Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Friday, September 28, 2007

Natijah atau.....

Aduh! Sedih... nak menangis... itu yang boleh aku ungkapkan.... dah la sebelum ni phone aku kena bar.... terpaksa pulak menyusahkan sumbody yang tak sepatutnya susah kerana aku... tapi gara-gara pengaduan tanpa sedar telah berlaku.... maka aku tak mampu nak tolak bila dikhabarkan lokasinya kini berhampiran office aku... so dalam keterharuan yang tak terzahir, aku gagahkan juga diri untuk membolos ruang waktu. Pada boss ku khabarkan aku nak keluar awal dan balik lewat sikit dan maybe banyak... ada hal yang perlu ku uruskan.... [apa lagi pasal bill lah... walaupun sebenarnya aku boleh settlekan semua tu esok... tapi sebab dah tersusahkan orang, so tak kan aku nak kata tak payah. Sedangkan dia dah ada dekat ngan office aku... ] Boss aku pulak tah mood apa agaknya hari ni, tak banyak soal, terus beri green light..... Sebelum ke tempat pembayar bill, aku kena ziarah bank dulu untuk ambik duit... Erm teringat pulak malam ni maybe aku balik lewat, so aku keluarkan lebih dari yang sepatutnya. Cadang nak terus bagi kat along untuk projek yang kami dah setuju nak buat tu. Lepas settle semuanya, tah kenapa tetiba je gatal nak pi Jln TAR... nak cari buku.... sejak dua menjak ni memang aku kemaruk giler ngan buku..... kak long pun seronok sebab dia boleh tumpang baca... si Yana lagi lah seronok. Ya Allah Huakbar.... punyalah ramainya orang kat Jln TAR... aku pun heran. Apalah yang depa ni cari tengah-tengah panas.... aku rasa cam nak pengsan pun ada gak.... akhirnya aku balik ngan tangan kosong. Berkira-kira samada nak nak putra Lrt ke office tapi aku malas pulak nak jalan. Lagi pun memang tak larat, perut aku pun macam tak berapa nak sihat... agaknya gas dah berlambak kat dalam perut kot. Akhirnya aku buat keputusan untuk naik cap aje... masa tengah tunggu tu, tah kenapa hati aku tergerak nak belek handbeg aku... YA ALLAH... kenapa zip beg ni terbuka..... aku panik bila apa yang aku cari sah-sah dah tak ada.... DUIT yang aku sumbat kat dalam beg tu dah tak ada.... memang masa aku keluarkan dari bank tadi, aku tak sempat nak masukkan dalam wallet.... Rasa nak menangis masa tu gak.. dah la aku berpanas tunggu teksi..... melayang sekejap semangat aku.... rasanya maybe masa kat Jln TAR tadi perkara ni berlaku..... kenapalah beg aku yang dicari oleh pemangsa tu...... aku try call Iman... tah kenapa nama dia jer yang melintas... aku tahu aku tak patut susahkan dia, lagi pun dah waktu kerja, tapi aku takut aku tak punya duit lagi nak buat tambang teksi... akhirnya aku just tawakal... tahan teksi dan naik... dalam teksi tu aku try search kat tempat lain yang biasa aku sumbat balance duit... alhamdulillah... ada terselit not RM10... cukuplah untuk tambang sampai ke office.... Sampai office aku kirai semua barang-barang dari dalam beg aku, mengharap agar duit tu main sorok-sorok di mana-mana, tapi aku tetap hampa.... Ternyata ianya dah bertukar tangan dan jadi milik orang lain... dan sekarang, aku termenung... sebulan gaji aku boleh dikatakan LESAP dalam tak beberapa jam... dah la nak raya.... aku dah berkira nak beli sumthing buat mama dan papa... buat along, kak long dan anak2 buahku... pada angah juga.... tapi sekarang ni, aku dah tak tahu... masakan aku nak minta elaun dari papa sedangkan papa baru je guna duit yang agak banyak.... Ermmm tah lah, tak tahu aku nak buat apa... segalanya musnah, punah dan hancus berkecai.... tak ada semangat rasanya aku nak raya..... :-( :-( :-(

2 Comments:

  • At September 29, 2007 at 9:17 AM , Blogger Qaseh Bidadari said...

    ya allah,nape leh jd mcm tu??zaman sekarang ni memang kene more hati2..mama pun ade gak pengalaman mcm tu tp seb baik kad aje hilang,duit selamat lg..masalahnyer still dlm bank pun boleh hilang..pelik kan??

     
  • At October 1, 2007 at 8:22 AM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    Erm tah la mama.. agaknya saya yang cuai dan alpa.... memang rasa frust sangat.... tapi nak wat camne kan... redho dan pasrah je lah nampaknya.... tapi sekarang ni risau dan takut sebab tak tahu camne nak habaq kat along...dan tak sampai hati nak mintak duit dari dia....tah la mama.... Apa pun tak salahkan sesapa atas apa yang berlaku, coz dah ada yang terasa bersalah atas kejadian ni... sebaliknya saya salahkan diri saya sendiri. Maybe saya less carefull bila berada ditengah kesesakan makhluk yang tah datang dari mana....:-(

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home