Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Monday, February 26, 2007

Meriahkan dunia mu dan dunia semua….

Aku sebenarnya blur dengan benda alah ni… permaianan apa sebenarnya ni dan siapakah yang bertanggungjawab memperkenalkan permainan yang entah dari mana asal keturunannya. Tapi bila aku tengok dan teliti, well, not bad… boleh tahan gak, objektifnya mengikut permahaman masing-masing. Apa pun mungkin dari sini, kita boleh lah kenal sikit dengan kawan-kawan yang kita kenal walaupun kita tak tahu sejauhmana kejujuran dan ketulusan dari apa yang mereka tulis. Apa pun tak kisah lah kan.

Key, korang nak tahu apa yang paling aku tak suka tapi terkadang tu terbuat gak…. So… jom follow apa yang aku tulis di bawah ni. Key.. just check it out…. Ahaksz…..:


1 – Aku tak reti nak expressikan rasa marah aku pada orang. Selalunya aku diam dan cuba abaikan sedaya yang aku mampu walaupun aku tak nafikan perasaanku kerap rasa sakit bila hati tercalar. Agaknya kalau dada aku ni transparent, mesti boleh lihat calar-calar yang dah berbagai paten. Silap haribulan boleh kalah paten batik yang dok berlambak jual di Nur Alfa Batik sekarang ni. Ahaks…..

2 – Aku lupa dunia bila dapat buku… dari kulit ke kulit akan aku belek dan baca. Sampai boleh lupa tido andai kena dengan plot dan garapan ceritanya sebab rasa teruja nak tahu apa endingnya. Kesan daripada itu, sekarang ni tahap kerabunan aku dah makin tinggi….. hehehehhe padan muka aku……malah aku juga suka sangat menulis dan pantang jumpa kertas. Pasti ada saja yang akan aku tulis.

3 – Peminat setia citer cartoon animasi especially dari Jepun, malah aku ada koleksi tersendiri yang dikirimkan oleh kawan aku yang ada di Jepun. Sekarang aku tengah layanszzzz citer Prince of Teniss…. Aduh sikap selamba baboon si Ryoma tu buat aku suka bangat sama dia

4 – Sikap pemalu dan penakut ku begitu menebal bila bertemu dengan orang walaupun aku boleh jadi semesra-mesra alam sebelum bertentang mata. Aku akan jadi pendiam dan terus bisu kalau orang yang aku jumpa tu tak try buka kunci pada mulut dan sikap aku.

5 – Gelaran Princess in a family yang aku sandang membuatkan aku lemas dengan segala penjagaan rapi. Uhuuuuuu tak best langsung……

6 – Payah untuk kawan, teman dan rakan yang aku kenal menjadi SAHABAT buat diriku, sebab syaratnya agak ketat. Namun sekali insan itu aku iktiraf sebagai SAHABAT, ianya akan bermakna selamanya. Biasanya aku lebih suka jadi pendengar dan penasihat pada orang lain dari mereka mendengar dan menasihat pada permasalahan yang aku hadapi. Erm tu kira hipokrasi ke…. tapi rasanya tak.. cuma berhatikrasi jer kot… Eh! Istilan apa tu… ahahahhahahhahaha. Suka-suka hati aku je cipta istilah….. ahaks……

So selepas aku di “TAG” tanpa keizinan, sukacita aku maklumkan bahawa insan-insan di bawah ini bakal memperdengarkan atau mendedahkan rahsia rasmi diri mereka yang punyai perangai pelik tapi benar untuk diketahui oleh teman-teman seantaro blog yang mungkin masuk ke blog mereka. So jangan malu-malu. Bersama lafaz SILAKAN MENULIS, aku umumkan diantara 6 orang-orang bertuah yang telah ku pilih. Mereka adalah… jeng… jeng.. jeng…..

Pertama – Ebriza my honeybanny
Kedua – Kangaq the sempoi guy
Ketiga – Kak Lilyhaslina the great novelist
Keempat – Am the lovely Earth
kelima – elhakim the Headstone man

keenam – leeds the sporting gurl

Rules & Regulations:Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tagged them and to read your blog!

Thursday, February 22, 2007

Tiada yang mampu diucap......

Ahad lalu, tarikh keramat milikku hadir jua. Bertambah setahun lagi usiaku di persinggahan yang sementara ini. Ya Allah, ku panjatkan kesyukuran ini justeru dengan keizinanMU, aku masih betah di sini meneruskan pengambaraan yang masih belum bertemu nokhtah akhirnya. Namun dalam pada aku gembira menyambut ketibaan tarikh keramat sepertimana lazimnya, aku tetap diulit rasa sedih lantaran makcikku yang lebih mesra dengan panggilang Mak Yang kian menampakkan keuzurannya. Ah.... sudah lebih empat tahun dia menderita akibat kanser payudara dan sejak setahun kebelakangan ini, penyakit yang menjadi pembunuh nombor satu itu kian memperlihatkan kemegahan. Dari stage 3, terus melonjak ke tahap kritikal, namun Mak Yang tetap bersabar dengan segala ujian dan dugaan yang diberikan padanya. Jarang ku lihat dia mengeluh atau bersedih. Kehidupan yang singkat, diteruskan seperti tiada apa yang dirisaukan. Dia seakan sudah bersedia biar apa jua keadaannya. Lebih menyedihkan aku, bilamana Mak Yang bersungguh-sungguh untuk mengadakan majlis doa selamat sempena kehadiran tarikh keramat milikku. Ahhhhh Mak Yang..... aku kaget dengan ketegasannya itu malah sepanjang program itu berlangsung dari tengahari, dia kelihatan cukup riang tanpa menghiraukan keuzuran yang terpaksa dilawan. Kami melalui satu situasi yang terlalu berbeda. Tidak pernah ku lihat Mak Yang sebegitu gembira, bercerita akan peristiwa yang pernah dilaluinya bersama denganku, berkongsi tawa dan senyumannya sentiasa menghiasi wajah. Dia tenang dalam gundah yang sengaja dilemparkan entah ke lubuk mana. Malam itu Mak Yang tersandar keletihan. Banyak juga ku lihat Mak Yang menjamah laksa yang dimasak oleh Mak Long untuk majlis itu, begitu juga dengan juadah-juadah lain. Apa yang pasti, majlis itu benar-benar memberikan kegembiraan pada dirinya.

Esoknya, rumah kami gempar bila Mak Long menjerit dari bilik Mak Yang. Tergesa-gesa seluruh isi rumah menerpa. Sayu hati ku bila terlihat Mak Yang sedang nazak. Sekelip mata ruang yang tadinya sunyi kini mula ditamu gemersik bacaaan surah Yassin.Masing-masing tenggelam dalam perasaan yang sukar diungkap. Tidak putus-putus syahadah dan ayat-ayat suci dibisikkan ke telinga Mak Yang dan dengan penuh kesukaran, dia mengikutnya perlahan-lahan. Tepat jam 11.50 pagi, Mak Yang menghembuskan nafas terakhirnya. Aku sekadar melihat dalam linangan airmata. DariNYA kita datang dan kepadaNYA jua kita pasti akan kembali. Aku redho melepaskan Mak Yang justeru aku tahu bukan sedikit kepayahan dan keperitan yang ditanggungnya untuk melawan penyakit yang dihidapi.

Bagai terdengar-dengar kata-kata akhir Mak Yang tika kami bersantai pada malam tarikh keramatku...... di petik dari lagu filem cinta......


Cinta….
Tegakan hatiku
Tak mahu sesuatu merebut engkau
Naluriku berkata tak ingin berulang lagi
Kehilangan cinta hati bagai raga tak bernyawa

Aku junjung petuamu
Cintai dia yang mencintaiku
Hatinya turut berlayar kini telah menyepi
Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia


Takala ungkapan itu diungkapkan oleh arwah Mak Yang, aku masih lagi kabur, tapi setelah lagu itu ku dengar berkali-kali dan ku teliti serta halusi, aku akhirnya mengerti apa maksud tersirat dalam segala yang tersurat. Terima Kasih Mak Yang justeru mengingat dan menyedarkan aku. Moga dirimu aman di SANA dan ditempatkan bersama golongan yang solehah di sisiNYA.........

Friday, February 16, 2007

So... touching.....

Erm semalam aku balik rumah agak lewat... dah tu terpaksa pulak mencelah dalam hujan yang masih tidak tega untuk berhenti. Maka disebabkan aku rasa cam aku ni water proof, so dengan selamba kodoknya aku jalan hingga ke tempat aku letak kereta. Sampai rumah, aku dah rasa semacam. Sebenarnya memang dari dulu aku alah dengan hujan. Teringat masa sekolah, papa akan tunggu aku kat tepi jalan setiap kali hujan, tak kiralah hujan renyai-renyai atau lebat. Memang aku perlu diselamatkan kalau tidak jawabnya padahlah menanti. So semalam, aku cepat-cepat mandi dan basahkan rambutku. Usai segalanya, aku lihat ada satu bungkusan kat atas katil aku.... belek punya belek... dari Penang. Erm... [sambil aku usap dagu yang rasanya tak ditumbuhi sebarang janggut] dari sapa ekk.... tiba-tiba... OOooohhhhhh sambil tersenyum ala-ala Mr Bean bila tersedar akan sesuatu.... pantas aje aku koyakkan pembalutnya... macam budak-budak... isy... tak malu.... sabarlah sikit... ahhhhh peduli apa aku.... brown papar berjaya aku rabakkan tanpa belas.... tapi mataku terancap pada satu lagi pembalut yang kali ini cantik.... berhati-hati aku membukanya sebab salah satu kegemaranku memang suka himpun pembalut yang membungkus hadiah yang ku terima. Penuh gaya sopan santun ala perempuan melayu terakhir aku melaksanakan tugas itu. Bila selesai.... mata ku membuntang melihat isi yang termuntah. Sebuah handbeg yang memang SWEET sangat lebih-lebih lagi kalau aku yang gunakan.. ahaks.. dah mula perasan yang tak perlukan modal dan bayaran.. hehehhhhehe.... berlabuci warna biru..... ahaksssss macam datin-datin pulak aku rasa.... ada kad yang disertakan... dan bila aku buka kad tu terjatuh sesuatu..... dalam uncang kain organza, terdapat seutas rantai tangan yang cukup cantik..... bentuk tapak sulaiman [ i guest] berwarna puple... aduh terkedu aku.... tak kusangka akan menerima sesuatu yang buat aku terus hilang perbendaharaan kata..... malah kata-kata pada kad itu cukup menyentuh hati keperempuaanku yang terkadang tepu dan beku....

For my lobely honeybanny EBRIZA sayang.... thanks you so much... titipanmu amat ku hargai malah hari ini gelang mu itu ku gayakan ke pejabat dan akan terus selamanya bersamaku. Tidak ku duga seusia perkenalan yang masih muda ini, aku dikejutkan dengan hadiah yang buat aku tersenyum dan terharu. Tiada kata yang mampu ku zahirkan bagi menggambarkan apa yang ku rasa. Terima kasih sekali lagi..... ko tunggu pulak giliran ko...... akan aku pastikan ko juga akan terkezut kodok macam yang terjadi pada kodok-kodok seantero malaya... ahaks...... apa pun perkenalan yang terjalin sebenarnya merupakan satu hadiah hari lahir buat ku lantaran kesudian mu menerima diriku yang jauh kureng glammm dari ko yang dah punya nama sejak dilahirkan lagi.... ahhahahaahhahaha

Tak ketinggalan aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih.... arigatogozaimas pada kekandaku Nur Raina @ bungasakti nagasari atas kiriman seangkatan koalabear.... Thanks kanda... thanks so much.... kini koalabear pun jadi penghias di tempat peraduanku.... tiapkali pandang koalabear, seakan terpandang senyuman manis mu itu.... moga dirimu sentiasa diberkati dan murah rezeki di bumi orang...... dan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN HARI KELAHIRAN MU...... kita berkongsi tarikh walaupun berlainan tahun, hari dan waktu.........

Thursday, February 15, 2007

Tinta menari lagi…..

Aku: Assallammualaikum…. Hai D’Sana. Apa khabar? Lama D’Sini tak dengar berita…… [tah kenapa tergerak je aku called dia walaupun dah hampir dua minggu aku buat dek je…. ]

Dia: Waalaikummussalam. What’s the thousand surprise…. Ingatkan D’Sana dah lupa number phone D’Sini. Well, I’m fine, as usual.. busy giler. So how are U? [Uhuuuu tak sudah ngan bahasa owang putih dia….. ]

Aku: D’Sini macam selalu, busy tapi belum sampai ke tahap giler dan sihat seadanya walaupun kadangkala macam otak tepu dan mood menjunam laksana pasaran saham kena Lanina.

Dia: Hahahahhahahahhahhahahahha, Ahhhhhhhh letihnya hari ni. Erm sebenarnya D’Sini tak sihat sangat. Batuk… [uhukkkk uhukkkk uhukkkk…. terdengar dia batuk dan ternyata itu bukan satu perbuatan sengaja, kesian gak aku dengar] Balik ni kena makan panadol, kalau tanggung nanti tak pasal demam pulak.

Aku: Itu pemberitahuan atau pengaduan? [senyum dah mula mengacah di bibirku….. ahaks… ]

Dia: Pemberitahuan… rasanya tak salahkan. Tapi kalau D’Sana fikir D’Sini sekadar nak buat pengaduan untuk raih simpati, terserahlah. [Gulp…..Ai…. Sejak bilalah pulak dapat perangai baru…. Amboi! sensitive nampak…. Nak beralih bulan ke]

Aku: Sorry lah, bukan macam tu maksud D’Sini. Key let’s drop that topic, kalau tak sat ni jadi lain pulak. So… tak keluar ke semalam? [Cepat aku tukar chanel sebelum keadaan jadi tak menentu]

Dia: Nak ke mana???? Tak ke mana-mana. Di office sampai pukul 09.00 malam.

Aku: Tak ada dinner date ke? [sengaja aku memprovok. Konon nak cungkil rahsialah]

Dia: D’Sana, apa sebenarnya yang D’Sana cuba tanyakan. Kalau pasal Valentine's Day …. Rentikan ajelah. Erm… D’Sana sambut ke?

Aku: Kenapa….. [hheheheheh saja je aku nak main tarik tali. Tak best lak rasanya kalau straight to the point]

Dia: Kalau D’Sana sambut, sekarang juga D’Sini letak talifon atau D’Sana nak dengar khutbah percuma. [suaranya kedengaran tegas dalam satu rasa yang cuba tidak dizahirkan. Terkedu sekejap aku…. speechless sebab dia tak pernah seserius itu sebelum ini.]

Dia: D’Sana…. D’Sana…. kenapa D’Sana diam? So D’Sana sambut ke? [Dia masih mengulangi soalan yang aku sengaja tak jawab]

Aku: Agak-agak D’Sana macamana…. D’Sini sambut ke? [heheheheh saja aku ajukan persoalan menjawab kembali persoalan yang diberikan…. walaupun aku sudah dapat menduga apa yang bakal terjadi.]

Dia: Manalah D’Sini tahu. Tapi pun, D’Sini nak ingatkan. Bertaubatlah kalau betul D’Sana menyambut atau meraikannya. Don’t tell me you dunno anything and didn’t receive any info regarding that bullshit fiesta. [Gulp… sekali lagi aku menelan liur… dia benar-benar marah]

Aku: What such of info that U mean? [Wah! Beraninya aku…. saja menyimbah sedikit minyak pada darjah kemarahannya.]

Dia: D’Sana, Umat Islam yang faham akan akar umbi dan paksi agamanya tidak perlukan budaya atau amalan seperti itu yang cukup jelas bertentangan dengan yang telah ditetapkan pada kita. Ajaran Islam itu sendirinya sudah lengkap, sempurna dan dicantik. Kita tidak perlukan satu hari yang khusus sebagai budaya untuk expression kan segala perasaan. Tidak dengan pemberian bunga atau coklat yang cukup melambung harganya pada hari giler seperti itu. Lagi pun mustahil D’Sana tidak tahu apa hukumnya kalau kita meraikan atau menyambut perayaan itu.

Aku: Well, rasanya tak salahkan kalau D’Sana beritahu D’Sini apa yang D’Sana tahu…. [Seronok pulak dengar dia berhujah. Ah… itulah keistimewaan dan kelebihan yang dia miliki. Kepetahan dalam membahas isu tak perlu aku sangkal menjadikan dia seorang yang cukup aku kagumi]

Dia: D’Sini tak nak cakap banyak-banyak, tapi cuba klik pada link ni. Baca dan halusi apa yang diperkatakan oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria itu. Kenyataan ini sudah keluar beberapa hari sebelum tarikh tersebut, tapi dasar orang kita, apa yang disogokkan oleh dakyah kristian itu juga yang ingin dan suka diikuti. Nak kata tak reti membaca, kenyatan tu dalam Bahasa Melayu, nak kata jahil… erm mungkin, tapi kalau jahil sekali pun, kenapa tak mahu bertanya supaya kejahilan itu tidak terus memakan diri.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2004&dt=0212&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan
&pg=mh_03.htm

Aku: Ehem… macam sindir D’Sini jer… [aku sekadar mengusik, tapi jauh di sudut hati, aku amat faham dan bangga ada teman sepertinya. Cukup sensitive pada isu yang melibatkan aqidah dan bangsanya sendiri.]

Dia: Maaflah kalau D’Sana terasa, tapi bukan itu yang D’Sini maksudkan. [kedengaran lemah saja suaranya…. Tak tahu apa yang menerjah di fikiran setelah mendengar kata-kata ku tadi]

Aku… hahahahahhahahahhaa Don’t be the worrylah D’Sana, D’Sini tak pernah sambut since dulu dan insyaAllah tak akan sambut. Sebenarnya D’Sini saja nak try test D’Sana. Manalah tahu big shot yang glam macam D’Sana mesti ramai yang minat dan tak kurang yang jadi secret Admire. Kot lah dapat cokolat ke… bolah lah sedekah kat D’Sini. [Tawanya meledak sampai aku rasa itulah tawa yang paling boom yang pernah aku dengar. Mak Aiii dia ni… sukanya….]

Dia: Fuhhhh lega D’Sini dengar. Apa pun D’Sini percaya D’Sana bukan jenis yang mengikut membuta tuli akan sesuatu tanpa gunakan akal. [Kami sama-sama tertawa]

Aku: Key lah D’Sana. D’Sini ada kerja nak buat. Apa pun take care yer dan jangan buat ubat yang doktor bagi sebagai perhiasan. Kalau ada madu kat rumah, minum sesudu kecil sebelum tidur dan bila bangun tidur. Kurangkan minuman sejuk especially berais. Kalau ada gula batu pun elok gak untuk dibuat macam strepsil. Jaga diri dan hidup baik-baik. Assallammualaikum.

Dia: Thanks D’Sana sebab sudi called D’Sini. InsyaAllah D’Sini akan ingat bebelan pesanan D’Sana dan take care to you too and if I miss to call U on that time, Happy Birthday in Advance even tarikh keramat tu still hanging around the conner, tapi D’Sini will try with all my best to call. Waalaikummussalam.

Kami mengakhiri perbualan petang semalam dengan keceriaan. Aku pulak dapat kejutan yang sememangnya buat aku terus jadi bisu… speechlees langsung bila tiba-tiba lampu deparment aku terpadam dan terdengar suara-suara yang tak berapa nak sumbang menyumbangkan lagu yang sudah mereka ubah suai…

‘Happy besday to you…. The time will come thru….. Happy besday….. happy besday…. Happy besday in Advanve to you, The Time will come soon…. Surprice……. Happy Besday in Advance to U’

Sebiji kek bersama lentuk lengguk cahaya lilin disuakan kepada ku… Semua mata tertumpa pada ku…. Macamana pulak diorang ni semua tahu pasal besday aku this month… siap dengan Big Boss aku sekali join…. Fuhhhhhh rasa nak nangis pulak…. lama aku pandang lilin tu sampai member dok sound….

“Kalau ko nak nangis pun, simpan dulu air mata ko tu. At this moment, baik ko potong kek tu supaya cepat boleh kita kenduri….” Cheeseburger, pasal makan cepat je…. aku pun ikut cakap diorang. Kesian pulak aku tengok Blueberry cheese cake kegemaran aku tu… cam memanggil je supaya segera aku benamkan pisau yang sedari tadi aku pegang… Yang pasti tentunya kek itu….Yummmyyyyyyy

“Woi! Buatlah wish dulu…. Tak lah membazir kitaorang bersusah payah surpricekan ko dalam waktu-waktu Valentine's Day ni.” sorang lagi member aku mencelah… automatic otak aku teringat perbualan aku dengan D’Sana sebentar tadi….. apa pun aku yakin, nawaitu aku yang kukuh dihati hanya kerana mereka celebrate besday aku…. not because of Valentine's Day.

Aku sekadar senyum dan akhirnya pisau tepat ke sasaran serentak dengan tu juga tepukan menggamatkan suasana lebih2 lagi bila member dari department berjiran juga turut sama menumpang glam… heheheheh iyer ke aku glam semalam….. Rata-rata menyatakan yang aku bertuah kerana besday aku sama dengan Valentine's Day sedangkan hakikatnya… fuuuuuuuhhhhhhh tidak sama sekali… hahahahhaaha tipah tertipu…. Apa pun thank to all gengs dan boss aku yang bersusah payah membuat surprice untuk aku….memang menjadi apa yang depa rancang….. So bagaimana dengan tarikh keramat itu sendiri…. apakah masih lagi ada kejutan yang bakal menyusul…. Erm… tak terjangkau dek akal aku buat masa ini……


Happy besday to me..... hehehehehhehe perasan yang tak perlukan bayaran... ahaks.... Moga tahun ni lebih indah dari yang telah lalu. Menjadi aku insan yang lebih mensyukuri dan tabah dalam meneruskan sebuah perjalanan kehidupan yang masih panjang insyaAllah... dan dipermudahkan dalam mencari dan mencapai impian dan cita-cita ku.....

Monday, February 12, 2007

Luah… luahan….tulis.. tuliskan….


Hari ni tah kenapa mood kerja aku menjunam jatuhnya macam bungee jumping yang sememangnya tak pernah aku praktikkan. Aku pun heran.. kenapalah canggini.. apakah kerana hari ni merupakan first day kerja makanya terjadi semua ini… Ah.. macam tak logic pulak. Hati dan perasaan aku semacam aje…. Kejap okey.. kejap K.O. Jantung aku ni pulak sesuka rasa je main kejar-kejar… berlarian di pinggiran pandai…. Aduh, kalau nak masuk larian pecut pun, cakaplah ngan aku dulu….. ni tak….. yang sakitnya aku gak. Perasaan dan otak aku asyik berkelahi…. Woi… cubalah bawak berdamai… muafakat dalam apa yang diperkatakan.. ni tak… Otak kata lain, perasaan pulak protes… ceh….. lawan tokey ekk… patutnya aku yang kawal korang….. ni yang buat aku macam tak tentu arah…… isy….

Hati aku…. tak pasal-pasal jadi cengeng…. Sedih pulak rasanya… lembayung apa lah yang dinaunginya, aku pun tak tahu… siksanya kalau camni. Pada siapa aku nak mengadu…. Ahaks… uhuuu uhuuuuu….. Kerja masih banyak… konsentrasi pulak sesedap aje nak pi merayau….. kejap pi kedai buku lah.. belek novel2 baru yang berlambak kat pasaran sekarang termasuklah novel si Ebriza… Dia Dihati.. cam best je…. sapalah agaknya ‘Dia’ dihati tu ekk…. belek sana… belek sini.... beli tak juga, sampai mamak kedai tu jeling-jeling geram lah… Dey, tak mau beli kalu…. Kasi Keluar juga… Free reading juga tarak sini tau. Amboi mamak… cengelnya.. .. post balik India kang baru tau….Baru jadi tokey kedai buku dah berlagak…. Aku bakar satu kedai kang baru tau…. . Pas tu konsentrasi bla pi kedai mamak kat belakang office pulak… Teh Ais Mint satu… makan tak mau.. cewah….. selamba baboon je mengorder…. woi balik lah! aku nak siapkan kerja… kang mengamuk manager aku, baru ko tahu.. Tapi degil pulak konsentrasi ni, langsung tak kisah dan tak takut. Buat selamba kodok je… melaypark mana pot dia suka….. ah… tak boleh jadi.. kena perambat gak konsentrasi ni.. kalau tidak, pasti kerja aku tak siap hari ni dan aku yang bakal tanggung segala akibat… no way with many highway with tol every the way….

Apa pun aku kena kuat.. mana boleh aku yang follow perasaan, hati dan konsentrasi ni cam dalam iklan orang kuning tu… isy.. tak ada maknanya… sepatutnya tiga-tiga atau lebih unsur2 tu yang kena follow apa yang aku cakap atau arahkan… baru lah tak lawan tokey… tapi sesekali beri peluang kat depa, tak salah kan, tambahan pulak memang aku sendiri tengah ke konfiusan mood ni…. masih tercari-cari mood yang menyorok tah kat mana untuk siapkan tugasan hari ni… macam main police and thief masa kecik-kecik dulu lak rasanya…. Ah… dah dekat waktu lunch dah…. Kerja aku baru 40% siap….. lagi 60%...uwaaaaaaaaaaa kes naya aku hari ni… napalah perasaan, hati, jantung, konsentrasi dan yang sewaktu dengannya teramat tega membuli aku…… aduhhhhh… segalanya terhanger-hanger diatas pokok taugeh….. uhukkkkk

Satu persoalan yang tiba-tiba datang melayang... kenapa cokolat dan bunga sering dijadikan lambang cinta dan kasihsayang... kalau pompuan yang dapat, cam okey gak... tapi bila lelaki yang terima... ha... sapa nak jawab... ahaks.....

Friday, February 02, 2007

Tribute buat seorang teman…..



















Trisya ku sayang…..

Tulisan ini ku tujukan khusus untuk mu justeru aku ingin merakamkan segemerlapan ucapan Merci De amor ku untuk mu begitu juga untuk Novelist pujaan hati mu….
Ramlee Awang Murshid adalah novelist pujaan temanku. Setakad ini sudah tiga buah karya penulis ini berjaya mencuri perhatian dan hatinya. Laksana pertemuan Haryani dan Laksamana Sunan di alam yang sukar dimengertikan, Cinta Ryu-Watanabe Risham dengan Noriko, begitulah Trisya dan karya Ramlee Awang Murshid. Ehem….tak sangka ekk, menerusi penulisan pun boleh curi-curi. Pada awalnya aku tak kenal langsung dengan penulis ini biarpun namanya tetap berada sebaris dengan novelist2 yang sudah mencipta nama bersama Alaf21 hinggalah aku disogokkan dengan buku beliau bertajuk Bagaikan Puteri. Erm awal bacaan… aku pening sendiri sebab terpaksa turut sama masuk dan meresapi dua alam yang beliau ciptakan yakni reality dan boleh ke aku kata illusi…. Namun it’s not bad actually… garapan yang tercetus dari gaya bahasa dan persembahan yang tersendiri membuatkan karya beliau punya keunikan.

Sewaktu aku membaca Bagaikan Puteri, aku seolah dibawa ke dua dimensi yang berbeda. Haryani yang merantau hingga terdampa ke zaman Laksamana Sunan sering membuat diri bagai digamit keseraman dengan watak-watak yang tiba-tiba berubah menjadi makhluk yang mengerikan. Percintaan yang wujud terlalu jauh hingga tidak mampu dijangkau oleh akal yang sejengkal, tapi itulah kelebihan yang dianugerahkan pada seorang penulis. Mampu membawa minda pembaca merentasi ruang yang entah di mana paksinya. Reality dan illusi disatukan dalam garapan yang cukup cantik tersulam bersama plot dan subplot yang terjalin antara satu sama lain. Dani di alam nyata berusaha membawa Haryani pulang, Laksamana Sunan di dimensi yang entah dimana berpaksi bersungguh tidak mahu Haryani terus bersamanya biarpun cinta kasih sudah berbunga dan menguntum. Akhirnya pengorbanan dibuat demi melihat orang tersayang terus bahagia, tapi Dani pula hilang dalam Tsunami yang melanda.

Waktu cuti semalam aku menjamu minda dengan karya kedua beliau Hatiku di Harajuku yang berjaya ku rembat dari koleksi temanku. Itu pun setelah meninggalkan watikah pesanan agar buku tersebut ku jaga serapi mungkin. Amboi…. tapi aku tetap menghormati hak milik seorang sahabat yang akrab bangat dengan aku. Aku faham betapa sayangnya dia pada novel-novel ini. Kisah yang cukup menyentuh perasaan. Sebuah perjalanan kehidupan yang terpaksa ditempuh dalam takdir yang tidak bisa dilawan oleh kudrat manusia sekerdil kita membuatkan Risham nekad untuk menyiapkan dirinya menjadi seorang Yakuza dibumi asing meski dia tahu bahaya yang menanti bukan satu permainan bersifat monopoli sebaliknya nyawa jadi pertaruhan. Cinta yang datang menyelinap dalam hatinya tidak mengentarkan jiwa untuk menjadi seorang Samurai. Kehadiran sepasang “Tou Aii” yang dihadiahkan pada Ryu-Watanabe dan Noriko bagaikan lambang cinta seorang yakuza yang amat digeruni malah keduanya adalah samurai yang mahir melenggok dan melenggangkan pedang cinta yang sudah banyak menghirup darah dalam pertarungan yang bakal disudahi dengan kematian. Biarpun begitu, tunjang keagamaan yang wujud dalam diri, membuatkan Risham insaf dan sedar akan kesilapan dalam menafsir takdirnya lantas taubat menjadi penyuci segala noda dan dosa zaman lalu. Biarpun Cinta Sabrina luhur terhadap dirinya, tapi Aii Shite Ru diantara Ryu-Watanabe Risham dengan Noriko Nagamura teguh seteguhnya Gunung Fiji yang diserikan dengan senyuman bunga-bunga sakura yang berkembang indah.
Kini aku nantikan Cinta Sang Ratu yang masih dalam proses pembacaan temanku. So bila dia dah selesai baca, boleh lah aku pula bawa minda aku ni menyelami sambungan kisah Bagaikan puteri dulu. Ah… aku benar-benar dah teruja dan tak sabar nak membacanya….

Renungan itu …

Renungan itu mendebarkan sukma… ahakszzzz

Perlahan-lahan pintu perpustakaan dikuak lantas teragak-agak mengatur langkah. Matanya tercari-cari seraut wajah insan yang pastinya ada dicelah-celah manusia yang menghuni ruang itu

“ Hai tuan puteri! cari siapa? Kenapa lambat hari ini. “ sergah Alisya membuatkan jantung Firyal Rifdah seakan terhenti. Kakinya bagaikan terpahat lantas memaku terus ayunan langkah yang baru ingin dimulakan..

“ Ya Allah huakbar Esya.. terkezut baboon aku…. nasib baik aku tak ada sakit jantung, kalau tak, tak pasal je aku jalan dengan sergahan ko tu. “ marah Firyal Rifdah sambil mengurut dadanya.

“ Ala kalau ko ada sakit jantung, apa susah; kan IJN dekat. Aku usung lah ko pi sana. Ha! Apa kes ko lambat hari ni. Terlajak tido ke. “ tanya Alisya sambil tertawa melihat reaksi gadis itu.

“ Ko ni kan.. Erm sebenarnya jam loceng aku buat hal. Tah kenapa, pagi ni tak nak berbunyi pulak. Nak kata tak ada bateri, rasanya aku baru je ganti. Eh! Ko yang tercegat macam tiang bendera tu kenapa? Ada orang nyanyi lagu kebangsaan ke? “ Firyal Rifdah menepuk bahu temannya. Hairan dengan refleksi yang tiba-tiba itu.

“ Ko tengok mamat dua orang yang baru masuk tu Rif. Amboi! Handsome nya. Kalau lah jadi boyfriend aku, sure aku lah gadis paling bertuah dalam dunia ini “ ucap Alisya sambil matanya menyorot pada dua orang makhluk yang bertentangan jantina sedang mengatur langkah dengan machonya.

“ Dan mamat tu pulak akan jadi orang paling malang sebab dapat cewek macam ko yang punya cowoks-cowoks sekeliling tubuh. “ pintas Firyal Rifdah pantas. Kepalanya digeleng beberapa kali dan akhirnya tersenyum.

“ Ko ni kan, tak beri sokongan moral langsunglah. “ rengus Alisya geram. Matanya masih melirik pada kedua-dua anak muda yang seakan punya kuasa magnatik untuk terus menarik pandangannya.

“ Hello kawan, tengok orang tu sikit-sikit boleh tak. Ni, cases yang menimbun kat dalam fail yang masih tak bernombori tak akan berganjak kalau kita masih kat sini. Dah la, jom cepat. Tak kan ko nak bertapa kat library ni atau ko dah apply untuk jadi jaga kat sini tanpa pengetahuan aku. “ ucap Firyal Rifdah sambil menarik tangan gadis itu untuk menapak ke ruang yang memuatkan segala bahan berkaitan dengan apa yang mereka cari.

Alisya mecebik. Panjang muncungnya berdepa dengan tingkah Firyal Rifdah yang langsung tak mahu berkrompomi dengannya. Bukan luak andai jejaka tampan itu direnungnya malah mungkin cara itu boleh melonjakkan saham mereka ke paras yang lebih tinggi. Apa pun Alisya tidak boleh membantah apatah lagi gadis seperti Firyal Rifdah bukanlah suka dengan kegiatan sebegitu. Maka dengan penuh keterpaksaan dia menurut tapi sesekali dia masih cuba mencuri-curi dan meneropong ke arah manakah agaknya kedua jejaka terhangat di matanya itu sedang beristirehat.

“ Esya, engkau nak aku pinjamkan binocular ke ? “ tiba-tiba suara Firyal Rifdah kedengaran. Namun matanya masih terlekat pada sebuah fail tebal yang berada ditangan.

“ Nak buat apa dengan binoculer tu ? Ko terasa nak jadi ahli astronomi pulak ke? “ soal Alisya sinis. Kurang faham dengan soalan yang diajukan secara tiba-tiba. Wajah gadis disebelahnya ditatap pantas. Apa kena dengan minah sorang ni. Tersampuk apa ke... dia ni baca tax case ke atau case ahli angkasawan atau manusia kaji bintang. Biar betul. Lama direnung wajah yang sedikit terselindung disebalik helaian kertas-kertas difail yang berada di tangan.

“ Tak payah ko nak buat muka macam baboon tercekik biji durian. Bukan aku yang tersampuk, tapi engkau. Jasad saja yang ada kat sini, tapi fikiran dan tumpuan dok berlegar macam patung-patung warna kuning dalam iklan digi. Tu ha, mamat dua orang yang radar mata ko cari tengah laypark kat hujung meja sebelah sana. Dekat dengan rak bahan-bahan financial. Kalau tak malu, pegilah. “ selamba Firyal Rifdah bersuara. Di sembunyikan gelak yang mula mengacah di bibir bila melihat perubahan yang mula ketara pada empunya wajah. Tidak berhasrat untuk mengizinkan gadis itu terlihat apatah lagi melihat lukisan sebuah senyuman yang pasti akan memuncakkan rasa amarah.

Minah ni guna ilmu apa ha?Ilmu Alam ke Ilmu bimasakti? Macamana dia boleh tahu radar mata aku tengah usya mamat dua orang tu... alamak..malu nya aku..... Wajah Alisya sudah cemberut. Tak ubah seperti orang tergigit mangga muda yang masam kelat. Geram berbekas di hati bila tersindir secara tidak langsung. Pantas satu tamparan hinggap di bahu Firyal Rifdah. Menyeringai gadis itu sambil menggosok tempat pendaratan tamparan wanita yang jelas terasa peritnya.

“ Padan muka, perli aku lagi. Aku ni, bukan macam ko yang tak berperasaan bila tengok kaum adam. Patutlah sampai sekarang ko tak ada pakwe. Memang sesuai sangat berkasih dengan kertas dan buku kalau ko teruskan sikap canggini. “ sindir Alisya tersengih cuba mengumpan rasa marah di hati gadis itu, malangnya kata-kata yang terucap bagaikan tidak meninggalkan kesan. Langsung tidak terkutil jauh sekali berbekas. Sebaliknya Firyal Rifdah sudah menghamburkan tawa yang sedari tadi ditahan.

“ Ko ni betul-betul buat lawaklah. Dah, dah... jangan nak bazirkan waktu biar fikiran ko terbang sampai ke dunia tanpa sempadan. Masa bergerak, aku dah habis check tiga fail, tapi ko dari tadi satu fail pun tak habis lagi. Asyik berangan je. Nanti aku tinggalkan ko kat sini, ha; baru ko tahu.” Ugut Firyal Rifdah cuba menseriuskan wajahnya.

Alisya menarik wajah 14 setengahnya. Geram bila gadis itu langsung tidak mahu meyebelahinya. Dari semalam dia sudah keberatan sewaktu diberi arahan agar membantu Firyal Rifdah mendapatkan maklumat nombor kes yang tidak lengkap. Dia sedar tiada yang indah bila terpaksa membereskan assignment dengan gadis itu. Mereka mula memberi tumpuan pada tugasan. Masa beredar tanpa disedari. Masing-masing tenggelam dengan apa yang diusahakan biarpun sesekali terluah keluhan dari ulas bibir Atisya, namun sedikitpun tidak menarik perhatian Firyal Rifdah.

“ Esya, aku rasa cukuplah untuk hari ni. Dah lebih 4 jam kita kat sini. Otak aku pun dah rasa tepu asyik tengok case numbering. “

“ La, aku ingatkan ko tak reti nak berhenti. Aku ni bukan setakad tepu je... dah meloya macam orang tak jadi mengandung. Apalah ko Rif, kerja macam tak ingat dunia. Seronok ke. “ bebel Alisya sambil tangannya lincah mengemaskan segala peralatan. Dalam mindanya sudah terbayang kios Kenny Roggers, malah sesekali melintas pula Nando’s dengan ayam panggang yang seakan melambai-lambai... alahai... lazatnya.

Firyal Rifdah sekadar tersenyum mendengar sungutan temannya. Tercetus juga rasa bersalah justeru terlalu mengikut kata hati untuk menyiapkan tugasan yang terbeban di pundak bahunya tanpa memikirkan akan keadaan temannya, malah peruta yang sudah lama bertukar alunan muzik seakan sengaja tidak didengarinya.

Mereka bergandingan menuju ke parking. Setelah menyumbatkan segala khazanah ke dalam perut Satria hitamnya, Firyal Rifdah memandu perlahan, belum sampai semeter keretanya bergerak; tiba-tiba.... BULK...... terdengar dentuman di bahagian tepi sebelah kiri. Nasib dia sempat menekan break. Jika tidak pasti Satrianya akan mencumbui kembara yang masih terhegeh-hegeh di hadapannya. Kedua gadis itu terkejut dengan kejadian yang berlaku sekelip mata.

Terlihat dua susuk tubuh yang pastinya milik lelaki sedang memeriksa kenderaan mereka. Pantas dia membuka pintu kereta keluar untuk melihat keadaan keretanya pula. Dia mengeluh sendiri. Agak teruk juga. Pasti kuat rempuhan maut yang dilakukan oleh pemandu yang mungkin sedang berkhayal kononnya mengambil selekoh maut di litar F1 Sepang dengan memandu kereta Ferrari tanpa perlu menggunakan lampu signal yang telah disediakan.

“ Hello brother, ada pondok tol ke kat jalan depan tu. “ sinis kedengaran suara Alisya yang turut sama keluar untuk melihat kerosakan kereta temannya. Hairan rasanya dengan tindakan yang di ambil oleh pemandu itu. Apa perlunya membelokkan kereta sedangkan dia boleh terus keluar mengikut jalan yang ada di hadapannya.

“ Eleh, kawan awak yang bawak kereta macam siput tak cukup makan; nak salahkan orang pulak. Ada mata letak kat lutut. “ Firyal Rifdah terkedu, seakan pernah didengar suara itu tapi di mana yer... Dia memusingkan tubuh mengadap empunya suara. Sah! Kedua orang mamat yang dijumpanya pagi tadi. Mereka bertentang pandang. Ada riak terkejut dari kedua anak muda itu bila terpandang wajah Firyal Rifdah. Ek aleh! Minah ni lagi. Hari ni macam satu takdir pulak. Kejadian dari pagi tadi asyik membabitkan dia saja... gumam Farid dalam hatinya. Wajah gadis itu terus ditentangnya.

“ Kawan awak buat assessori ke lampu signal yang ada atau pun tak reti nak guna. Harap kereta je canggih. “ bidas Alisya geram. Sudahlah kereta temannya dilanggar tanpa sebab, kini kesalahan bagai sengaja dilempiaskan pada gadis itu. Akai tarak... Dasar pemandu tak berdisiplin. Desis hatinya sebal.

“ Teruk sangat ke kerosakan kereta kawan awak tu? Rasanya Jazz kawan saya ni lebih teruk dari satria tu. Tak ada pulak dia bising. “ suara tadi masih tidak puashati sedangkan yang terlibat dalam perlanggaran sekadar membisu.

“ Iyerlah, macamana dia nak bising kalau ada burung murai yang tak reti nak guna koma atau nokhtah. Membingitkan telinga aje. “ sindir Alisya sambil menjeling tajam. Mulut mamat sorang ni macam mak nenek, mengalahkan mulut pompuan. Aku cabai nanti baru dia tahu... desis hatinya sendiri. Pelik dengan mulut becok milik seorang lelaki.

Firyal Rifdah mengeluarkan handphone. Selamba menyalin plet number kereta yang ada disebelah malah gambar kemalangan itu juga di ambil bersama. Untung juga handphonenya punyai kamera, jadi kelengkapan yang ada digunakan sebaiknya.

“ Saya tak mahu bising-bising. Kalau awak tak puas hati, kita jumpa kat balai polis. Rasanya itu lebih baik dari terus kecoh macam ni. “ ucap Firyal Rifdah. Dia sudah mula mengatur langkah. Sudah lah tubuhnya letih, ditambah pula dengan mulut murai lelaki itu yang ternyata tidak tahu menggunakan koma jauh sekali nokhtah dalam pertuturan.

“ Saudari, errrrr maaf. Kalau boleh saya nak kita selesaikan di sini saja. Segala kerosakan yang saudari alami akan saya tanggung. “ tiba-tiba Hadif Raizal Isyraf memberikan usul. Wajah gadis itu ditentangnya penuh harap.

“ Kenapa, awak takut ye kalau kawan saya ni buat report? Dah sah-sah awak yang salah sebab tak berhentikan. “ ucap Alisya sambil matanya terus melekap ke wajah anak muda itu. Fullamak.... mamat ni lah yang aku usya masa kat library tadi. Aduh! handsomenya, tapi kenapalah kereta si Firyal Rifdah ni yang ko langgar. Hatinya bermonolog sendiri, serba salah dengan apa yang telah dihamburkan tadi.

“ Dah lah. Tak payah kecoh-kecoh. Lagi pun, sikap kawan awak yang membebel mengalahkan nenek kebayan baru belajar bercakap tu langsung tidak membantu; sebaliknya menyulitkan keadaan.Agaknya dia terlupa undang-undang negara ni, atau dia rasa dia sedang berada di Negara Wartakula. Key, kita jumpa di balai polis yer.“ ucap Firyal Rifdah sambil melangkah tapi dihalang.

“ Amboi, sedapnya bahasa awak. Dah la pagi tadi awak selamba kodok je langgar kawan saya. Ni kereta awak pulak terlanggar; kira adil la tu. “ sampuk Farid pantas. Wajah Firyal Rifdah ditenungnya konon untuk membuatkan gadis itu gementar, tapi ternyata sikap selamba lebih teserlah pada wajah yang berada di hadapan matanya.

“ Jadi, ni kes nak balas dendamlah. Key, saya nak tanya. Perlanggaran yang tak sengaja pagi tadi tu ada melibatkan kecederaan fizikal atau mental kawan awak ke? Kalau ada, saya dah sarankan agar dia pergi mendapatkan rawatan samada di hospital pakar tulang atau pakar jiwa dan billnya hantar saja pada saya. Tak kan itu pun tak faham atau perlanggaran pagi tadi dah membuatkan dia jadi seorang yang tidak boleh berfikir dengan apa yang dilakukannya sekarang ini?. “ Marah yang dipendam sudah tidak mampu di bendung. Lagi dia berdiam dan berlembut, seakan pemuda itu sengaja mengambil kesempatan. Wajah Hadif Raizal Isyraf ditenungnya lama.

“ Dah la Farid. Ko sebagai penumpang tak boleh masuk campur dalam hal ini sebab aku yang memandu. Memang salah aku, keluar dari simpang tak berhenti dan tak guna lampu signal. Saudari, saya minta maaf atas keceluparan tutur kawan saya tu. Saya minta jasabaik saudari, biarlah perkara ini kita tamatkan di sini saja. Saya akan bayar segala kerosakan pada kereta saudari. Saya minta maaf sekali lagi diatas segala kesulitan yang saudari hadapi. “ ucap Hadif Raizal Isyraf lembut. Dia mengaup wajahnya berkali-kali. Bahang kepanasan berada dibawah sinar matahari membuatkan dia makin keresahan.

Firyal Rifdah tidak menghiraukan sebaliknya mula mengatur langkah ke keretanya. Dari isyarat mata, Alisya faham temannya itu sudah lelah. Kepenatan yang mereka rasakan tadi masih belum berganjak dan bukan waktu yang sesuai untuk proses tawar menawar. Dia masuk ke dalam perut kereta dan tanpa berlenggah, Firyal Rifdah memecut Satria hitamnya meninggalkan kepulan asap sebagai cenderahati pada dua makhluk yang masih terpacak umpama pengawal yang mengawal dipintu masuk Istana Negara.....

Dan mungkin bila nanti kita akan bertemu lagi
Satu Pinta ku jangan kau cuba ungkit kembali
Accident yang pernah kita alami
Kerana semua punya cerita tersendiri


To be continue... ahakszzz ^ _ ^