Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Tuesday, December 04, 2007

Satu Rasa....

Satu rasa
Yang datang mengacah
Yang tak mampu ku zahirkan
Dalam sebuah ucapan atau
Sebaris kata-kata
Namun satu rasa ini
Tetap punya definasi tersendiri
Dalam hikmah dalam pasrah
Aku terus diulit satu rasa
Dalam pengertian milikku cuma…..

Erm hari ni sebenarnya bukanlah sekadar satu rasa sahaja yang bertamu sebaliknya adalah dua tiga empat rasa. Erm nak mula dengan rasa yang mana….. Key aku mulakan dengan rasa yang ni dulu…..

RASA SEDIH… dua kejadian yang boleh ku rangkumkan dalam rasa ni.

PERTAMA sudah tentunya SEDIH sebab aku berpisah dengan orang-orang yang aku sayang…. Along, angah, Tok Mak dan Tok Wan akan berangkat untuk menunaikan rukun yang ke lima. Lebih kurang jam 10.00 pagi tadi mereka dah bertolak ke utara. Perancangan awal lepas solat zohor, tapi Tok Mak nak singgah di rumah Mak Ngah Timah di Taiping sebelum meneruskan perjalanan ke Penang. Aku pulak tersadai di pejabat. Teruk kan… sepatutnya aku hantar depa semua, ni tak… masih tega mengadap kerja yang tak mungkin ada istilah tamatnya. Apapun aku dah gebang dengan along sebelum depa bertolak. Actually bukan lah aku yang gebang, tapi along dan aku sekadar mendengar dalam lelehan airmata dan esak tangis. Aku tahu tak elok hantar orang macam tu tapi itulah yang aku rasa… SEDIH…. Walau aku cuba tahan, tapi tetap kegagalan menjadi milikku. Namun aku doakan moga kesemua orang yang aku sayang akan sejahtera. Selamat pergi dan selamat juga kembali ke sini. Itulah doaku.

KEDUA, aku rasa sedih bila tiba-tiba aku dilabelkan sebagai seorang yang KEDEKUT…. Aduh! Pedihnya… betul ke aku ni canggitu…. Erm sebabnya mudah sangat. Member suruh aku belanja nasi kerabu…. tapi manalah aku nak cari pepagi hari atau kalau untuk makan tengahari pun belum tentu aku tahu kat mana nak dapatkan. Macamlah aku ni kaki ukur jalan semenjak berpindah ke permis baru ni. Aku keluar makan pun sebab ada yang sudi bawak. Kalau harap aku, jawabnya sebikutlah hari-hari yang menziarahi rongga perut. Bila aku kata aku tak tahu nak beli kat mana, terus je member aku kata aku ni KEDEKUT….. Entahlah… aku pun tak tahu nak kata apa… betul ke dia just bergurau di pagi yang indah atau memang dia berhajat sangat nak makan nasi kerabu tu. Apa pun nanti lah aku cuba usahakan, bukan sebab aku tak nak dilabelkan sebagai KEDEKUT, tapi aku just nak penuhi satu keinginan orang sepertimana keinginanku pernah dipenuhi oleh seseorang. Tapi aku tak berani nak menabur janji, takut aku tak mampu untuk penuhi. Apa pun aku akan cuba……

Yang ni aku tak tahu nak kategorikan dalam rasa apa.... Kejadian sebenarnya berlaku semalam. Manager aku inform cheque dari clients yang sepatutnya clear this month tak ada. Erm letih gak berurusan dengan ppls kat finance...... but at the end, they all macam lepas tangan walaupun ada gak lah terlihat rasa cam terkejut walaupun bukan bersalah. So disebabkan cheque ini adalah milik division aku dan melihatkan clients yang aku handle, jadinya aku bagaikan tiada pilihan. Mahu atau tidak, aku kena berurusan dengan mereka. Yes... tekaan ku tepat bila tadi manager aku tanya samada aku boleh called they all semula untuk inform pasal kejadian ni dan minta pihak mereka hantar cheque yang baru. Aku dah agak dah... so aku called client, explain apa yang terjadi, tapi tak menyalahkan sesiapa secara khusus..... nasib baik mood client aku tu baik hari ni. So mudah sikit urusan aku dengannya, kalau tidak.... sure aku akan dipanah dengan tornado kemarahannya. Iyerlah, bukan sikit kerja yang perlu dilakukan sebelum mereka boleh issue another cheque untuk menggantikan cheque yang hilang tu. Mereka kena check dengan bank sebelum boleh cancel cheque terdahulu. Erm... tah lah.... apapun memang aku rasa sumthing dengan apa yang terjadi.... Rasanya istilah yang sesuai adalah HAMPA dan sedikit KECEWA dengan sikap lepas tangan pihak yang sepatutnya lebih bertanggungjawab terhadap perkara ini.....

HAPPY….

Entah kenapa tiba-tiba aku rasa HAPPY pulak… nak tahu kenapa… Eh! Bukanlah… mana ada aku date dengan ‘DIA’. Salah tu. Aku rasa HAPPY sebab entah aku rasa cam aku jadi kakak pulak hari ni… hehehehehehee orang tak pernah ada adik…. Ni semua gara-gara peristiwa semalam. Kan petang semalam aku cari ‘DIA’ yang hilang tah ke mana… ['DIA' tu memang pun suka hilang sejak kebelakangan ni...] called office berkali-kali tapi panggilan ku tetap di jawab oleh orang lain. Bukan aku tak pernah berkomunikasi dengan this girl tapi entah kenapa suaranya petang semalam seakan mengundang satu pertanyaan pada diri. Suara yang tidak ceria tu cepat je terakam dalam ingatan. Entah naluri ku seolah mengatakan bahawa ada sesuatu yang terjadi pada this girl dan tak tahu kenapa aku jadi perihatin. Memang dah lama aku jatuh berkenan dengan girl ni…sebab sikap dia berlainan sikit lah dengan staff ‘DIA’ yang ada. Pendek cerita this girl punya ciri-ciri yang boleh membuatkan aku jatuh suka untuk berbual sebagai KAWAN. So pagi ni aku beranikan diri untuk call dan alhamdulillah sepertimana doaku this girl yang jawab walaupun aku gunakan direct line ‘DIA’. Banyak yang kami borakkan. Secara tak sengaja atau langsung this girl adalah bercerita kenapa suaranya jadi cangitu semalam dan masih bersisa hari ini. Aku pulak, cewah! Tetiba je jadi cam seorang kakak memujuk adiknya yang tak dapat gula-gula. Hehheheheheee punya kepakaran ke aku….. tah…. namun aku rasa lega bila petang ni aku called this girl dah boleh ketawa…. Walau pun aku tak tahu apa sebenarnya yang dia rasa, at least tawa yang aku dengar tu menandakan dia dah okey walaupun tak keseluruhannya. Aku harap sangat aku dapat jadi KAWAN untuk this girl kalaulah diperlukan esok-esok…..

Erm kini aku terfikir sendiri… Hari ini Allah takdirkan along, angah, Tok Mak dan Tok Wan pergi dari aku… awalnya aku rasa kehilangan sangat…. Aku rasa cam aku tiba-tiba ditinggalkan seorang, tapi entah kenapa gerak rasa dan naluri ini membuatkan aku berani menghubungi seorang insan yang memang aku tak kenal langsung hanya untuk menyebukkan diri bertanya sesuatu yang langsung tak ada kaitan dengan diri aku. Nasib baik gak aku tak kena serang…. Kalau tak… peh! Malu giler aku dengan sikap aku sendiri. Rasa cam aku dapat ADIK pulak bila mudah benar meluncur dari bibirnya panggilan KAKAKSERONOKNYA aku….. maklumlah orang tak pernah punya adik… sedangkan kat office ni pun adik-adik marketing tu pun memang manja dengan aku… mesti cari aku kalau nak apa-apa sebab kata mereka aku tak pernah nak marah dan tak reti marah. Amboi! Ambil kesempatan Nampak…. Apa pun aku sedar sesuatu….

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.. "


Adatikanya Allah ambil sesuatu dari kita untuk buat kita berfikir dan mungkin merasa kesedihan, tapi dalam waktu yang sama Allah tetap gantikan dengan sesuatu yang boleh juga mengembalikan kegembiraan dan keceriaan di hati kita biarpun untuk seketika….. Terima Kasih Ya Allah atas satu rasa yang aku rasa hari ini……

1 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home