Renungkan sendiri
Dua hari sebelum syawal, aku sempat lagi turut sama menyibukkan diri membuat persiapan terakhir syawal.. cewah.. betul ke..... kira betul je lah. Aku ke carrefour di Wangsamaju. Jalan punya jalan dalam hipermarket tu, entah mengapa mata aku cam kena tarik ke ke satu sudut bersebelahan dengan warung kek KING's kalau tak silap lah yang ada dalam market tu. Kat tepi warung kek tu tersedia mesin minuman dan meja bar untuk minum. Yang paling menyakitkan mata, ada segelintir anak muda yang aku cukup pasti tentunya berbangsa Melayu dan dah tentu beragama ISLAM sedang duduk santai sambil memegang formcup yang dah tentu-tentu berisi minuman panas, tak mungkin cloroxs atau pun cecair pencuci kan... sempoi je.. muka selamba je macam ikan sardin dalam tin... langsung tak ada rasa malu dengan apa yang dilakukan... menyirap darah aku tengok.... aduh apa nak jadilah dengan generasi muda ISLAM masa kini. Dah la masa kat tempat parking tadi aku bertembung gak dengan beberapa orang aweks cun yang selamba kodok je pegang kun aiskrim McDonald's... aduh kalau iyer pun UZUR tak payahlah canang satu negara..... macam megah je jalan sambil menjilat aiskrim tu.... langsung tak ada rasa malu, kalau tak tahu apa maknanya malu pun, cubalah hormat sikit pada orang-orang yang berpuasa atau pun pada bulan Puasa ni lah.... ni tak... aku pandang sinis je pada depa dan depa pun pandang balik kat aku... agaknya heran kenapa kot atau pun kata ' ala menyibuk je minah ni tengok-tengok aku... aku punya pasal lah nak puasa ke tak.. nak makan ke tak... ' mungkin lah kot... tapi aku tetap renung mereka dengan satu pandangan yang biar mereka tafsirkan sendiri.... key beralih semula pada mamat-mamat kureng moral kat dalam market tadi.. memang langsung tak rasa apa-apa dengan apa yang mereka buat... dan aku.. bukan nak tunjuk yang aku ni alim sangat, tapi tah dari mana datangnya keberanian, aku terus mara ke arah mereka. Dengan lagak bodoh gak aku tanya... ' Dik, uzur ke... tapi rasanya tak kan, tengok pun segar bugar jer... ooooo barangkali period kot....dah berapa hari, kalau iyer pun period, rasanya lebih manis makan kat umah dari makan kat sini.... tengok tu semua pandang.. kalau tak malu pada diri sendiri pun, malu lah pada budak-budak kecik yang tentu tahu apa yang orang buat dibulan-bulan macam ni.....' lepas tu aku terus bla.... tapi sempat gak aku toleh untuk lihat reaksi mereka, manalah tahu kot mereka baling aku ngan formcup yang mereka pegang tu ke, tapi rupanya hanya wajah mereka yang berubah sedangkan kedudukan mereka tetap sama walaupun tak sesantai tadi.... entahlah.... sedih, marah, frust semuanya menyerbu dalam hati aku dan akhirnya aku ambil keputusan untuk terus BLA dari hipermarket tu.. tak ada mood nak terus menyibuk konon nak buat persiapan terakhir.......
3 Comments:
At November 1, 2006 at 3:35 PM , sharifah said...
Ya Allah....teruknya, kalau kat Terengganu setakat ni tak pernah nampak lagi manusia yang sebegitu tak tahu malu, kalau adapun bila kita pandang terus dia tunduk malu dan blah...ni dah kira kurang ajar...
At November 1, 2006 at 5:24 PM , Abang Long said...
Satu tindakan yang BETUL, CEPAT dan MESRA.
Apa pendapat kalau abang buat begini: Bila abang lihat je Abang terus tampar muka mereka.
Kalau ikut aspek undang - undang, siapa yang BERSALAH ?
Abang pasti seluruh MEDIA akan menyalahkan orang yang menampar.
Pendapat anda ?
At November 2, 2006 at 10:40 AM , pu3Chempakabiru said...
yup betul tu... orang akan menyalahkan sipenampar tanpa melihat apa relevantnya perbuatan sebegitu... tapi betul... masa lihat tu menyirap je darah ke muka... geram, sedih semua bercampur aduk... rasa nak amik je buah tembikai yang ada kat carrefour tu baling kat diorang, cam orang main bowling... baru depa tahu....
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home