Santai Minda
Payah nak diterangkan
Susah orang nak faham
Hanya diri sendiri yang merasakan
Nak menghubungi, takut dikata mengganggu ketenteraman
Jadi pendam-pendam walau sakit menikam
Apa pun doa tetap dititipkan
Mudah-mudahan dia beroleh ketenangan
Sakit orang bercinta lain pulak cerita
Hari-hari berlalu rasa cam lambat jer bertukar kalender
Berjauhan bagaikan siksa menanti hari perbicaraan
Adakala mengusik pulak perasaan
Kata kita just bertepuk sebelah tangan
Pada hal, tangan pun tak sampai hanya kita yang perasan
Aduh apalah malang kasih mekar dipenghujung perkenalan
Rindu pada kekasih hati
Tak susah untuk mengatasi
Apa yang perlu, kredit mesti full bukannya al-muflisi
Bila dah bertentang suara, rindu pudar sudah lah pasti
Kalau tak percaya boleh try test sendiri
Kita mula menjadi pengusung rindu
Bila ada waktu dia buat-buat macam tak tahu
Terkadang tension juga tiba-tiba Si DIA MEMBISU
Tapi nak buat macamana…. Jauh nya beribu batu
Puaslah kita memujuk… penat juga kita merayu
Agar kasih yang ada ditaman hati tak dibiarkan layu
Sudah suratan dariNYA kita tak bertemu dari dulu
Tapi awas aduhai teman
Bukan semudah ABC rindu itu ingin diusirkan
Terkadang hadir nya tanpa kita perasan
Mahu tak boleh tido malam resah tak keharuan
Asyik teringat asyik terbayang
Mulalah memasang angan-angan dalam impian
Bulan madu di awan biru bak cerita bangsawan
Tapi macam susah je nak direalisasikan
Apa sal ekk… woi sendiri tanya sendiri jawab lah kawan
Tak kan itu pun orang nak tolong habaqkan
Tapi kan pstttttttt bila diri dah umpama pelabuhan
Mesti susah nak halau bahtera kasih yang masuk tanpa minta keizinan
Tahu-tahu nakhodanya sudah beristirehat sambil minum teh secawan
Ditemani pula dendangan lagu Bukan Cinta biasa dari Cik Siti rupawan
Apa-apa pun pelabuhan tetap pelabuhan
Akan sunyi bila kapal terpaksa meneruskan perjalanan
Ada pelabuhan lain yang bakal menjadi persinggahan
Malah lebih baik dan selesa untuk istirehat yang berpanjangan
Justeru itu biarlah terus pelabuhan ini memerhati dari kejauhan
Bersama doa dan impian yang sekadar satu mimpi menemani peraduan
Sedang hakikatnya….. Kita ditakdir hanya untuk satu PERTEMUAN
Menyimpul dan menyimpan seribu satu KENANGAN
Yang bakal kita abadikan bila kita BERJAUHAN……
* Dedikasi istimewa buat seorang teman....*
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home