Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Monday, October 09, 2006

Talam Kacang Merah........













TALAM KACANG MERAH

Lapisan bawah - kacang merah
1 tin kacang merah [425 gm][mesin halus sikit]
225 g tepung beras
50 g tepung kanji
150 g gula
700 ml santan cair + sikit garam
pewarna merah

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Masukkan semua bahan kecuali kacang merah dan kacau rata. Tapiskan
3. Masukkan kacang merah yg dimesin dan kacau rata.
4. Masukkan adunan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak dalam 30 minit.

Lapisan Atas - santan
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat + garam sikit

Cara.
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan. Masakkan sikit adunan ni diatas api yg perlahan.
2. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan kacang merah tadi.
3. Kukus lagi selama 25 minit.
4. Sejukkan betui2 sebelum potong dan hidangkan.

Aku masih kepingin menikmatinya, tapi entah mengapa nasib masih tidak meyebelehi ku.... masih tidak ketemu.. meski sudah ku jejak beberapa bazaar Ramadhan yang diberikan oleh teman-teman, tapi apa yang ku idamkan, tetap tidak kelihatan...... sudah lah aku terpaksa mempertahankan stamina untuk bersama-sama dengan manusia yang entah datang dari planet mana.... meanhan rasa mual dan loya bila terpaksa sama-sama berpusu-pusu hanya kerana Talam Kacang Merah yang ku idamkan..... Aduhhhhh nampak gayanya, aku terpaksa juga bersinsing lengan untuk membuatnya sendiri.... tapi ahhhhhhh banyak mana sangatlah yang akan ku jamah sebenarnya.......

2 Comments:

  • At October 9, 2006 at 1:28 PM , Blogger Mersik said...

    Errr..cheff..elok jugak la tuh. Nanti dah siap tu ajak2 ler..pokcik nih dtg gegegegeg.. Apa2 tu oang kata , jalan2 cari makan..haaa

     
  • At October 9, 2006 at 1:38 PM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    hehehehehe iyerlah pokcik... tapi tak tahu lah bilanyer nak membuat... kerja di pejabat ni pun tah bila lah reti nak surut..makin puasa, makin banyak pulak yang dipinta... nantilah insyaAllah satu hari pasti terkabul juga impian untuk menikmati keenakan Talam Kacang Merah tu....

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home