaran suara Alisya yang turut sama keluar untuk melihat kerosakan kereta temannya. Hairan rasanya dengan tindakan yang di ambil oleh pemandu itu. Apa perlunya membelokkan kereta sedangkan dia boleh terus keluar mengikut jalan yang ada di hadapannya.

“ Eleh, kawan awak yang bawak kereta macam siput tak cukup makan; nak salahkan orang pulak. Ada mata letak kat lutut. “ Firyal Rifdah terkedu, seakan pernah didengar suara itu tapi di mana yer... Dia memusingkan tubuh mengadap empunya suara. Sah! Kedua orang mamat yang dijumpanya pagi tadi. Mereka bertentang pandang. Ada riak terkejut dari kedua anak muda itu bila terpandang wajah Firyal Rifdah. Ek aleh! Minah ni lagi. Hari ni macam satu takdir pulak. Kejadian dari pagi tadi asyik membabitkan dia saja... gumam Farid dalam hatinya. Wajah gadis itu terus ditentangnya.

“ Kawan awak buat assessori ke lampu signal yang ada atau pun tak reti nak guna. Harap kereta je canggih. “ bidas Alisya geram. Sudahlah kereta temannya dilanggar tanpa sebab, kini kesalahan bagai sengaja dilempiaskan pada gadis itu. Akai tarak... Dasar pemandu tak berdisiplin. Desis hatinya sebal.

“ Teruk sangat ke kerosakan kereta kawan awak tu? Rasanya Jazz kawan saya ni lebih teruk dari satria tu. Tak ada pulak dia bising. “ suara tadi masih tidak puashati sedangkan yang terlibat dalam perlanggaran sekadar membisu.

“ Iyerlah, macamana dia nak bising kalau ada burung murai yang tak reti nak guna koma atau nokhtah. Membingitkan telinga aje. “ sindir Alisya sambil menjeling tajam. Mulut mamat sorang ni macam mak nenek, mengalahkan mulut pompuan. Aku cabai nanti baru dia tahu... desis hatinya sendiri. Pelik dengan mulut becok milik seorang lelaki.

Firyal Rifdah mengeluarkan handphone. Selamba menyalin plet number kereta yang ada disebelah malah gambar kemalangan itu juga di ambil bersama. Untung juga handphonenya punyai kamera, jadi kelengkapan yang ada digunakan sebaiknya.

“ Saya tak mahu bising-bising. Kalau awak tak puas hati, kita jumpa kat balai polis. Rasanya itu lebih baik dari terus kecoh macam ni. “ ucap Firyal Rifdah. Dia sudah mula mengatur langkah. Sudah lah tubuhnya letih, ditambah pula dengan mulut murai lelaki itu yang ternyata tidak tahu menggunakan koma jauh sekali nokhtah dalam pertuturan.

“ Saudari, errrrr maaf. Kalau boleh saya nak kita selesaikan di sini saja. Segala kerosakan yang saudari alami akan saya tanggung. “ tiba-tiba Hadif Raizal Isyraf memberikan usul. Wajah gadis itu ditentangnya penuh harap.

“ Kenapa, awak takut ye kalau kawan saya ni buat report? Dah sah-sah awak yang salah sebab tak berhentikan. “ ucap Alisya sambil matanya terus melekap ke wajah anak muda itu. Fullamak.... mamat ni lah yang aku usya masa kat library tadi. Aduh! handsomenya, tapi kenapalah kereta si Firyal Rifdah ni yang ko langgar. Hatinya bermonolog sendiri, serba salah dengan apa yang telah dihamburkan tadi.

“ Dah lah. Tak payah kecoh-kecoh. Lagi pun, sikap kawan awak yang membebel mengalahkan nenek kebayan baru belajar bercakap tu langsung tidak membantu; sebaliknya menyulitkan keadaan.Agaknya dia terlupa undang-undang negara ni, atau dia rasa dia sedang berada di Negara Wartakula. Key, kita jumpa di balai polis yer.“ ucap Firyal Rifdah sambil melangkah tapi dihalang.

“ Amboi, sedapnya bahasa awak. Dah la pagi tadi awak selamba kodok je langgar kawan saya. Ni kereta awak pulak terlanggar; kira adil la tu. “ sampuk Farid pantas. Wajah Firyal Rifdah ditenungnya konon untuk membuatkan gadis itu gementar, tapi ternyata sikap selamba lebih teserlah pada wajah yang berada di hadapan matanya.

“ Jadi, ni kes nak balas dendamlah. Key, saya nak tanya. Perlanggaran yang tak sengaja pagi tadi tu ada melibatkan kecederaan fizikal atau mental kawan awak ke? Kalau ada, saya dah sarankan agar dia pergi mendapatkan rawatan samada di hospital pakar tulang atau pakar jiwa dan billnya hantar saja pada saya. Tak kan itu pun tak faham atau perlanggaran pagi tadi dah membuatkan dia jadi seorang yang tidak boleh berfikir dengan apa yang dilakukannya sekarang ini?. “ Marah yang dipendam sudah tidak mampu di bendung. Lagi dia berdiam dan berlembut, seakan pemuda itu sengaja mengambil kesempatan. Wajah Hadif Raizal Isyraf ditenungnya lama.

“ Dah la Farid. Ko sebagai penumpang tak boleh masuk campur dalam hal ini sebab aku yang memandu. Memang salah aku, keluar dari simpang tak berhenti dan tak guna lampu signal. Saudari, saya minta maaf atas keceluparan tutur kawan saya tu. Saya minta jasabaik saudari, biarlah perkara ini kita tamatkan di sini saja. Saya akan bayar segala kerosakan pada kereta saudari. Saya minta maaf sekali lagi diatas segala kesulitan yang saudari hadapi. “ ucap Hadif Raizal Isyraf lembut. Dia mengaup wajahnya berkali-kali. Bahang kepanasan berada dibawah sinar matahari membuatkan dia makin keresahan.

Firyal Rifdah tidak menghiraukan sebaliknya mula mengatur langkah ke keretanya. Dari isyarat mata, Alisya faham temannya itu sudah lelah. Kepenatan yang mereka rasakan tadi masih belum berganjak dan bukan waktu yang sesuai untuk proses tawar menawar. Dia masuk ke dalam perut kereta dan tanpa berlenggah, Firyal Rifdah memecut Satria hitamnya meninggalkan kepulan asap sebagai cenderahati pada dua makhluk yang masih terpacak umpama pengawal yang mengawal dipintu masuk Istana Negara.....

Dan mungkin bila nanti kita akan bertemu lagi
Satu Pinta ku jangan kau cuba ungkit kembali
Accident yang pernah kita alami
Kerana semua punya cerita tersendiri


To be continue... ahakszzz ^ _ ^

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home